Monday, December 8, 2014

Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media?

Nama aktres jelita Anzalna Nasir dilihat jarang muncul di dada akhbar atau majalah tahun ini selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.


Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Anzalna Nasir

Menafikan cuba melarikan daripada media, Anzalna memberitahu mencipta kontroversi bukanlah sasarannya ketika melangkah ke dalam dunia seni dan dia lebih senang memberi perhatian terhadap kariernya.

"Bagi saya tidak ada apa-apa yang ingin saya uar-uarkan, jadi tidak perlu untuk sentiasa muncul kepada umum. Lagipun kini saya lebih suka memberi fokus kepada kerja saya.

"Kontroversi bagi saya bukan keutamaan kerana itu bukan target utama saya apabila mula membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam industri seni," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Bercerita tentang soal percintaan dengan kekasihnya, Hanif Zaki, Anzalna memberitahu perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini terpaksa ditangguhkan buat seketika, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula Anzalna kini sedang sibuk dengan penggambaran telenovela 148 episod berjudul "A Love To Remember" atau "Memori Cinta Suraya" di samping pelakon Hisyam Hamid dan Afiq Muiz.

Memegang watak Suraya, telenovela ini bakal ditayangkan di beberapa negara luar antaranya adalah Mexico.

Sementara itu, Anzalna turut menceburi bidang fesyen dan bekerjasama dengan kakak Hanif iaitu Diyanah dengan menghasilkan label pakaian DANZ.

"Alhamdulillah ini merupakan projek sampingan saya bersama kakak Hanif. Bagaimanapun kerana saya sibuk dengan kerja, kak Diyanah yang banyak menguruskan label ini," katanya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat rekaan label ini, boleh layari laman Instagram DANZ Design.

Baca : Artis Angkut 20 Rakan Ke Majlis Private Tanpa Jemputan? 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →