Showing posts with label artis hollywood. Show all posts
Showing posts with label artis hollywood. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Taylor Swift Insurans Kakinya RM120 Juta?

Bergelar selebriti terkemuka dunia, Taylor Swift dilaporkan kini telah mengambil tindakan untuk menginsuranskan kakinya dengan nilai setinggi USD 40 juta (RM120juta). Kini dia tidak perlu lagi risau jika sesuatu yang berlaku kepada sepasang kakinya yang lincah itu.


Taylor Swift Insurans Kakinya RM120 Juta?, info,terkini, hiburan, sensasi, taylor swift, artis hollywood

Penyanyi yang kini terus meniti populariti dengan hits terbarunya Blank Space itu mengambil berat terhadap aset yang memberikan dia langkah dan menyempurnakan tarian pada setiap persembahannya di serata dunia.

Menurut sumber terdekat penyanyi ini, mereka memandang tinggi harga sepasang kaki penyanyi pujaan ramai itu dan ia berpatutan dengan risiko yang sering dihadapi Taylor setiap kali beraksi di pentas.

“Ia kedengaran seperti satu jumlah yang mengarut tetapi cuba anda bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kaki Taylor, dia tidak dapat lagi memberikan gaya serta identiti dirinya dipentas ketika membuat persembahan.

“Kariernya yang dinilai kini berharga USD 200 juta itu akan berhadapan dengan masalah yang sangat besar,”ujar sumber tersebut.

Penyanyi yang juga digelar American Sweetheart itu juga dikatakan malu dengan kenyataan mengenai nilai sepasang kakinya itu. Dia tidak menyangka bahawa ia mampu mencecah harga setinggi itu kerana Taylor merasakan nilai sebenar sepasang kakinya hanyalah lebih kurang sejuta.

Sumber : murai

Tuesday, January 20, 2015

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii

Walaupun hubungan cinta Miley Cyrus dan Patrick Schwarzenegger menarik perhatian ramai dan dikhabarkan mendapat tentangan oleh keluarga Patrick yang datang dari golongan bangsawan atau aristokrat, pasangan ini kelihatan bahagia menghabiskan masa bersama.


Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Imej yang dirakam secara eksklusif oleh Daily Mail ini mengesahkan Patrick dan Miley sedang menghabiskan waktu bersama di pulau peranginan Hawaii dan telah dirakamkan gambar ketika sedang berjalan bersama di pantai sekitar Maui.

Gambar yang dirakamkan sekitar pagi Isnin itu dilihat berjalan menuju pantai untuk berehat di sana selain dilihat cukup mesra dalam dakapan masing-masing.

Patrick yang diketahui memiliki tubuh yang menawan tidak mengenakan baju manakala Miley pula mengenakan bikini rona merah bersama backpack Chanel berjalan di persisir pantai.

Ini merupakan penampilan mereka bersama setelah Miley tampil dengan kontroversi imej bogel dalam polaroid yang dikongsikan dengan majalah V Magazine untuk edisi Januari tersebut. Semenjak mengesahkan hubungan mereka pada November lalu, Miley dan Patrick seringkali dilihat bersama.

Bintang pop Disney itu juga menghabiskan masa menyambut tahun baru 2015 dengan bapa Patrick iaitu Arnold Schwarzenegger di Las Vegas dan menggelarkan Patrick sebagai teman lelaki paling best sekali.

Ramai sumber turut tampil hairan apabila Patrick boleh menerima selebriti yang mempunyai reputasi sebagai gadis liar seperti Miley Cyrus.


Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Kontroversi Bogel Tak Gugat Cinta, Patrick & Miley Cyrus Cuti Di Hawaii, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, miley cyrus, Patrick

Sumber : murai.com.my

Wednesday, January 14, 2015

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja

Jika kebanyakan selebriti lebih berminat untuk menghabiskan percutian di lokasi mewah seperti di Paris, London dan Maldives, namun berbeza pula dengan superstar Beyonce Knowles dan suami, Jay Z yang menukar haluan dengan memilih percutian di negara Asia Tenggara, Kemboja untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya rakyat tempatan di sana.

Jika diperhatikan di laman Instagram Beyonce yang mempunyai seramai 23 juta pengikut ini, pelbagai gambar pemandangan menarik yang dikongsikannya untuk peminat.

Di kala sedang merehatkan minda, nama Beyonce masih tidak dapat lari daripada paparazi apabila mereka mendakwa penyanyi berusia 34 tahun ini sedang hamil anak kedua disebabkan kegemarannya yang suka memakai baju bersaiz longgar ketika bercuti di Kemboja.

Walau bagaimanapun sehingga kini wakil jurucakap Beyonce tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Mungkinlah Beyonce pakai baju longgar demi menghormati adat resam orang Kemboja bak kata orang masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Tak gitu?


Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Beyonce Kongsi Gambar Menarik Percutian Di Kemboja, info, terkini, hiburan, sensasi, beyonce Knowles, artis hollywood,

Baca : Gambar Bogel Miley Cyrus Pada Cover Majalah 'V'  

Sumber : mynewshub.cc

Saturday, January 3, 2015

Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam

Penyanyi pop terkenal, Selena Gomez dikecam hebat oleh para peminatnya gara-gara memuat naik beberapa gambar ketika lawatannya di Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi ke dalam Instagram.

Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, selena gomez, gossip,

Kontroversi tercetus gara-gara bekas kekasih Justin Bieber ini merakam gambar dengan aksi mempamerkan pergelangan kakinya ketika berada dalam masjid tersebut.

Selena akhirnya membuang gambar tersebut setelah dikritik oleh peminatnya yang menganggap perbuatan itu sesuatu yang biadap.

Antara peminatnya, Alaa Almitwally menulis, “Biadab! Masjid ialah tempat suci, ia bukan tempat untuk berseronok, sungguh mengecewakan.”

Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, selena gomez, gossip,

Pada masa sama, gambar gelagat Selena bersama rakan-rakannya Kendall Jenner, Gigi Hadid, Cody Simpson dan Shay Mitchell dalam masjid tersebut turut menimbulkan perasaan kurang senang khususnya para penganut Islam.

Aksi Selena Gomez Dalam Masjid Dikecam, info, terkini, hiburan, sensasi, artis hollywood, selena gomez, gossip,

“Jika mereka berniat untuk mempelajari, mereka tidak akan berkelakuan seperti berdiri di luar atau di taman tema. Saya sukakan Selena Gomez, tetapi saya bukan lagi peminatnya,” komen Ayisha Elturk.

Rata-rata peminat menyifatkan perbuatan Selena ini sesuatu yang tidak sensitif terhadap rumah ibadat.

Selain Selena, penyanyi terkenal Rihanna sebelum ini pernah menimbulkan kekecohan apabila merakam ‘pose’ seksi hingga dihalau dari sebuah masjid.


Baca : [ Temubual Ekslusif ] Komen Hanez Suraya Isu Tunang Hari Ini  

Sumber : mynewshub.cc

Tuesday, December 16, 2014

Justin Jawab Status Hubungan Cinta Model

Penyanyi Justin Bieber menjelaskan dia masih belum mempunyai kekasih selepas hubungannya putus dengan penyanyi Selena Gomez.


Justin Jawab Status Hubungan Cinta Model, info, terkini, artis hollywood, Justin Bieber, Selena Gomez, gossip Justin Bieber,

Justin menerusi laman Instagramnya memberitahu bahawa hubungannya dengan model bernama Hailey hanya teman rapat semata-mata.

"Saya masih belum punyai kekasih dan wanita ini adalah teman baik sahaja," tulisnya pada kapsyen gambar bersama Hailey yang dimuat naik pada Selasa.

Terdahulu, Hailey turut menafikan hubungan cinta terjalin bersama penyanyi berusia 20 tahun itu.

Hailey berkata, mereka saling mengenali sejak berusia 13 tahun.

"Kami berkawan baik sejak usianya 13 tahun lagi, ya memang rapat tetapi tak lebih daripada itu," ujarnya.

Baca : Punca Memey Suhaiza Batal Hasrat Bercuti Ke Korea 

Sumber : mstar.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 15, 2014

Keira Knightley sah hamil cahaya mata sulung

Aktres Keira Knightley dan suaminya, James Righton yang merupakan vokalis dan pemain keyboard kumpulan Klaxons bakal menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.


Keira Knightley sah hamil cahaya mata sulung, info, terkini, hiburan, artis hollywood, gosip, Keira Knightley


Dipetik daripada laporan Telegraph, berita gembira ini telah disahkan sendiri oleh jurucakap Knightley yang turut memberitahu pasangan ini tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lagi selepas ini.

Walaupun tarikh jangkaan bersalin tidak diumumkan, tetapi spekulasi menjangkakan mereka bakal menyambut bayi mereka pada musim bunga 2015.

Knightley, 29, dan Righton, 31, telah berkahwin dalam satu upacara intim di Selatan Perancis pada Mei 2013 selepas menjalinkan hubungan cinta sejak Februari 2011.

Baca : Forteen tidak bertemu peminat kerana Izzue Islam 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 8, 2014

Gambar Kekasih Baru Taylor Swift

Desas-desus yang mengatakan bahawa Taylor Swift sedang berdating dengan pemuzik bernama Mathhew Healy sudah pun kedengaran sejak 2 bulan lalu.


