Tuesday, November 25, 2014

Justin Bieber raih pendapatan tertinggi

Perangai buruk Justin Bieber tidak menghalang bintang pop itu dinamakan sebagai penghibur di bawah usia 30 tahun yang meraih pendapatan tertinggi dari tempoh Jun 2013 hingga Jun 2014.


Justin Bieber raih pendapatan tertinggi, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood,

Dipetik daripada laporan Page Six, majalah Forbes menerusi senarai Celebrity 100 menyatakan Bieber telah berjaya meraih AS$80 juta hasil daripada siri jelajah dunianya.

Terdahulu penyanyi berusia 20 tahun ini telah terlibat dengan beberapa insiden memalukan seperti dilihat meninggalkan sebuah pusat pelacuran di Rio, ditangkap kerana membaling telur ke rumah jiran serta meninggalkan monyet peliharaannya di Jerman.

Aktres filem francais "The Hunger Games", Jennifer Lawrence adalah satu-satunya selebriti dari dunia lakonan yang tersenarai dalam top 10 penghibur di bawah usia 30 tahun yang meraih pendapatan tertinggi.

Berikut adalah top 10 penghibur tersebut:

1. Justin Bieber : AS$80 juta
2. One Direction : AS$75 juta
3. Taylor Swift : AS$64 juta
4. Bruno Mars : AS$60 juta
5. Rihanna : AS$48 juta
6. Miley Cyrus : AS$36 juta
7. Jennifer Lawrence : AS$34 juta
8. Lady Gaga : AS$33 juta
9. Avicii : AS$28 juta
10. Skrillex : AS$18 juta

Baca : Hafiz Suip Lapor Polis Mikrofon Hilang 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →