Showing posts with label Resepsi Penuh Gemilang. Show all posts

Sunday, February 15, 2015

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil

Majlis resepsi perkahwinan aktres jelita Yana Samsudin dan jejaka pilihan hati, Fadzil Zahari telah selamat dilangsungkan di dalam sebuah majlis yang cukup meriah di kampung halaman Yana yang terletak di Yong Peng, Johor Darul Takzim.

Resepsi Penuh Gemilang, Yana-Fadzil , info, terkini, hiburan, sensasi, yana samsudin, fadzil zahari

Dalam majlis gilang gemilang yang bertepatan dengan venue Dataran Gemilang itu menyaksikan kehadiran ramai peminat dan jemputan untuk menyaksikan pengantin baru yang cukup menawan menyarungkan busana ilham pereka kegemaran Yana Samsudin iaitu Zery Zamry dan mendapat sentuhan jurumekap popular, Deq Sha.

Gaun perkahwinan lengkap berlayah panjang meleret menaikkan seri pengantin pasangan ini yang selamat diijabqabul pada hari Jumaat sebelumnya. Majlis resepsi ini khusus diadakan khas untuk meraikan hari bahagia mereka bersama peminat.

Pengantin yang nyata amat menantikan hari bahagia ini tidak lekang melemparkan senyuman menerusi foto yang dikongsikan Yana di Instagramnya menerusi jurufoto rasmi majlis ini 2pi Project.

Majlis turut dihadiri ramai rakan selebriti dan antara dapat dilihat sudah tentunya Farid Kamil yang merupakan abang Fadzil, kini suami Yana dan isteri Farid, Diana Danielle, David Teoh dan isteri serta ramai lagi.

 Yana Samsudin selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fadzil Zahari dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Yong Peng, Johor, Jumaat lalu.

Pasangan itu telah dinikah oleh jurunikah Imam Shamsul Rizalars pada jam 4.15 petang dengan mas kahwin sebanyak RM10,000.

Fadzil atau nama sebenarnya, Fadzil Bahri Bin Dato` Dr Zahari, 32, telah menyediakan lima dulang hantaran yang kemudiannya dibalas pihak pengantin perempuan, Norliana Binti Samsudin, 29, dengan tujuh dulang hantaran.

Pihak pengantin lelaki juga turut menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000.

Jom kita jengok foto perkahwinan Yana dan Fadzil dibawah ini.

Sumber : murai.com.my