Taylor Swift Tayang Kekasih Baru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, taylor swift, artis hollywood

Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah Mathhew Healy. Well untuk makluman semua, Mathhew Healy adalah pemuzik Inggeris yang juga adalah penyanyi utama serta pemain gitar kepada band muzik rock, The 1975.

"Taylor dan Matty sudah mula berdating kira-kira 2 bulan. Awalnya, hubungan mereka bermula atas dasar perasaan suka, tetapi kini perasaan mereka semakin bercambah.

"Walaupun The 1975 kini sibuk mengadakan konsert jelajah, manakala Taylor Swift pula terikat dengan rangka promosi album barunya, namun mereka tetap berusaha untuk mencari masa yang sesuai ketika berada di kota yang sama," kata satu sumber yang rapat dengan Taylor Swift.

Menurut MTV, penyanyi wanita itu dilihat berada di konsert The 1975 di kota New York pada Khamis lalu dan dia telah ditemani model Victoria Secret, Lily Aldridge and Martha Hunt.Sebelum itu dia pernah menghadiri konsert The 1975 bersama teman baiknya, Selena Gomez dan Ellie Goulding.

Namun kehadirannya di konsert kedua The 1975 telah mencetuskan desas-desus bahawa dia kini sedang berdating dengan penyanyi utama band muzik rock tersebut. Malah, kedua-dua mereka memiliki nombor telefon bimbit masing-masing.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, Matt memberitahu, dia sudah berjumpa dengan Taylor Swift dan berpendapat bahawa penyanyi wanita itu sangat baik.

"Kami bertukar-tukar nombor telefon. Tengoklah apa yang terjadi nanti," katanya.

Ditanya apakah dia sanggup mengajak Taylor Swift keluar sebagai datenya, Matthew berkata, siapa yang tidak mahu keluar dengan Taylor Swift.

"Dia sangat sensasi dan saya tidak akan mengatakan tidak," katanya lagi.

Baca : Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media? 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Thursday, December 4, 2014

Penerbit Muzik Pernah Mer0g0l Saya - Lady Gaga

Dalam satu temubual terbaru bersama program radio yang dikendalikan oleh Howard Stern baru baru ini, Lady Gaga mendedahkan satu peristiwa hitam yang pernah berlaku ke atas dirinya dan ianya telah diabadikan sebagai inspirasi dalam lagu Swine.


Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi

“Saya melalui perkara yang sangat teruk sehingga menyebabkan saya tergelak jika mengingatinya sekarang. Saya telah menjalani banyak terapi mental dan fizikal untuk memulihkan diri saya dalam jangka masa beberapa tahun,” ujar Lady Gaga.

Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi


“Pada telahan saya, ini mungkin perkara biasa bagi orang dewasa. Saya sangat naif sehingga bila umur saya sedikit dewasa, baru saya sedar perkara itu (diperkosa) adalah satu perbuatan yang menjijikan. Dia 20 tahun lebih tua daripada saya ketika itu,” tambahnya lagi.


Penerbit Muzik Rog0l Lady Gaga, info, terkini, hiburan luar negara, artis hollywood, lady gaga, gosip, kontroversi, sensasi


Lady Gaga bagaimanapun berkata beliau tidak melaporkan kejadian itu kepada sesiapa mahu pun pihak berkuasa ketika itu dan selepas beberapa lama terserempak dengan penerbit muzik yang memperkosa dirinya di sebuah lokasi dan dirinya terus diselubungi ketakutan.

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Wednesday, December 3, 2014

Madonna Cetus Kontroversi Tayang Payudara Dalam Majalah

Nyata usianya yang kini mencecah 56 tahun tidak menghalang ratu kontroversi, Madonna untuk tampil provokatif apabila dia sekali lagi tanpa segan silu menayangkan asetnya untuk penerbitan majalah Interview.


Madonna Cetus Kontroversi Tayang Payudara Dalam Majalah, info, terkini, hiburan, artis hollywood, madonna, kontroversi,

Madonna hanya tampil berpakaian dalam hitam yang mendedahkan payudaranya.

Ini bukan pertama kali Madonna beraksi daring malah sebelum ini, superstar terkenal itu pernah beraksi sama pada tahun 1992.


Madonna Cetus Kontroversi Tayang Payudara Dalam Majalah, info, terkini, hiburan, artis hollywood, madonna, kontroversi,

Madonna Cetus Kontroversi Tayang Payudara Dalam Majalah, info, terkini, hiburan, artis hollywood, madonna, kontroversi,


Baca : Remy Ishak terima bayaran tinggi? 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif