Showing posts with label hollywood. Show all posts
Showing posts with label hollywood. Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Anak Angkat Baharu Sandra Bullock

Pelakon Sandra Bullock mendedahkan telah mengambil seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun sebagai anak angkat keduanya.

Laila, Anak Angkat Baharu Sandra Bullock


Pelakon filem The Proposal  ini mengambil kanak-kanak bernama Laila itu selepas anak angkat lelakinya Louis, 5, mahu seorang adik yang berkulit coklat juga.
"Ketika saya melihat Laila, tidak ada keraguan sedikit pun untuk mengambil dia sebagai anak angkat. Saya rasa ini waktu yang tepat dan saya bersedia untuk menjaganya.

"Sebenarnya Louis yang memulakan semua ini. Dia yang ingin mempunyai saudara yang punyai kulit sama dengannya," ujarnya.

Sandra mengakui kanak-kanak itu pada awalnya berasa takut, namun kemudian berjaya ditenangkan oleh dia dan abangnya Louis.

Sandra mengambil Louis sebagai anak angkat pada tahun 2010.-mstar

Saturday, November 29, 2014

Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat

Pelakon yang popular menerusi filem Transformers, Shia LaBeouf baru-baru ini membuat pendedahan mengejutkan mengatakan dirinya menjadi mangsa rogol ketika pameran seni anjurannya berlangsung pada Februari lalu.


Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat, info, terkini, hiburan, luar negara, hollywood, hero filem Transformers, gosip,

Shia LaBeouf duduk berseorangan ketika pameran seninya yang berjudul IAMSORRY berlangsung dan pada ketika itu, datang seorang pengunjung wanita yang datang ke arahnya dan kemudian merogol pelakon berusia 28 tahun itu.

“Seorang wanita yang datang bersama kekasihnya, kemudian datang secara tiba-tiba ke arah saya dan mula mengawal saya, dia buka pakaian saya dan terus merogol saya.

“Selepas kejadian itu, wanita itu terus berjalan meninggalkan saya dalam keadaan rambutnya yang tidak terurus dan mekap yang serabai,” katanya memetik laporan People.

Yang lebih memburukkan keadaan, ketika kejadian rogol itu berlaku kekasih Shia, Mia Goth berada di situ yang kebetulan sedang mengunjungi Shia untuk meraikan sambutan Hari Kekasih.


Shia LaBeouf Dedahkan Dirinya Jadi Mangsa Rogol Peminat, info, terkini, hiburan, luar negara, hollywood, hero filem Transformers, gosip,

Insiden itu telah menyebabkan Shia dan kekasihnya bergaduh besar sehingga mereka tidak berkomunikasi di antara satu sama lain selama lima hari.

Namun, perhubungan mereka kembali pulih seperti biasa selepas Shia menjelaskan insiden tersebut kepada Mia, yang mana baginya merupakan satu kejadian yang paling meninggalkan kesan trauma mendalam terhadap kehidupannya.

Baca : MLM2014 : Shiro Perlekeh Pasukan Bola Sepak Negara? 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?

Penyatuan Brad Pitt dan Angelina Jolie dalam majlis perkahwinan Ogos lalu bukan sahaja dinanti pasangan ini malah seluruh peminat yang mengenali dan mengikuti perkembangan Brangelina sekian lamanya.

Belum mencecah 3 bulan perkahwinan tersebut dikatakan berantakan. Melalui laporan daripada media antarabangsa yang berjaya merakamkan detik tegang menyaksikan kedua mereka memilih cara sendiri menghilangkan stress dan mengawal perasaan.


Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, artis hollywood, brad pitt, Angelina Jolie

Tetapi tindakan tersebut menguatkan lagi tanggapan media mengenai detik tegang yang dirakamkan ketika pasangan ini berada di Australia. Angelina dilihat memegang rokok manakala Brad ditemani sebotol minuman masing-masing mengangkatkan tangan seperti menegaskan sesuatu dalam situasi yang tegang.

Brangelina baru-baru ini berada di Australia bagi menghadiri acara malam gala filem Unbroken, filem biopik arahan Angelina Jolie tentang Louis Zamperini, jaguh Olimpik yang menjadi banduan ketika era perang dunia kedua. Keduanya dikatakan bergelut dalam perbualan yang kelihatan tegang dan aksi ini dirakam oleh paparazzi di balkoni hotel pasangan ini di Sydney, Australia, minggu lalu.

Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, artis hollywood, brad pitt, Angelina Jolie

Namun, sebelum segalanya bertambah buruk, bintang Maleficent ini menggunakan peluang ditemuramah di stesen televisyen Australia minggu ini bagi menjelaskan mereka masih lagi suami isteri.

“Naskhah yang sedang kami jayakan bersama (By The Sea) memerlukan saya dan Brad menjiwai watak dan melalui perubahan emosi yang tidak menentu.

“Setelah hampir 10 tahun tidak berlakon bersama ia menjadi sesuatu yang mencabar untuk kami beraksi bersama, apatah lagi ia merupakan filem yang menceritakan tentang rumahtangga yang tidak kekal,”ucapnya ketika ditemubual Channel 4 News beberapa hari lalu.

Pengarah bagi filem By The Sea itu juga telah dinasihati oleh kenalan dan ahli keluarga yang kurang setuju dengan tindakan mereka untuk bergandingan dalam filem seperti itu. Untuk filem By The Sea, Angelina juga merupakan aktres utama membawakan watak sebagai seorang isteri yang bertungkus lumus menyelamatkan hubungannya dengan suami lakonan Brad Pitt.

“Setelah sekian lama tidak beraksi bersama, saya dan Brad memang bersetuju untuk menghasilkan filem bersama dan kami dah berbincang tentang filem tersebut akan berkisarkan hal kekeluargaan dan juga rumahtangga.

“Tapi kini By The Sea pula merupakan kisah rumahtangga yang tidak berjaya. Ramai teman yang bertanyakan adakan kami yakin untuk teruskan projek ini kerana ia seperti  mengambil risiko terbesar dalam perkahwinan,”tambah Angelina selaku sutradara dan pengarah bagi filem mengenai pasangan penari dan penulis yang pergi bercuti bersama di era 70-an.

Baca : 12 Lagu Diumumkan Layak Final Ke AJL 29 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, November 25, 2014

Justin Bieber raih pendapatan tertinggi

Perangai buruk Justin Bieber tidak menghalang bintang pop itu dinamakan sebagai penghibur di bawah usia 30 tahun yang meraih pendapatan tertinggi dari tempoh Jun 2013 hingga Jun 2014.


Justin Bieber raih pendapatan tertinggi, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood,

Dipetik daripada laporan Page Six, majalah Forbes menerusi senarai Celebrity 100 menyatakan Bieber telah berjaya meraih AS$80 juta hasil daripada siri jelajah dunianya.

Terdahulu penyanyi berusia 20 tahun ini telah terlibat dengan beberapa insiden memalukan seperti dilihat meninggalkan sebuah pusat pelacuran di Rio, ditangkap kerana membaling telur ke rumah jiran serta meninggalkan monyet peliharaannya di Jerman.

Aktres filem francais "The Hunger Games", Jennifer Lawrence adalah satu-satunya selebriti dari dunia lakonan yang tersenarai dalam top 10 penghibur di bawah usia 30 tahun yang meraih pendapatan tertinggi.

Berikut adalah top 10 penghibur tersebut:

1. Justin Bieber : AS$80 juta
2. One Direction : AS$75 juta
3. Taylor Swift : AS$64 juta
4. Bruno Mars : AS$60 juta
5. Rihanna : AS$48 juta
6. Miley Cyrus : AS$36 juta
7. Jennifer Lawrence : AS$34 juta
8. Lady Gaga : AS$33 juta
9. Avicii : AS$28 juta
10. Skrillex : AS$18 juta

Baca : Hafiz Suip Lapor Polis Mikrofon Hilang 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, November 24, 2014

Gelagat Miley Cyrus Yang Mengejutkan Di Parti Ulangtahun

Selepas sibuk dengan siri jelajah seluruh dunia akhirnya Miley Cyrus dilaporkan telah berjaya melupakan kisah cintanya dengan hero The Hunger Games, Liam Hemsworth. Buktinya, dia kini dilihat menjalinkan hubungan bersama anak kepada hero Terminator, Arnold Schwarzenegger, Patrick yang berusia 22 tahun.

Namun begitu khabarnya orang tua kepada Patrick terutama sekali ibunya Maria Shriver dikatakan tidak menyukai hubungan yang terjalin diantara anaknya dan bintang pop kontroversi itu. Apatah lagi apabila melihat gelagat Miley menyambut hari ulangtahunnya dengan mengadakan parti sambil beraksi separuh bogel.

