Showing posts with label Adik Farid Kamil. Show all posts
Showing posts with label Adik Farid Kamil. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah

Ramai yang suka melihat pasangan ini bersama & tidak kurang mendoakan untuk mereka bertemu jodoh walaupun Yana Samsudin dan Fadzil Zahari sendiri selama ini mengatakan yang mereka sekadar berkawan namun tidak menolak jika berjodoh sesama mereka.


Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Menerusi laporan Berita Harian pasangan ini mengesahkan yang mereka bakal bernikah pada 13 Februari ini di Yong Peng, Johor dan majlis resepsi akan diadakan pada keesokan harinya di lokasi yang sama. Diam diam sudah merancang nikah, bagus!

Yana Samsudin turut menceritakan yang Fadzil Zahari menghantar rombongan meminang pada 14 Disember 2014 yang lalu selepas beliau membuat kenyataan sudah bersedia untuk berkahwin sekitar tahun lalu — dan merupakan cubaan kedua selepas kali pertama tahun 2010.

“Bila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama angkat kaki kerana terlalu lama menunggu”

“Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu. Saya tahu selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui WhatsApp. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemu keluarga di Yong Peng”

“Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya,” ujarnya.

Tahniah diucapkan buat Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita baik ini, semoga hubungan kalian akan kekal sehingga akhir masa. Pasti meriah majlis kahwin mereka nanti.


Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Yana Samsudin, Fadzil Zahari Bakal Nikah, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Yana Samsudin, Fadzil Zahari, Adik Farid Kamil

Sumber : rotikaya.com