Showing posts with label anzalna nasir. Show all posts
Showing posts with label anzalna nasir. Show all posts

Thursday, December 11, 2014

3 Foto Anzalna Nasir mandi buih di Singapura

Pelakon jelita Anzalna Nasir kini berada di Singapura untuk mempromosikan filem lakonannya berjudul A Love to Remember untuk pasaran stesen TV Singapura.

3 Foto Anzalna Nasir mandi buih di Singapura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrvoersi anzalna nasir, anzalna nasir,

Menariknya, beberapa keping gambar Anzalna yang agak mengancam di akaun Instagram peribadinya telah menjadi bualan hangat para netizen. Salah gambar yang menjadi tumpuan itu ialah gambarnya mandi buih di Marina Bay Singapura.

Semestinya setiap gambar yang dimuatnaik oleh aktres jelita itu pasti mendapat pelbagai komen. Apa yang pasti Anzalna kini semakin jelita dan bakatnya semakin berkembang ke Sebarang Tambak Singapura.


3 Foto Anzalna Nasir mandi buih di Singapura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrvoersi anzalna nasir, anzalna nasir,

3 Foto Anzalna Nasir mandi buih di Singapura, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontrvoersi anzalna nasir, anzalna nasir,

Baca : Foto Romantis Fouziah Gous Didukung Suami Sempena Ulangtahun 

Sumber : otakkambingrebus.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Monday, December 8, 2014

Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media?

Nama aktres jelita Anzalna Nasir dilihat jarang muncul di dada akhbar atau majalah tahun ini selepas terpalit dengan beberapa kontroversi sebelum ini.


Anzalna Nasir Melarikan Diri Dari Media?, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, Anzalna Nasir

Menafikan cuba melarikan daripada media, Anzalna memberitahu mencipta kontroversi bukanlah sasarannya ketika melangkah ke dalam dunia seni dan dia lebih senang memberi perhatian terhadap kariernya.

"Bagi saya tidak ada apa-apa yang ingin saya uar-uarkan, jadi tidak perlu untuk sentiasa muncul kepada umum. Lagipun kini saya lebih suka memberi fokus kepada kerja saya.

"Kontroversi bagi saya bukan keutamaan kerana itu bukan target utama saya apabila mula membuat keputusan untuk melibatkan diri dalam industri seni," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Sinar Harian.

Bercerita tentang soal percintaan dengan kekasihnya, Hanif Zaki, Anzalna memberitahu perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini terpaksa ditangguhkan buat seketika, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Tambahan pula Anzalna kini sedang sibuk dengan penggambaran telenovela 148 episod berjudul "A Love To Remember" atau "Memori Cinta Suraya" di samping pelakon Hisyam Hamid dan Afiq Muiz.

Memegang watak Suraya, telenovela ini bakal ditayangkan di beberapa negara luar antaranya adalah Mexico.

Sementara itu, Anzalna turut menceburi bidang fesyen dan bekerjasama dengan kakak Hanif iaitu Diyanah dengan menghasilkan label pakaian DANZ.

"Alhamdulillah ini merupakan projek sampingan saya bersama kakak Hanif. Bagaimanapun kerana saya sibuk dengan kerja, kak Diyanah yang banyak menguruskan label ini," katanya.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melihat rekaan label ini, boleh layari laman Instagram DANZ Design.

Baca : Artis Angkut 20 Rakan Ke Majlis Private Tanpa Jemputan? 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, October 3, 2014

Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara

Impian pelakon Anzalna Nasir untuk mengembangkan kerjaya seninya di peringkat antarabangsa bakal tercapai apabila drama lakonannya berjudul A Love To Remember bakal disiarkan di beberapa negara luar.


Drama Lakonan Anzalna Bakal Disiarkan Luar Negara, info, terkini, hiburan, anzalna nasir


Anzalna, 26, berkata, lebih membanggakan drama adaptasi daripada telenovela popular Mexico itu akan disiarkan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia selain penggambaran turut diadakan di negara ini.

"Alhamdulillah salah satu cita-cita saya bakal tercapai kerana drama terbaharu saya akan disiarkan di seluruh dunia.

"Saya sangat teruja dan gementar apabila memikirkan penerimaan penonton nanti dan ini adalah satu peluang keemasan untuk saya mencipta nama di peringkat antarabangsa," katanya kepada mStar Online.

Anzalna ditemui pada majlis Kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' di Kelab DiRaja Selangor, Bukit Kiara di sini pada Khamis.

Dua lagi selebriti yang turut terlibat pada kempen yang dirasmikan oleh Pengurus Besar, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan itu adalah Sherry Ibrahim dan Doris Hor.

Pada majlis berkenaan seramai 1,000 peserta menyertai program itu dengan melepaskan belon ke udara tanda sokongan kempen berkenaan.

Dalam pada itu, Anzalna berkata, penggambaran drama bersiri tersebut yang baharu sahaja dilakukan iaitu sejak dua minggu lalu dan dijangka akan berlanjutan selama setahun.

Jelas Anzalna, bagi memberikan komitmen penuh terhadap projek tersebut dia terpaksa menolak tawaran lain yang datang kerana jadual penggambaran yang padat.

"Secara keseluruhannya A Love To Remember mempunyai 148 episod dan demi memberikan tumpuan sepenuhnya saya menolak tawaran lain untuk jangka masa setahun.

"Bukan berlagak tetapi tidak mahu bersikap tamal yang akhirnya saya tahu akan memakan diri sendiri," ujarnya.

Tambah Anzalna drama berkenaan adalah terbitan kerjasama di antara Global Station Sdn Bhd, Astro dan TV Asteca yang berpangkalan di Mexico.

Selain Anzalna, drama itu turut diterajui oleh Hisyam Hamid, Liza Abdullah, Diana Rossa dan Afiq Muiz.

Sementara itu, Anzalna berkata, sebagai persediaan dia turut menonton drama asal bagi menjiwai wataknya sebagai Suraya.

"Ini peluang saya dan tekanan itu memang ada kerana ia bakal ditayangkan di seluruh dunia dan sebagai persediaan saya sudah menonton drama asal malah saya sudah pun masuk ke set penggambaran untuk blok pertama," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anzalna berkata, penglibatannya dalam kempen 'Feel Smooth Feel Confident Nivea' akan lebih kepada memberi kesedaran tentang keyakinan dalam diri wanita menggunakan laman sosial.

Katanya, sebagai selebriti dia akan menggunakan pengaruh yang ada bagi meningkatkan keyakinan dalam diri wanita menerusi rangkaian produk Nivea.

"Ini adalah sebuah kempen yang bagus kerana ramai wanita yang tidak mempunyai keyakinan dalam diri mereka.

"Saya akan gunakan medium sosial untuk berinteraksi secara langsung selain memberikan tips untuk tampil yakin kepada mereka," ujarnya.

Sumber : mstar.com.my