Maria yang merupakan anak saudara kepada bekas presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy dikatakan seorang yang mementingkan imej keluarga dan tidak menyukai hubungan diantara Miley dan anaknya yang juga seorang model itu.

Tindakan isteri kepada Arnold itu dikatakan mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain yang juga tidak menyukai gosip yang berlegar melibatkan Patrick dan Miley itu.


Parti sempena hari ulangtahun Miley itu dilapor bertemakan parti liar dimana dia telah dihiasi dengan permainan seks, daun-daun ganja dan Miley juga dilaporkan telah menari tanpa sebarang baju menutupi dadanya.


Gelagat Miley Cyrus Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, miley cyrus, foto kontroversi miley, hollywood

Gelagat Miley Cyrus Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, miley cyrus, foto kontroversi miley, hollywood

Gelagat Miley Cyrus Yang Mengejutkan, info, terkini, hiburan, sensasi, miley cyrus, foto kontroversi miley, hollywood


Baca : Penyanyi Haziq Selamat Ditunangkan 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Sunday, November 23, 2014

Punca Taylor Swift Jadi Rebutan Majalah Terkemuka

Nama Taylor Swift kini semakin meningkat naik dan menjadi satu fenomena ikutan para remaja kini. “Taylor Swift: Billboard’s Woman of the Year 2014” juga telah membuatkan dirinya semakin menjadi perhatian dan diminati ramai.


Taylor Swift Jadi Rebutan, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood,


Lagu-lagu yang dibawanya sememangnya dapat diterima ramai senang cakap mendominasi carta lagu gitu.

Bukan tu je, pengaruhnya juga terbawa-bawa sehingga ke muka majalah yang terkenal seperti TIME, Bloomberg Businessweek dan Wonderland.

Siapa yang tak nak berebut-rebut ambil Swift jadi model cover majalah kan, nilai komersial tinggi tu. Boleh tarik ramai lagi para peminat majalah hiburan.

Taylor Swift Jadi Rebutan, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood,


Siapa yang tak nak berebut-rebut ambil Swift jadi model cover majalah kan, nilai komersial tinggi tu. Boleh tarik ramai lagi para peminat majalah hiburan.


Majalah TIME turut berkongsi tentang album terbaru Swift berjudul ‘1989’, meraikan kegemilangannya serta pendapat tentang gambaran media terhadap wanita.

Bloomberg Businessweek pula memperkatakan tentang peranannya dalam industri muzik. Manakala menerusi Wonderland, Swift berbicara tentang Twitter, muzik dan kehidupan solo.


Taylor Swift Jadi Rebutan, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood,

Macam-macam orang nak tahu tentang Swift ni kan. Video terbarunya di Youtube juga mendapat sambutan hangat kira-kira lebih 17 juta tontonan hanya dalam tempoh sehari.

Ada lagi, dengan pelancaran album ‘1989’ Oktober lalu berjaya membuatkan Swift berjaya mengungguli carta paling popular di media sosial Starcount.

Wah muda-muda ni dah jadi jutawan, caya laaaa Taylor Swift!

Baca : Ameng Spring: Lagu Insaf Dari Penjara 


Sumber : kamithemedia.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, November 17, 2014

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger

Sebelum ini timbul gosip mengatakan penyanyi Miley Cyrus sedang menjalinkan hubungan dengan anak kepada aktor terkenal Arnold Schwarzenegger iaitu Patrick Schwarzenegger namun pasangan itu mengelak apabila ditanya mengenai hal tersebut.

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Bagaimanapun, pasangan itu akhirnya tampil secara terbuka sebagai pasangan kekasih apabila sama-sama menghadiri perlawanan bola keranjang yang diadakan di California pada Khamis lalu.

Biarpun tidak memberi sebarang kenyataan rasmi mengenai hubungan mereka, namun pasangan tersebut mempunyai cara tersendiri dalam memberitahu hubungan mereka kepada media dan peminat.

Patrick dan Miley dilihat begitu mesra malah asyik berkucupan biarpun menyedari banyak mata sedang memandang ke arah mereka termasuk jurugambar pada acara itu.

Saksi yang berada pada perlawanan tersebut turut memberitahu pasangan itu kelihatan cukup mesra dan tidak mengendahkan penonton lain yang melihat mereka.


Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Miley Bercinta Dengan Anak Arnold Schwarzenegger, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, miley cyrus,

Baca : Permintaan Mengejutkan Dari Anak Nora Danish 

 Sumber : Daily Mail
 photo good_zps9ceffaa5.gif