Showing posts with label Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?. Show all posts
Showing posts with label Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?

Penyatuan Brad Pitt dan Angelina Jolie dalam majlis perkahwinan Ogos lalu bukan sahaja dinanti pasangan ini malah seluruh peminat yang mengenali dan mengikuti perkembangan Brangelina sekian lamanya.

Belum mencecah 3 bulan perkahwinan tersebut dikatakan berantakan. Melalui laporan daripada media antarabangsa yang berjaya merakamkan detik tegang menyaksikan kedua mereka memilih cara sendiri menghilangkan stress dan mengawal perasaan.


Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, artis hollywood, brad pitt, Angelina Jolie

Tetapi tindakan tersebut menguatkan lagi tanggapan media mengenai detik tegang yang dirakamkan ketika pasangan ini berada di Australia. Angelina dilihat memegang rokok manakala Brad ditemani sebotol minuman masing-masing mengangkatkan tangan seperti menegaskan sesuatu dalam situasi yang tegang.

Brangelina baru-baru ini berada di Australia bagi menghadiri acara malam gala filem Unbroken, filem biopik arahan Angelina Jolie tentang Louis Zamperini, jaguh Olimpik yang menjadi banduan ketika era perang dunia kedua. Keduanya dikatakan bergelut dalam perbualan yang kelihatan tegang dan aksi ini dirakam oleh paparazzi di balkoni hotel pasangan ini di Sydney, Australia, minggu lalu.

Comeback Brad & Angelina Hampir Runtuhkan Rumahtangga?, info, terkini, hiburan, sensasi, hollywood, artis hollywood, brad pitt, Angelina Jolie

Namun, sebelum segalanya bertambah buruk, bintang Maleficent ini menggunakan peluang ditemuramah di stesen televisyen Australia minggu ini bagi menjelaskan mereka masih lagi suami isteri.

“Naskhah yang sedang kami jayakan bersama (By The Sea) memerlukan saya dan Brad menjiwai watak dan melalui perubahan emosi yang tidak menentu.

“Setelah hampir 10 tahun tidak berlakon bersama ia menjadi sesuatu yang mencabar untuk kami beraksi bersama, apatah lagi ia merupakan filem yang menceritakan tentang rumahtangga yang tidak kekal,”ucapnya ketika ditemubual Channel 4 News beberapa hari lalu.

Pengarah bagi filem By The Sea itu juga telah dinasihati oleh kenalan dan ahli keluarga yang kurang setuju dengan tindakan mereka untuk bergandingan dalam filem seperti itu. Untuk filem By The Sea, Angelina juga merupakan aktres utama membawakan watak sebagai seorang isteri yang bertungkus lumus menyelamatkan hubungannya dengan suami lakonan Brad Pitt.

“Setelah sekian lama tidak beraksi bersama, saya dan Brad memang bersetuju untuk menghasilkan filem bersama dan kami dah berbincang tentang filem tersebut akan berkisarkan hal kekeluargaan dan juga rumahtangga.

“Tapi kini By The Sea pula merupakan kisah rumahtangga yang tidak berjaya. Ramai teman yang bertanyakan adakan kami yakin untuk teruskan projek ini kerana ia seperti  mengambil risiko terbesar dalam perkahwinan,”tambah Angelina selaku sutradara dan pengarah bagi filem mengenai pasangan penari dan penulis yang pergi bercuti bersama di era 70-an.

Baca : 12 Lagu Diumumkan Layak Final Ke AJL 29 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif