Sunday, November 30, 2014

Johan Tak Akan Kongsi Wajah Penuh Puteri Pertamanya

Tanda tanya mengenai berita kelahiran ahli baru dalam keluarga pelawak Johan akhirnya terjawab apabila Johan sendiri mengesahkan isterinya Ozlyn telah pun selamat melahirkan anak ke kempat iaitu puteri pertamanya pada 25 November lalu.


Johan Tak Akan Kongsi Wajah Penuh Puteri Pertamanya, info, terkini, hiuran, sensasi, anak perepmpuan johan raja lawak, anak perempuan ozlynn

Johan menerusi laman sosial Instagram miliknya dan isteri iaitu @Jozlynnhanania telah mengesahkan berita tersebut sekaligus menafikan dakwaan yang selama ini dia pernah mendedahkan wajah anaknya seperti yang tersebar di sebuah blog.

Malah menurut Johan dia selama ini memang tidak pernah berkongsi wajah anak- anaknya secara penuh di mana-mana termasuk media sosial. Foto yang dimuat naik itu juga hanya menampakan bahagian sisi wajah anaknya sahaja.

Disebalik kegembiraan itu, Johan memberitahu dia sekeluarga turut bersedih apabila mereka baru sahaja kehilangan Nenda tersayang kemarin.

Berikut merupakan kapsyen yang telah ditulis Johan:

“Assalammualaikum semua.. pertama skali sya nk ucapkan alhamdulillah dan syukur pd Allah s.w.t krn telah mempermudahkan segala2nya.. isteri sya telah pon selamat melahirkan puteri sulung dan merupakan anak ke 4 kami pd 25hb nov dgn berat 4.11kg.. seperti biasa sya x pernah kongsikan wajah penuh anak2 sya.. rezeki memsg kalau dpt jumpa dpn2.. dpt la tatap wajah anak2 sya.. maaf jika ada yg x terreply wassap atau text dgn kata2 tahniah.. sya perlu beri isteri sya ruang utk berehat memandangkan ketika menyambut berita gembira kelahiran kami juga diuji dgn berita yg sedih.. nenda kesygan kami telah kembali kerahmatullah dan selamat dikebumikan semlm.. harap semua memahami situasi kami sekeluarga terima kasih atas doa dr kalian.. moga Allah melindungi kita semua dunia akhirat amin..”

Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah kepada Johan dan Ozlyn, semoga kehadiran puteri itu dapat menyerikan lagi rumahtangga mereka.


Johan Tak Akan Kongsi Wajah Penuh Puteri Pertamanya, info, terkini, hiuran, sensasi, anak perepmpuan johan raja lawak, anak perempuan ozlynn


Baca : Rita Rudaini & Intan Ladyana Sertai Festival Dada? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rita Rudaini & Intan Ladyana Sertai Festival Dada?

Tak pasal-pasal nama dua pelakon jelita, Rita Rudaini dan Intan Ladyana jadi panas sekitar hujung minggu lalu. Semuanya terjadi gara-gara mereka berdua dikatakan terbabit dalam sebuah penganjurkan ‘Festival Dada’.


Rita Rudaini & Intan Ladyana Sertai Festival Dada?, info, terkini, hiburan,sensasi, gosip, intan ladyana, rita rudaini

Fuh! Festival apa pula ni, tak pernah dengar pun. Tapi, bila kami membuat risikan secara mendalam, rupa-rupanya, festival ini merupakan festival bas yang bakal diadakan di Putrajaya nanti.

Tapi, apa kaitan festival dada dengan bas? Kenapa Rita Rudaini dan Intan Ladyana pun terlibat sama?


Rita Rudaini & Intan Ladyana Sertai Festival Dada?, info, terkini, hiburan,sensasi, gosip, intan ladyana, rita rudaini

Nak dijadikan cerita, sebenarnya ia terjadi kerana kesilapan yang dilakukan oleh sebuah laporan akhbar mengenai ‘BusFest’. Ada ke patut ditulisnya ‘BustFest’.

Pembaca pun, bila dah tengok tajuk begitu, terus je buat andaian kononnya dua selebriti terkenal ini terlibat sama. Lebih melampau bila ada yang berkata dah tak sabar untuk ke Putrajaya menyaksikan Rita dan Intan menayang dada mereka.


Rita Rudaini & Intan Ladyana Sertai Festival Dada?, info, terkini, hiburan,sensasi, gosip, intan ladyana, rita rudaini

Bila difikirkan, seriau pula kami rasa. Mana taknya, dengan hanya satu kesilapan kecil dalam ejaan, ia mampu menjatuhkah maruah dan reputasi seseorang selebriti.

Jadi, untuk semua pembaca, kami nak bagi pencerahan. Untuk makluman, festival yang mencetuskan kekeliruan itu bukanlah satu penganjuran tak senonoh sebaliknya ia adalah satu bazaar  membabitkan ramai selebriti terkenal dengan pengangkutan popular di Putrajaya iaitu bas.

Korang janganlah fikir bukan-bukan lagi eh? Kesian Rita dan Intan. Apapun, jom kita serbu BusFest pada 5 hingga 7 Disember ini. Dengar cerita peluang untuk berniaga pun masih terbuka. Mesti best!

Baca : Foto Nabila Huda Pegang Sosej Disalah Erti 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto Nabila Huda Pegang Sosej Disalah Erti

Apa korang rasa bila foto yang dimuat naik di laman sosial menjadi bualan dan diberikan komen lucah. Mesti bengang, betul tak?

Kami pun tak faham dengan sikap segelintir ‘pemerhati’ industri hiburan yang sesuka hati je memberikan kata-kata lucah terhadap selebriti tempatan.

Sebelum ini, foto Anzalna makan aiskrim, kemudian foto Siti Saleha di tepi pantai, baru-baru ini, anak kepada rockers terkenal, Nabila Huda pula terkena.

Semuanya gara-gara sebuah Facebook blog hiburan terkenal memuat naik gambar Nabila sedang berniaga sosej di sebuah expo baru-baru ini.

Hinggakan orang lain yang tak ada kena mengena pun turut dijadikan bahan untuk mengata. Adoi, annoying tahu! Rasanya tak salah Nabila nak jual apa sekalipun asalkan ianya halal dan tak menyalahi undang-undang.

Macam manalah agaknya selebriti tanah air kita berdepan dengan situasi begini ya?


Foto Nabila Huda Pegang Sosej Disalah Erti, info, terkini, hiburan,sensasi, Nabila Huda, kontroversi,

Foto Nabila Huda Pegang Sosej Disalah Erti, info, terkini, hiburan,sensasi, Nabila Huda, kontroversi,

Foto Nabila Huda Pegang Sosej Disalah Erti, info, terkini, hiburan,sensasi, Nabila Huda, kontroversi,

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Hubungan Sherry Dengan Fattah Dilaporkan Sudah Putus?

Pelakon Sherry Ibrahim kecewa apabila hubungan cinta dengan aktor Abdul Fattah Amin, 24, dikatakan sudah berakhir seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar mingguan pada Ahad.


Hubungan Sherry  Dengan Fattah Dilaporkan Sudah Putus?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, fattah amin, sherry ibrahim

Sherry, 31, memberitahu terkejut apabila membaca laporan tersebut kerana ia tidak benar sedangkan mereka masih lagi menjalinkan hubungan seperti biasa.

“Saya tak tahu nak cakap apa apabila membaca berita itu. Rasa kelakar pun ada. ‘Its a joke of the day’.

“Tetapi saya amat kecewa kerana laporan itu seolah-olah telah menoktahkan perhubungan kami tanpa sebarang kenyataan daripada saya mahupun Fattah,” katanya kepada mstar Online.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad menerusi ruangan pojok melaporkan hubungan Sherry dan Fattah sudah pun berakhir.

Ini berikutan Sherry telah membuang ke semua gambar dia bersama aktor tersebut di akaun Instagram miliknya selepas ‘menghidu sesuatu’ mengenai Fattah.

Sementara itu, Sherry berkata, ada sebab mengapa dia membuang foto-fotonya bersama Fattah, dan perkara itu tidak bermakna mereka sudah tidak lagi berhubungan cinta.

“Saya ada sebab sendiri yang tidak perlu dijelaskan kepada umum. Kami bukannya pasangan suami isteri, jadi tak mahulah hubungan ini nampak berlebih-lebih. Tambahan pula kami perlu menjaga hati keluarga masing-masing.

“Yang penting umum tahu bahawa kami menjalinkan hubungan, itu sudah cukup. Dan tak elok rasanya apabila sesebuah perhubungan itu terlalu didedahkan. Apa-apapun kami tidak melatah dengan gosip itu,” tegasnya.

Sherry dan Fattah mula menjalinkan hubungan ketika mereka sama-sama menjalani penggambaran drama Cinta Ibadah sebanyak 130 episod, Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Sherry kini sedang menjalani penggambaran Keluarga Karaoke untuk siaran Astro Mustika HD.

Fattah yang dihubungi tidak menjawab panggilan telefon.

Baca : Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda 

Sumber : mStar Online
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda

Pelakon Rita Rudaini mengakui malu apabila sering ditawarkan menjadi heroin bergandingan dengan pelakon lelaki lebih muda dalam sesebuah drama yang dibintangi walaupun usianya kini sudah 38 tahun.


gosip, Hiburan, info, Rita Rudaini, Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda, sensasi, terkini,

Rita berkata, meskipun masih diberi kepercayaan memegang watak utama, dia tetap risau perkara tersebut akan membuatkan dirinya dilihat lebih tua daripada gandingannya itu.

“Saya risau juga apabila digandingkan dengan pelakon muda, takut nampak tua dan tidak sesuai dengan gandingan saya di televisyen nanti.

“Tetapi sehingga kini saya sering ditawarkan menjadi heroin kepada aktor-aktor muda dan berdasarkan kata pengarah, pihak stesen TV yang mahukan saya. Nak tergelak pun ada, saya anggap semua ini rezeki buat anak-anak,” katanya.

Rita ditemui selepas majlis pelancaran produk Rudaini Beaute di Hotel Royal Chulan di sini pada Ahad.

Majlis tersebut disempurnakan oleh isteri kepada Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man iaitu Datin Seri Nor Aswana Omar.

Dalam pada itu, Rita yang baru saja selesai penggambaran drama Satu Hari bersama Remy Ishak memberitahu, dia turut bersyukur kerana masih lagi diberi peluang menjadi heroin di mana tidak semua pelakon wanita seusianya masih berpeluang memegang watak utama itu.


gosip, Hiburan, info, Rita Rudaini, Rita Rudaini Malu Masih Digandingkan Dengan Aktor Muda, sensasi, terkini,

“Apa-apapun, saya hanya menerima tawaran lakonan sekiranya pelakon lelaki itu pernah bergandingan dengan saya. Kalau tidak, susah untuk saya mendapatkan keserasian.

“Malah saya akan menolak dengan baik jika ada penerbit yang mahu saya bergandingan dengan aktor berwajah ‘jambu’. Rasa macam dah tak sesuai sangat dah tu,” selorohnya.

Sementara itu, mengenai Rudaini Beaute, rangkaian produk tersebut terdiri daripada set penjagaan kesihatan dalaman iaitu Luv My Coffee serta set kecantikan Rudaini Beaute Skincare dan Angel Mask.

Rudaini Beaute memasarkan produk-produk menerusi kaedah pemasaran secara talian menggunakan laman sosial Instagram rasmi iaitu @b_fabulousgalleria dan @luvmycoffee_rr selain stokis yang dilantik secara sah bermula 1 Disember 2014.

Untuk sebarang keterangan lanjut, hubungi Cik Ala (019-2636501) dan Wawa (012-4808727).

Baca : Almy NAdia Ulas Mengenai Kehamilan Anak Kembar 

Sumber : mStar Online
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter

Finalis AJL29 sudah pun kita tahu,  siapa yang layak bertanding. Seperti biasalah ada yang puas hati ada persoalankan keputusan juri.


Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Ramai beranggapan lagu Mewangi nyanyian Akim & The Majistret akan mara ke AJL 29.

Tetapi apakan daya, apabila nama finalis diumumkan, Mewangi tidak layak ke peringkat akhir. Maka dengan itu penyokong-penyokong Akim sudah lepas geram di twitter.

Ada yang mempersoalkan keputusan juri, ada yang memberi semangat kepada Akim agar tidak berputus asa dan ada juga yang berasa amat sedih.


Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Mewangi Gagal Ke AJL29, Penyokong Akim Mengamuk Di Twitter, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad, gosip

Almaklumlah, lagu ciptaan Aiman itu memang diminati ramai dan menjadi hits di carta lagu stesen radio tempatan.

Kami pun kurang pasti, di manakah silapnya. Keputusan semua di tangan juri, bak kata pepatah hanya jauhari yang kenal manikam.

Mungkin belum rezeki Akim lagi untuk mara ke peringkat akhir. Inshaa Allah satu hari nanti ada peluangnya.

Baca : Penyanyi Ezlynn Akui Teringin Timang Cahayamata Tapi 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar

Pelakon Almy Nadia engan mengulas mengenai gosip yang tersebar yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kembar ekoran saiz perutnya kini yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungannya.


Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, almy nadia, anak kembar almy nadia, gosip terkini,

Almy Nadia yang kini hamil enam bulan itu berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata yang boleh memberi tekanan kepada dirinya daripada pihak luar.

“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.

“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.

“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Kemarin, foto Almy yang menampakkan perutnya kini yang semakin besarndi laman sosial Instagram telah mendapat perhatian peminat yang menjangka dia kini sedang hamil anak kembar.

Bercakap mengenai persiapan menyambut anak sulungnya dengan pelakon Fizz Fairuz itu, Almy memberitahu dia kini belum membuat perisapan penuh untuk bakal bayinya itu kerana tidak mahu terlalu teruja.

“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti,” ceritanya lagi.

Almy sekarang masih lagi berehat dan akan mula aktif dalam bidang seni setelah selamat melahirkan bayinya serta selesai berpantang kelak.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif