Showing posts with label almy Nadia. Show all posts
Showing posts with label almy Nadia. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Fizz Fairuz tidak cukup rehat jaga isteri

Siapa yang tidak teruja untuk bergelar bapa? Apatah lagi anak sulung yang bakal menjadi pengikat kasih sayang dalam rumah tangga.

Begitu juga pelakon yang dikenali dalam filem Mat Tudung, Fizz Fairuz, 35, yang kini menghitung hari menanti isterinya yang juga pelakon Almy Nadia, 28, melahirkan anak mereka pada Februari nanti.

Fizz Fairuz tidak cukup rehat jaga isteri, info, terkini, hiburan, almy nadia, fizz fairuz,

Almy yang kini sarat mengandung lapan bulan dijangka melahirkan anak pada tanggal 27 Februari depan.

Walaupun agenda seninya padat dengan projek drama dan filem, Fizz mengakui dia tetap tidak mengabaikan tanggungjawabnya pada rumah tangga. Antara drama dan projek filem terbarunya ialah Cinta Ros Putih dan filem Mat Tudung 2.

"Ramai yang bertanya kenapa saya nampak kurus, sejak kebelakangan ini. Hakikatnya, saya tidak cukup rehat kerana perlu membahagikan masa antara karier seni dan menjaga isteri yang mengalami alahan yang teruk ketika mengandung.

"Saya juga tidak berani meninggalkan isteri seorang diri di rumah terutama pada waktu malam kerana Almy pernah diganggu makhluk halus dan terpaksa berubat secara tradisional sebelum ini," katanya.

Bercerita lanjut ketika menjaga Almy, kata Fizz, isterinya itu mengalami alahan yang teruk dalam tempoh tiga bulan pertama mengandung.

"Jika wanita mengandung lain mengalami 'morning sickness' pada waktu pagi, Almy pula muntah-muntah, sakit kepala dan kurang sihat pada waktu malam.

"Penat macam mana pun balik dari lokasi penggambaran, saya perlu meluangkan masa dengannya dan membantunya mengatasi alahan berkenaan. Malah, saya perlu mengambil alih tugas memasak bila dia kurang sihat akibat alahan mengandung," katanya.

Fizz ditemui pada majlis pelancaran Go Motorshow (Gomoma) Malaysia 2015-2017 anjuran UGDC Intensione Sdn Bhd dengan kerjasama Kazanah Bangsa yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Acara itu disempurnakan Tengku Besar Putra Sela-ngor Tengku Datuk Seri Ismail Shah Sultan Hishamudin Alam Shah.

Sebagai suami penyayang, Fizz berusaha memenuhi apa saja keinginan isterinya sepanjang tempoh mengandung itu.

"Saya sangat memahami wanita yang mengidam ketika mengandung. Sebelum ini, saya sudah memenuhi keinginan Almy untuk makan telur penyu dan jeruk asam boi dan sekarang dia mengidam untuk makan buah kundang pula.

"Saya sudah berusaha mencari buah kundang di serata tempat tapi tidak berjumpa kerana kini bukan musim buah itu sekarang. Justeru, saya berharap jika ada peminat atau orang ramai yang tahu di mana saya boleh mendapatkan buah kundang, silalah hubungi saya dengan segera," katanya.

Almy rancang kembali berlakon selepas pantang

Sepanjang tempoh me-ngandung, Almy mengakui dia terpaksa membataskan karier seninya kerana memberi tumpuan pada anak dalam kandungannya. Malah, Almy juga lebih selesa me-nguruskan karier seni suaminya sendiri ketika ini.

Namun kata Almy, dia tetap merancang untuk kembali berlakon selepas selesai tempoh berpantang nanti.

"Fizz tidak menghalang saya untuk kembali berlakon kerana dia tahu bidang lakonan sudah sebati dengan diri sejak dulu. Apa yang penting, saya tahu batas yang perlu dijaga sebagai isteri.

"Pada masa sama, saya lebih suka ada duit sendiri dan tidak suka bergantung dengan suami semata-mata," katanya.

Ditanya soal jantina bayi pula, kata Almy, dia juga dijangka melahirkan bayi perempuan nanti. Pasangan ini juga memiliki seorang anak angkat, Nur Afrina Darwi-sya, 6, yang dijaga neneknya di kampung.

"Kami tidak kisah soal jantina anak kerana yang penting bayi yang dilahirkan itu sihat dan cukup sifatnya nanti.

"Setakat ini semua persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sudah siap terutama hospital untuk bersalin, pakaian serta peralatan untuk bayi juga sudah dibeli," katanya.

Baca : Tegar cabar diri Demi Sirah Rasullullah Tahajjud Cinta 

Sumber : hmetro.com.my

Sunday, November 30, 2014

Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar

Pelakon Almy Nadia engan mengulas mengenai gosip yang tersebar yang mendakwa dia kini sedang hamil anak kembar ekoran saiz perutnya kini yang kelihatan lebih besar daripada usia kandungannya.


Almy Nadia Ulas Mengenai Hamil Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, almy nadia, anak kembar almy nadia, gosip terkini,

Almy Nadia yang kini hamil enam bulan itu berkata dia tidak mahu mengambil pusing dengan kata-kata yang boleh memberi tekanan kepada dirinya daripada pihak luar.

“Saya tak mahu ulas pasal anak kembar atau kenapa saiz perut saya besar, yang penting anak dalam kandungan saya ini sihat dan cukup sifat semuanya.

“Lagipun saya sudah tidak mahu ambil pusing lah apa yang orang nak kata mengenai kandungan saya kerana saya tidak mahu ada tekanan buat masa ini.

