Monday, December 8, 2014

Gambar Kekasih Baru Taylor Swift

Desas-desus yang mengatakan bahawa Taylor Swift sedang berdating dengan pemuzik bernama Mathhew Healy sudah pun kedengaran sejak 2 bulan lalu.


Taylor Swift Tayang Kekasih Baru, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, taylor swift, artis hollywood

Mungkin ada yang tertanya-tanya, siapakah Mathhew Healy. Well untuk makluman semua, Mathhew Healy adalah pemuzik Inggeris yang juga adalah penyanyi utama serta pemain gitar kepada band muzik rock, The 1975.

"Taylor dan Matty sudah mula berdating kira-kira 2 bulan. Awalnya, hubungan mereka bermula atas dasar perasaan suka, tetapi kini perasaan mereka semakin bercambah.

"Walaupun The 1975 kini sibuk mengadakan konsert jelajah, manakala Taylor Swift pula terikat dengan rangka promosi album barunya, namun mereka tetap berusaha untuk mencari masa yang sesuai ketika berada di kota yang sama," kata satu sumber yang rapat dengan Taylor Swift.

Menurut MTV, penyanyi wanita itu dilihat berada di konsert The 1975 di kota New York pada Khamis lalu dan dia telah ditemani model Victoria Secret, Lily Aldridge and Martha Hunt.Sebelum itu dia pernah menghadiri konsert The 1975 bersama teman baiknya, Selena Gomez dan Ellie Goulding.

Namun kehadirannya di konsert kedua The 1975 telah mencetuskan desas-desus bahawa dia kini sedang berdating dengan penyanyi utama band muzik rock tersebut. Malah, kedua-dua mereka memiliki nombor telefon bimbit masing-masing.

Dalam satu wawancara baru-baru ini, Matt memberitahu, dia sudah berjumpa dengan Taylor Swift dan berpendapat bahawa penyanyi wanita itu sangat baik.

"Kami bertukar-tukar nombor telefon. Tengoklah apa yang terjadi nanti," katanya.

Ditanya apakah dia sanggup mengajak Taylor Swift keluar sebagai datenya, Matthew berkata, siapa yang tidak mahu keluar dengan Taylor Swift.

"Dia sangat sensasi dan saya tidak akan mengatakan tidak," katanya lagi.

Baca : Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media? 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →