Showing posts with label yana samsudin. Show all posts
Showing posts with label yana samsudin. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil

Majlis resepsi perkahwinan aktres jelita Yana Samsudin dan jejaka pilihan hati, Fadzil Zahari telah selamat dilangsungkan di dalam sebuah majlis yang cukup meriah di kampung halaman Yana yang terletak di Yong Peng, Johor Darul Takzim.

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Dalam majlis gilang gemilang yang bertepatan dengan venue Dataran Gemilang itu menyaksikan kehadiran ramai peminat dan jemputan untuk menyaksikan pengantin baru yang cukup menawan menyarungkan busana ilham pereka kegemaran Yana Samsudin iaitu Zery Zamry dan mendapat sentuhan jurumekap popular, Deq Sha.

Gaun perkahwinan lengkap berlayah panjang meleret menaikkan seri pengantin pasangan ini yang selamat diijabqabul pada hari Jumaat sebelumnya. Majlis resepsi ini khusus diadakan khas untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.

Pengantin yang nyata amat menantikan hari bahagia ini tidak lekang melemparkan senyuman menerusi foto yang dikongsikan Yana di Instagramnya menerusi jurufoto rasmi majlis ini 2pi Project.

Majlis turut dihadiri ramai rakan selebriti dan antara dapat dilihat sudah tentunya Farid Kamil yang merupakan abang Fadzil, kini suami Yana dan isteri Farid, Diana Danielle, David Teoh dan isteri serta ramai lagi.

 Yana Samsudin selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fadzil Zahari dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Yong Peng, Johor, Jumaat lalu.

Pasangan itu telah dinikah oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars pada jam 4.15 petang dengan mas kahwin sebanyak RM10,000.

Fadzil atau nama sebenarnya, Fadzil Bahri Bin Dato` Dr Zahari, 32, telah menyediakan lima dulang hantaran yang kemudiannya dibalas pihak pengantin perempuan, Norliana Binti Samsudin, 29, dengan tujuh dulang hantaran.

Pihak pengantin lelaki juga turut menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Jom kita jengok foto perkahwinan Yana dan Fadzil dibawah ini.

Sumber : murai.com.my

Wednesday, February 11, 2015

Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami

Debaran semakin hampir kepada Yana Samsuddin apabila dia bakal diijabkabul pada Jumaat ini dan dalam masa yang sama masih sempat berkongsi sedikit sebanyak mengenai sikap bakal suaminya, Fadzil Zahari, yang dikatakan sangat penyabar orangnya.

Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Yana Samsudin, Fadil Zahari

“Dalam apa saja situasi tak kira dalam keadaan tegang sekalipun, dia sangat penyabar. Saya hormat sikap dan dirinya. Dia akan pegang kata-katanya termasuklah tahap keseriusannya untuk memperisterikan saya.

“Tutur katanya sangat lembut dan sopan. Dia juga senang di bawa berbincang. Pada mata saya, dia lelaki yang beriman. Dia banyak mengingatkan saya mengenai hal berkaitan agama,” katanya.

Yana Samsudin Dedah Perangai Bakal Suami, info, terkini, hiburan, sensasi, Yana Samsudin, Fadil Zahari

Berkongsi cerita mengenai tempoh perkenalannya dengan Fadzil, Yana mengakui terkejut kerana bakal suaminya itu sabar menantinya sejak dari awal perkenalan dan selepas Yana dirisik sekitar 2009.

“Ketika itu juga saya ada cakap kepadanya saya ada banyak tanggungan. Tak boleh fokus bercinta dulu. Pengalaman lalu mematangkan saya. Cuma pada tahun lalu saya cakap saya bersedia untuk berkahwin kerana nenek pun sudah uzur selain kehidupan sudah mula stabil”

“Tapi ketika itu orang ingat saya tuju komen itu kepadanya sedangkan ia secara umum,” katanya yang tidak menyangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepadanya biarpun menunggu lama seterusnya menghantar rombongan meminang Disember lalu.

Sumber : rotikaya.com

Wednesday, February 4, 2015

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik

Akhirnya segala persoalan mengenai hubungan mesra antara pelakon Yana Samsudin dengan Fadzil Zahari, 32, telah terjawab apabila Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari Bakal Nikah 13 Februari Ini. Nak tahu  kisah disebalik sebelum lamaran diterima? Baca tau ‘Yana Samsudin Pilih Fadzil Zahari Selepas Istikharah‘ !!

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik, info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin

Hanya tinggal beberapa hari lagi mereka bakal disatukan dalam ikatan yang sah di kediaman keluarga Yana di Yong Peng, Batu Pahat, Johor sementara majlis persandingan pasangan itu pula akan diadakan pada keesokan harinya, 14 Februari.

Pelakon Yana Samsudin dikatakan semakin sibuk dengan persiapan perkahwinan, buktinya ‘5 Gambar Yana Samsudin Shopping Kahwin Di Bangkok‘ dan ‘Bakal Pengantin Hanez Suraya Dan Yana Samsudin Shopping Di Bangkok‘. Namun disebalik kesibukan tersebut hatinya tetap gugup untuk berkahwin dengan teman baiknya sendiri.

Yana Samsudin Gugup Kahwin Teman Baik, info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin

Perasaan gugup diakui sendiri oleh Yana Samsudin setelah ditanyakan soalan perasaan apabila berkahwin dengan kawan baiknya sendiri :-

Saya rasa gugup dan sedikit janggal, namun mungkin perkara ini tidak akan lama. Saya pasti boleh menyesuaikan diri dengan keadaan ini. – Yana Samsudin

Memang normal perasaan gugup tersebut, maklum lah bakal bergelar raja sehari ditambah pula bakal berkahwin dengan teman baik sendiri. Itu semua dah jodoh, pasti lama kelamaan Yana Samsudin akan seronok dengan alam rumah tangga. Eh! semoga majlis perkahwinan bakal berlangsung dengan lancar.

Sumber : gosipmalaysia.com

Sunday, February 1, 2015

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah

Ramai yang suka melihat pasangan ini bersama & tidak kurang mendoakan untuk mereka bertemu jodoh walaupun Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sendiri selama ini mengatakan yang mereka sekadar berkawan namun tidak menolak jika berjodoh sesama mereka.

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Menerusi laporan Berita Harian pasangan ini mengesahkan yang mereka bakal bernikah pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Diam diam sudah merancang nikah, bagus!

Yana Samsudin turut menceritakan yang Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun lalu — dan merupakan cubaan kedua selepas kali pertama tahun 2010.

“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”

“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” ujarnya.

Tahniah diucapkan buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita baik ini, semoga hubungan kalian akan kekal sehingga akhir masa. Pasti meriah majlis kahwin mereka nanti.

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Sumber : rotikaya.com

Tuesday, November 25, 2014

Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri

Nampaknya, laporan akhbar The Star telah berjaya mendapatkan pengakuan 2 pelakon cantik yang cuba digoda oleh golongan VVIP termasuk ada yang berstatus Datuk, Datuk Seri.

Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yana samsudin, miera liyana

Kes seperti ini memang ada terjadi dan ada VVIP yang mahu bersama golongan artis dengan cuba menggoda mereka dengan kemewahan harta benda duniawi.

Yana Samsudin pernah di tawarkan sebanyak RM 30 ribu dari seorang Datuk Seri untuk sesi minum-minum (drinking session). Ye RM 30 000 hanya untuk berjumpa dan teman minum.

Ini kata Yana Samsudin: "Saya menolak kerana bimbang ada motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan ke minuman saya"

Yana Samsudin juga akui Datuk Seri itu menggunakan orang tengah untuk menyampaikan hajatnya itu dan mahu pertemuan mereka berdua dirahsiakan.

Selain itu, ada juga yang menawarkan kereta Range Rover yang berharga setengah juta kepada Yana Samsudin. Dan ada juga beri barang mewah dan ingin berkahwin dengannya.

Pelakon lagi satu ialah Miera Liyana yang terkenal dengan beberapa kontroversi sebelum ini. Miera akui ada menolak beberapa offer dari orang kenamaan seperti beg tangan berjenama, barang hiasan dan jam tangan mewah.

Ini kata Miera Liyana: " Kalau ikhlas, bukan ini caranya. Mana ada orang belanja barang mewah ribuan ringgit tanpa mengharapkan balasan"

Baca : Hafiz Suip Lapor Polis Mikrofon Hilang 

Sumber: The Star
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Monday, November 24, 2014

VIP Miang Umpan Yana Samsudin Dengan Kereta Range Rover

Rupanya ramai lelaki VIP berhidung belang cuba mendekati pelakon wanita tempatan yang cantik dan bergetah dengan pelbagai cara.

Yana Samsudin merupakan salah seorang yang pernah ditawarkan kereta mewah Range Rover bernilai setengah juta oleh seorang VIP, baru-baru ini.

VIP Miang Umpan Yana Samsudin, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, yana samsudin

Pengakuan aktres berusia 29 tahun itu menerusi laporan Metro Ahad turut menyebut, pernah ditawarkan wang sebanyak RM30,000 hanya untuk menemani seorang VIP untuk ‘drinking session’. Pergh.. kalau ikutkan tawaran tu, memang boleh gelap mata artis-artis kita ni.

Bagaimanapun maruah Yana lebih mahal daripada itu, apabila dia mengakui menolak ajakan tersebut kerana bimbang sebarang perkara buruk boleh terjadi sekiranya dia menerima pelawaan sang VIP itu.

“Saya menolak tawaran tersebut kerana ia mungkin mempunyai motif lain. Bagaimana jika pil tidur dimasukkan dalam minuman saya ketika itu?” katanya.

Selain Yana, pelakon Miera Liyana juga dikhabarkan pernah cuba didekati golongan sedemikian yang turut menawarkan barang kemas, tas tangan berjenama, jam tangan mewah dan wang berjumlah ribuan ringgit dalam usaha untuk menggoda.

Baca : Neelofa Sudah Dirisik? 

Sumber : mynewshub.cc

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Sunday, November 23, 2014

Pakaian Yana Samsudin Tak Cukup Kain Buat Peminat Menyampah

Nampaknya Yana Samsudin sepatutnya memikirkan sedalam-dalamnya jika ingin memakai pakaian tak cukup kain.

Ini kerana semakin ramai peminat yang mula buka mulut dan menyuarakan mereka mula naik menyampah apabila pelakon ini mengenakan pakaian atas lutut.

Dari facebook Rotikaya yang memuatnaik gambar Yana Samsudin, rata-rata orang ramai memberi komen negatif dan nasihat kepada pelakon comel ini.

Sehinggakan ada peminat yang mula tidak meminati Yana Samsudin yang baru ini. Namun bagi penyokong kuat Yana Samsudin, Yana Super Friends sudah pasti sokongan mereka tidak berbelah bahagi.

Pakaian Yana Samsudin Tak Cukup Kain, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, yana samsudin, kontroversi yana,

Baca : Remy Ishak Kini Ada Kekasih Baru?  

Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif