Tuesday, December 9, 2014

Jihan Muse Lupa Diri Selepas Popular?

Pelawak dan pelakon popular Jihan Muse mengakui dirinya tidak pernah bongkak atau mendabik dada dengan kejayaan yang telah dimilikinya kini kerana yakin kejayaan yang dikecapinya itu adalah kerana kepercayaan peminat kepadanya selama ini.


Jihan Muse Lupa Diri Selepas Popular, info, terkini, hiburan, sensasi, Jihan Muse, pelakon pelawak pengacara


"Alhamdulillah atas rezeki yang diberikan, saya sentiasa belajar untuk tahu apa yang patut dan tidak patut dibuat dalam karier saya.

"Saya belajar daripada kehidupan, walaupun sebelum ini saya kurang mendapat perhatian tetapi ia bukan bererti paras rupa yang menjadi ukuran.

"Lagipun, saya percaya mereka memanggil saya kerana bakat dan kesungguhan saya," katanya yang dipetik Sinar Harian.

Pada masa sama, Jihan, 31,  menegaskan dia tetap menjaga batas-batas sebagai seorang wanita.
"Sebagai manusia dan wanita biasa, kita sendiri memang perlu tahu batas yang sepatutnya. Sejak kali pertama saya memilih bidang ini, saya sentiasa menerima kritikan.

"Apa pun, saya ambil ia sebagai iktibar dan memandang positif untuk membantu karier saya."

Baca : Aishah Aziz enggan dibayangi Aliff Aziz 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Aishah Aziz enggan dibayangi Aliff Aziz

Penyanyi Aishah Aziz menyatakan bahawa dia tidak mahu menumpang populariti abangnya yang merupakan penyanyi popular Aliff Aziz kerana dia mahu menempa nama sendiri atas usahanya sendiri.


Aishah Aziz enggan dibayangi Aliff Aziz, info ,terkini, hiburan, penyanyi baru, Aishah Aziz, Adik perepmpuan aliff aziz

"Saya tidak mahu dikatakan cuba menumpang popularitinya d

an adalah lebih baik sekiranya saya berusaha sendiri untuk berjaya.

"Biarlah nama saya kukuh terlebih dahulu dan baru fikir untuk berduet dengan Aliff. Bukan tidak mahu cuma belum masanya.


Aishah Aziz enggan dibayangi Aliff Aziz, info ,terkini, hiburan, penyanyi baru, Aishah Aziz, Adik perepmpuan aliff aziz

"Tapi kami ada bercakap mengenai hal ini tetapi ia lebih kepada perbincangan adik-beradik sahaja," katanya kepada mStar.


Aishah Aziz enggan dibayangi Aliff Aziz, info ,terkini, hiburan, penyanyi baru, Aishah Aziz, Adik perepmpuan aliff aziz

Dalam perkembangan lain, Aishah atau nama sebenarnya Nur Aishah Aziz memberitahu dia bakal muncul dengan single terbarunya pada tahun hadapan.

"InsyaAllah 2015 bakal menjadi tahun yang baik untuk karier saya selain single terbaru juga akan dilancarkan."

Baca : Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly

Dalam pada semua tetamu sedang sibuk menikmati juadah yang enak di majlis resepsi selebriti terkenal Elaine Daly dengan  pasangannya Nick Boden baru-baru ini, tiba-tiba hadirin telah dihiburkan dengan kehadiran sorang anak kecil di majlis berkenaan.


Abang Naz Tayang Baby Boy di Resepsi Elaine Daly, info, terkini, hiburan, sensasi, Abang Naz,


Wajahnya yang comel dan senyuman yang tak lekang dari pandangan telah membuatkan ramai tetamu terhibur serta mahu mendukung bayi lelaki yang merupakan anak kepada pengacara serta selebriti popular, Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagai Abang Naz menerusi program Club Disney Malaysia.

Artikel Terdahulu :  

Jarang tampil di hadapan khalayak, Abang Naz bersama isteri tercinta, Sheahnee Iman Lee telah hadir ke majlis resepsi Elaine Daly dan Nick Boden bersama-sama bayi ketiga mereka, Zayd Aqhil Nazrudin Rahman yang baru memasuki usia beberapa bulan.

Mungkin inilah alasan mengapa Abang Naz mendiamkan diri dalam dunia seni kerana selain sibuk menjalankan tugasnya sebagai pengacara untuk beberapa acara korporat, dia juga nampaknya sibuk membina keluarga yang besar.

Portal murai.com.my yang berada di majlis persandingan pasangan merpati dua sejoli itu juga telah sempat merakamkan detik-detik manis Abang Naz bermanja mesra dengan putera serta isteri tercintanya.

Lihatlah saja ragam tiga beranak itu apabila diminta gambar mereka dirakamkan bersama-sama dan patutlah juga kemunculan bayi lelaki itu telah menjadi penambah seri majlis resepsi Elaine dan Eric pada hari berkenaan.

Menurut isteri Abang Naz, dia amat terkejut dengan tingkah laku yang ditunjukan anak ketiganya itu sepanjang berada di majlis berkenaan kerana bayi berkenaan langsung tidak meragam atau merengek walaupun dikelilingi orang yang ramai.

Katanya, dalam situasi biasa puteranya itu pasti akan menangis atau merengek terutama apabila sudah lewat malam, tetapi dia bersyukur kerana pada acara berkenaan bayinya itu menunjukkan sikap yang cukup positif.

Baca : Anak Rozita Che Wan Bercuti Ke Maldives Dengan Teman Wanita? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Anak Rozita Che Wan Bercuti Ke Maldives Dengan Teman Wanita?

Untungnya lah dik non oi! Muda-muda lagi dah dapat menjejakkan kaki ke pulau tercantik di dunia. Mana lagi kalau bukan Pulau Maldives.


Anak Rozita Che Wan Bercuti Ke Maldives, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ammar,


Menurut sumber-sumber, anak Rozita Che Wan sebelum ini telah memuat naik sekeping gambar dengan seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dengan caption “Maldives With Love”. Katanya foto tersebut diambil di Embudu Village, Maldives.


Anak Rozita Che Wan Bercuti Ke Maldives, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, Ammar,


Bagaimanapun, bila kami lihat laman Instagram Ammar, foto tersebut telah pun dipadam dan kini hanya terdapat sekeping foto wanita bertudung hitam menghadap laut dengan posing style #followmeto.

Ha.. Jangan cepat sangat buat spekulasi ya! Kami rasa mereka bukannya pergi berdua sahaja. Kalau anda masih ingat lagi, Che Ta pernah mengatakan bahawa dia tidak sabar untuk membawa Aaisyah Dhia Rana ke Maldives.

Tetapi, setakat ini tiada pula foto di pulau itu yang dimuat naik oleh Che Ta dan Zain Saidin. Al-maklumlah, bila bercuti di pulau yang sebegitu indah, mungkin mereka mahukan sedikit privacy dan tidak mahu ‘too attached‘ dengan laman sosial kan?

Baca : Foto wajah gadis cantik kembar seiras Nur Fathia 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto wajah gadis cantik kembar seiras Nur Fathia

Foto wajah gadis cantik macam kembar seiras Nur Fathia Latiff ketika mereka sama-sama mengenakan tudung. Siapa setuju dengan statement page rotikaya?

Dua-dua mereka nampak manis bertudung dengan gaya posing masing-masing. Tentu ramai lelaki kacak kat luar sana yang terpikat, tak gitu?

Untuk itu, kami nak kongsikan gambar kat bawah ni untuk penilaian korang sendiri. Hehehe

Foto wajah gadis cantik kembar seiras Nur Fathia, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fathia, kembar nur fathia

Foto wajah gadis cantik kembar seiras Nur Fathia, info, terkini, hiburan, sensasi, Nur Fathia, kembar nur fathia
Baca : Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut Jadi Bahan Viral 

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut Jadi Bahan Viral

Mula-mula dulu jenuh melayan kontroversi Sharifah Sakinah yang saban hari tayang perut di Instagram. Kemudian Hanez Suraya pula dikatakan bergambar sehingga menampakkan pusatnya di Singapura.


Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, diana danielle

Tak lama lepas tu, Hanis Zalikha pun teruk dikecam oleh orang ramai kerana fotonya sebagai cover girl sebuah majalah menampakkan sedikit bahagian perutnya.

Ha.. Terkini, nampaknya sasaran beralih kepada foto Diana Danielle hanya dek kerana sekeping foto yang mendedahkan sedikit perut dan pinggangnya mula tersebar di laman sesawang.


Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, diana danielle

Malah, foto Diana sedang minum air sambil posing maut atas motor besar pun jadi isu. Ada yang kata posisi Diana posing atas motor besar itu sangat mengghairahkan. Hurm.


Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, diana danielle

Kami pun tak beranilah nak mengulas lanjut mengenai hal ini. Lagipun, kami rasa selebriti sudah cukup ‘masak’ dengan sikap netizen yang gemar mencari kesalahan mereka.

Foto Diana Danielle Posing Nampak Perut, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, kontroversi, diana danielle

Jadi, mungkin mereka dengar dan terima kata-kata cacian anda semua sambil menyanyikan lagu ‘Let it go’ daripada filem animasi Frozen. Hewhew.

Baca : Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian 

Sumber : ohbulan.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian

Jika sebelum ini, penyanyi dan pelakon Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.


Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, ieda moin, gosip terkini,

Mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu.

"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," tambah Ieda lagi.


Punca sebenar suami Ieda Moin fail penceraian, info, terkini, hiburan, sensasi, ieda moin, gosip terkini,

Menurut laporan Berita Harian pula, suami Ieda kononnya mempunyai orang ketiga hingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung, selain artis itu mendakwa suaminya dikatakan berubah perangai.

Malah Ieda sendiri pernah mengakui bahawa lima tahun kebelakangan ini, rumah tangga mereka kian hambar selain berdepan dengan masalah komunikasi.


Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Naquib sejak lapan tahun lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun.

Baca : Foto Terkini Amelina Di Majalah Nona 

Sumber : Blog Myartis
 photo good_zps9ceffaa5.gif