"Semua orang buat silap. Saya pun buat silap," ujar Que Haidar selepas dilihat kembali aktif dalam bidang seni. Sebelum ini Que pernah berhasrat tinggalkan terus dunia lakonan.
Dia juga tidak kisah jika ada pihak yang ingin menyamakannya seperti perumpamaan 'sudah ludah, jilat semula.
Pelakon Amyra Rosli menjelaskan gosip yang mengatakan dia mula bersikap 'demand' mungkin berpunca daripada dia menolak beberapa tawaran berlakon sebelum ini.
Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 23, berkata, dia terpaksa menolak beberapa tawaran bukan disebabkan tidak berpuas hati dengan soal bayaran sebaliknya faktor masa menjadi penyebab dia berbuat demikian.
"Siapa yang pernah bekerja dengan saya tahu saya tidak bersikap 'demand' dan saya tolak kerana faktor jadual yang padat dengan projek lain.
"Saya boleh terima tetapi saya sedar ia akan menimbulkan masalah lain kerana tidak dapat memberikan komitmen," katanya kepada mStar Online.
Amyra menjelaskan gosip kononnya dia mula berubah sikap semenjak namanya sebagai pelakon semakin melonjak selain seringkali diberikan peranan utama oleh produksi.
Dalam pada itu, Amyra berkata, sepanjang dua tahun melibatkan diri sebagai pelakon dia tidak pernah meletakkan harga kerana menyedarai masih baharu dalam bidang seni.
Malah dia dan ibu yang juga pengurusnya, Noor Zaridah Ahmad sentiasa bertoleransi berhubung soal bayaran dan setakat ini tidak pernah merungut dengan hasil diterima.
Amyra mahu memberi fokus kepada kerjaya lakonan pada tahun hadapan.
"Semua perkara boleh dibawa berbincang dan sekiranya ada toleransi antara kedua-dua belah pihak pasti tiada masalah," ujarnya.
Sementara itu, pelakon utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu memberitahu dia tidak kisah sekiranya ada produksi yang ingin menggandingkannya dengan bekas tunangnya, Dazrin Kamaruddin dalam sesebuah projek.
Jelas Amyra, dia profesional sekiranya ia melibatkan kerjaya dan apa yang berlaku diantaranya dengan Dazrin adalah masalah peribadi.
"Jika ada tawaran saya akan lihat skrip terlebih dahulu dan jika bersesuaian saya tidak lihat mengapa perlu tolak," jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Amyra berkata, buat masa ini dia ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya dan tidak terlalu memikirkan soal cinta.
Jelas Amyra, tahun hadapan dia ingin mengembangkan kerjaya lakonannya ke tahap lebih baik dan tidak mahu berada di tahap sama.
"Bukan bererti saya serik untuk bercinta tetapi buat masa ini biarlah dahulu dan kerjaya harus diutamakan," katanya.
Baca : Punca Awal Ashaari & Scha Al Yahya ‘Digam’ Astro
Menerusi ruangan gosip Berita Harian hujung minggu lalu, ada khabar mengatakan yang pasangan Scha al-Yahya dan Awal Ashaari kini berhadapan dengan tindakan digam oleh stesen penyiaran Astro selepas melanggar salah satu kontrak bersama mereka.
Awal Ashaari & Scha al-Yahya didakwa sudah beberapa bulan tidak muncul dalam program baru Astro selepas mereka dikatakan tidak melakukan kerja dengan sempurna ketika menjayakan satu program realiti melibatkan anak sulung mereka.
“Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini”
“Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro,” jelas Awal Ashaari kepada portal GUA hari ini berkaitan dengan khabar angin tersebut.
Beliau turut menambah yang cerita ini mungkin timbul kerana ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kerja mereka suami isteri dan sedia berbincang dengan pihak Astro kerana isu digam satu perkara yang melibatkan rezeki seseorang artis itu.
Baca : Respon Rosyam Nor Permohonan Maaf Hamleys Malaysia
Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi ‘viral’, menemui noktah petang tadi.
Ini kerana, pengurusan kedai terbabit membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Rosyam menerusi laman Facebook rasmi mereka dan Rosyam menerima permohonan maaf itu.
Artikel Terdahulu :
Pengurusan kedai berkenaan menafikan mereka mempunyai polisi tidak membenarkan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung, malah mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bekerja di situ tanpa mengira bangsa atau agama.
Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan mendapati ia dilakukan salah seorang kakitangan baru mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja dan tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan terbabit.
Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.
Dari laporan akhbar Metro, seorang pelakon yang juga penyanyi berusia dalam lingkungan 40an ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana disyaki menyertai dan menjadi pengikut ajaran sesat Millah Abraham. Turut ditahan bersama artis ini ialah isterinya.
Gambar Hiasan Semata
Pasangan suami isteri ini ditahan di rumahnya setelah JAIS menerima laporan dibuat anak lelakinya sendiri yang tidak tahan dengan ajaran terpesong yang disertai artis ini.
Artis yang popular dengan aksi tiru gaya selebriti legenda ini dikatakan terpengaruh dengan seorang ahli keluarga yang menyebarkan ajaran tiu.
Ini laporan Metro:
“Dia ditahan selepas anaknya sendiri membuat laporan kepada pihak berkuasa kerana tidak dapat lagi menerima perlakuan ayahnya yang terpesong daripada ajaran Islam.
“Ketika waran dibacakan kepadanya, lelaki itu mencabar penguat kuasa agama supaya berdebat mengenai Islam,”
Penguat kuasa yang membuat pemeriksaan di rumah artis itu turut menemui satu ‘kitab’ dari ajaran Millah Abraham.
Menurutnya, artis lelaki itu kini menunggu sebutan kes di mahkamah syariah dan disiasat mengikut Seksyen 7 Enakmen Jenayah Syariah Selangor kerana kesalahan mengajar atau menjelaskan doktrin palsu.
Millah Abraham atau Milah Ibrahim merupakan ajaran yang difatwakan sesat. Di harap artis ini dapat bertaubat dan kembali ke ajaran Islam sebenar.
Allahyarham Aub atau nama sebenarnya, Mohd Rauh Abu dianggap pemain gitar bass terbaik di era rock kapak hingga kini, dan pernah menganggotai kumpulan Satira, Burnmarks, Baba, Manterra dan Barongan.
Menurut isterinya, Faizah Ishak, 42, Allahyarham cukup dihormati dalam industri seni tanah air, disebabkan gayanya yang tersendiri.
Bekas anggota pertama kumpulan Amuk, Aub yang berusia 50 tahun, meninggal dunia di rumahnya kira-kira jam 3.45 petang tadi, akibat kanser tulang.
Allahyarham meninggalkan balu serta lima anak, iaitu tiga lelaki dan dua perempuan.
Jenazah akan disolatkan di Surau Al-Faizin, Taman Tun Perak, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bandar Tun Hussein Onn, selepas solat isyak.
“Sebelum ini, arwah tidak pernah cakap apa-apa mengenai penyakit yang dihidapinya. Cuma sekali dua, dia bagi tahu rasa sakit di bahagian tulang belakang.
“Selepas sakitnya itu semakin kerap dirasai, arwah menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan ditahan di wad selama sebulan,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.
Beliau berkata, hujung November lalu, doktor memaklumkan Aub menghidap kanser tulang tahap empat.
“Walaupun menghidap kanser tulang tahap empat, arwah kelihatan sihat seperti biasa hinggalah tiga minggu lepas, penyakitnya itu semakin serius,” katanya.
Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Aub ada berpesan kepada Faizah supaya menjaga anak-anak dengan baik.
“Arwah sempat bertemu rakan-rakan yang datang melawatnya, ketika dirawat di hospital. Dia selalu berpesan supaya bersabar dan reda dengan segala ketentuan-Nya. Dia juga berpesan kepada saya supaya sentiasa mendoakannya, kerana umurnya itu dirasai tidak berpanjangan,” katanya menahan sebak.
Seorang rakan Allahyarham, Mustafa Kamal Rahmat atau lebih dikenali sebagai Mus Satira memberitahu, arwah adalah seorang yang penyabar dan bersemangat.
“Saya mengenali arwah hampir 20 tahun dan kami semakin rapat sejak beliau menganggotai kumpulan Satira yang ditubuhkan sekitar 1987, namun setelah tampil dengan dua album, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing,” katanya.
Menurutnya, pada 2009, Satira kembali dengan anggota asal, tetapi Nan, Atoy dan Mie terpaksa menarik diri, kerana komitmen kerjaya dan juga keluarga.
“Bertitik tolak dari situ, Aub dan Zul telah diserapkan untuk berpayung di bawah lembayung Satira dan kami pernah beraksi bersama dalam konsert kumpulan muzik heavy metal dari Jepun, Loudness sebagai aksi pembukaan bersama kumpulan Sofea dan Shewolves.
“Dari situ, hubungan kami dengan Aub sudah seperti adik-beradik. Kehilangannya itu umpama hilangnya sebuah permata heavy metal, kerana beliau juga merupakan salah seorang pemain bass lagenda negara,” katanya.
Mohd Rauh atau Aub juga pernah membintangi filem ‘Aku Kaya The Movie’ bersama Bandi Amuk dan Stone.
Selain itu, Aub juga sering mengiringi persembahan dan menjadi pemuzik bagi rakaman album beberapa artis tempatan.
Baca : Hamleys Malaysia Mohon Maaf Mengenai Isu ‘Buka Tudung’
Susulan luahan tidak puas hati penerbit dan pelakon popular, Datuk Rosyam Nor terhadap premis perniagaan Hamleys Malaysia, pihak pengurusan syarikat itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman Facebook mereka, hari ini.
Artikel Terdahulu :
Sebelum ini, mereka memberitahu akan melakukan siasatan berhubung kejadian anak Rosyam yang diminta untuk membuka tudung jika mahu bekerja di premis itu.
Berikut merupakan kenyataan maaf Hamleys Malaysia:
Pada masa yang sama, kami tertarik dengan komen-komen yang diberikan oleh para netizen.
Menurut mereka, jika bukan kerana Rosyam, mungkin perkara tersebut tidak akan mendapat perhatian pihak Hamleys.
Ada juga yang menganggap alasan ‘pekerja baru’ pihak pengurusan Hamleys tidak relevan dan hanya digunakan untuk menutup kesilapan pihak pengurusan itu sendiri.
Sejujurnya, kami sendiri tak faham apa masalahnya jika mengambil pekerja bertudung. Mungkin syarikat yang menggunakan polisi sebegini ada masalah Islamophobia agaknya…
Apapun, diharap agar kejadian seumpama ini dapat dijadikan pengajaran oleh syarikat lain di masa akan datang.