“Biarlah mereka nak kata apa kerana mereka yang tanggung dosa jika mereka menghina saya. Saya pula dapat pahala jika mereka mengata,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Kemarin, foto Almy yang menampakkan perutnya kini yang semakin besarndi laman sosial Instagram telah mendapat perhatian peminat yang menjangka dia kini sedang hamil anak kembar.

Bercakap mengenai persiapan menyambut anak sulungnya dengan pelakon Fizz Fairuz itu, Almy memberitahu dia kini belum membuat perisapan penuh untuk bakal bayinya itu kerana tidak mahu terlalu teruja.

“Kami belum buat perisapan penuh lagi kerana orang tua-tua kata tak elok terlalu teruja dan beli barang baby awal-awal kan. Jadi kami mungkin akan mula buat persiapan penuh bila masuk bulan ke-8 nanti,” ceritanya lagi.

Almy sekarang masih lagi berehat dan akan mula aktif dalam bidang seni setelah selamat melahirkan bayinya serta selesai berpantang kelak.

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, November 27, 2014

Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar

Wah, terkejut juga kami bila melihat gambar dan membaca komen-komen di Instagram Almy Nadia beberapa hari lepas yang mana kebanyakan peminat Almy tertanya-tanya sama ada isteri kepada Fizz Fairuz ini hamil anak kembar.



Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Kalau tak silap kami, Almy dan Fizz dah pernah mengumumkan jantina anak yang bakal dilahirkan sekitar bulan lepas. Tapi adakah sebenarnya kembar perempuan?

Bukan apa, peminat menyangka begitu kerana terpandang foto terbaru Almy yang semakin sarat macam dah hampir menunggu hari untuk bersalin.

Memang tak dapat dinafikan Almy kelihatan lebih berisi dari sebelum ini, tapi semua tu langsung tak menghalang Almy dari kelihatan berseri-seri dan cantik. Inilah nama dia aura ibu mengandung, kan?

Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Makanya, Almy tak perlu risau lagi atau terasa kalau-kalau ada orang yang mengata dia berbadan besar. Normallah bentuk badan kita mengembang bila berbadan dua.


Almy Nadia Dijangka Akan Bersalin Anak Kembar, info, terkini, hiburan, sensasi, almy nadia, isteri fizz fairuz, gosip

Apapun, kami doakan semoga Almy dapat melahirkan bayi sulungnya dengan selamat kelak. Mesti anak angkat Almy, Nur Afrina Darwisya tak sabar menanti kelahiran adiknya.

Baca : Foto Sweet Jejai Bermanja Dengan Fasha Sandha  


Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, November 5, 2014

Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk

Si ‘kaki bola’ mesti sudah tahu bahawa Pahang berjaya merangkul gelaran Juara Piala Malaysia 2014 baru-baru ni kan? Namun, bukan hal itu yang jadi fokus sebab kami ada berita lagi panas nak cerita ni.


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Ceritanya macamni, pada hari perlawanan tersebut berlangsung, Fizz Fairuz telah membawa isterinya, Almy Nadia yang kini sedang hamil 5 bulan ke stadium. Nak bagi support untuk team Tok Gajah la katakan.


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Namun, lain pula hal yang terjadi apabila foto mereka di stadium tersebut menjadi bahan kritikan kerana Almy Nadia dikatakan memakai jersi Pahang yang terlampau ketat sehingga menonjolkan perutnya yang memboyot itu.

    assalammualaikum dan salam sejahtera.. SAJA NAK TERANGkan.. semua org asyik asyik asyik2 bertanya kenapa PERUT sy BESAR??kenapa PERUT sy BESAR?napa sy GEMOK?kenapa SY GEMOK?TWINs ka?BESARNYA PERUT?berapa bulan?5 bln BESAR SGT PERUT?? nak marah sgt2 tp sabar.nak ckp n jawab kang ditanya ulang2 lg soalannya..

    MEH NAK BGTAU.. SAYA NIH RANGKA BESAR.PERUT BESAR La.IKUT SAIZ BADAN.TP SY BERSYUKUR PD allah sbb apa,SY NIH TAK ADA PENYAKIT YG KENA MKN UBAT BNYK2 FAHAM SBB SY SUAMI BG CUKUP MKN NAK DI BANDINGKAN DGN ORG LAIN.ORG MENGANDUNG TAK SAMA..sY BERSYUKUR SBB SY SIHAT BABY SIHAT.

    lg 1 nak bgtau.apa yg sy pakai serba serbi tak kena.tkkan la apa yg sy pakai nak bgtau 1dunia kot.pakai jenas tak kena?pakai baju tak kena?sy tak bodoh lg nak pakai ketat2,,just nak bgtau bg terang.suami sy belikan seluar jeans ibu mengandung ..dlm pic tu seluar ibu mengandung.baju yg sy pakai tu tak ketat pun selesa sgt2 sbb dia jersi.saiz M . nampak ketat sbb sy GEMOK SBB MENGANDUNG .

    fahamm!!!! puas hati semua??#kandungan sy 5bulan(23minggu) #alhamdulillah #due FEB@MAC #TAHUNDEPAN lps tu sy beranak sy akan kurus balik tau.kang kurus sgt masa mengandung org tanya pulak napa kurus.tak cukup makan ka?tak cukup zat ka?? #sesiluahperasaan. #tq @fizzfairuz



Kan mak buyung dah marah. Tapi, kelakar pula kami rasa apabila ada yang mempersoalkan saiz kandungan Almy. Dah mestilah perut kena besar sebab ada baby kan?


Punca Almy Nadia Dilabel Gemuk, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, almy nadia

Perempuan yang sedang mengandung ni sebenarnya sangat dimuliakan dalam agama Islam tau. Jadi, lebih baik kalau kita semua mendoakan kesihatan Almy dan anaknya.

Sumber : ohbulan.com