Tuesday, November 25, 2014

Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri

Nampaknya, laporan akhbar The Star telah berjaya mendapatkan pengakuan 2 pelakon cantik yang cuba digoda oleh golongan VVIP termasuk ada yang berstatus Datuk, Datuk Seri.


Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yana samsudin, miera liyana

Kes seperti ini memang ada terjadi dan ada VVIP yang mahu bersama golongan artis dengan cuba menggoda mereka dengan kemewahan harta benda duniawi.

Yana Samsudin pernah di tawarkan sebanyak RM 30 ribu dari seorang Datuk Seri untuk sesi minum-minum (drinking session). Ye RM 30 000 hanya untuk berjumpa dan teman minum.

Ini kata Yana Samsudin: "Saya menolak kerana bimbang ada motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan ke minuman saya"

Yana Samsudin juga akui Datuk Seri itu menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hajatnya itu dan mahu pertemuan mereka berdua dirahsiakan.

Selain itu, ada juga yang menawarkan kereta Range Rover yang berharga setengah juta kepada Yana Samsudin. Dan ada juga beri barang mewah dan ingin berkahwin dengannya.

Pelakon lagi satu ialah Miera Liyana yang terkenal dengan beberapa kontroversi sebelum ini. Miera akui ada menolak beberapa offer dari orang kenamaan seperti beg tangan berjenama, barang hiasan dan jam tangan mewah.

Ini kata Miera Liyana: " Kalau ikhlas, bukan ini caranya. Mana ada orang belanja barang mewah ribuan ringgit tanpa mengharapkan balasan"


Baca : Hafiz Suip Lapor Polis Mikrofon Hilang 

Sumber: The Star
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →