Sunday, January 18, 2015

Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', kutuk juri #AJL29

AJL 29 telah melabuhkan tirai nya semalam.. Ramai yang tidak menyangka keputusan para juri dengan menobatkan lagu Apa Khabar sebagai juara.. kebanyakan penonton lebih memilih Mojo sebagai pemenang..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,


Sultan Melaka juga turun menyaksikan AJL29 dan tidak ketinggalan memberi komen pedas dalam laman sosial Facebook milik nya..


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Ternyata Sultan Melaka murka dengan lagu apa khabar. apa yang dilihat sultan lebih suka mojo


Sultan murka dengan kemenangan lagu 'Apa Khabar', Sultan kutuk juri #AJL29, info, terkini, hiuran, sensasi, kontroversi, gossip AJL29,

Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar

Nasib kumpulan KPOP iaitu GLAM akhirnya terjawab apabila syarikat pengurusan Big Hit Entertainment dan Source Music mengambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak mereka.


Dahee Dipenjara, Kumpulan GLAM Bubar, info, terkini, hiburan, Artis Korea, Kpop, gossip, kontroversi
Dahee (dua dari kiri) dipenjara selama setahun dan kumpulannya GLAM dibubarkan.

Soompi melaporkan tindakan itu dilakukan ekoran salah seorang ahlinya, Dahee dijatuhkan hukuman penjara selama setahun selepas didapati bersalah dalam kes peras ugut terhadap aktor Lee Byung Heon pada Julai lalu.

"Kontrak GLAM secara dasarnya telah pun tamat pada akhir 2014 dan Big Hit Entertainment serta Source Music tidak akan menyambung kontrak mereka.

"Malah kesemua ahli yang tinggal mengambil keputusan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing," kata pihak jurucakap syarikat tersebut.

Bagaimanapun kata jurucakap itu, kesemua ahli GLAM diberi pilihan untuk terus bersama syarikat berkenaan untuk kerjaya solo namun mereka semua memilih untuk membawa haluan masing-masing.


Sumber : mstar.com.my

Sharifah Shahira kini Aktif di restoran Miliknya

Pelakon dan pengacara, Sharifah Shahira atau Shira tetap aktif dengan aktiviti sehariannya walaupun doktor mengesahkan tulang (metatarsal bone) bahagian kaki kirinya patah akibat terjatuh basikal pada Disember lalu.


Sharifah Shahira kini Aktif di restoran Miliknya, info, terkini, hiburan, sensasi, Sharifah Sahira

Shira atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah Syed Abu Bakar, 40, bagaimanapun berkata, doktor tidak menjalankan sebarang pembedahan terhadap kecederaan tersebut sebaliknya tulang tersebut akan bercantum semula menerusi pergerakan.

"Sakit itu memang sakit kerana ia membataskan pergerakan saya tetapi doktor beritahu dengan pergerakan tulang tersebut akan bercantum semula secara semulajadi dan ia tidak membimbangkan.

"Saya hanya masuk hospital selama dua hari di KPJ Tawakal Kuala Lumpur sebelum menyambung semula aktiviti seni dan tugas di konti Ultra FM," katanya kepada mStar Online.

Menceritakan mengenai kejadian tersebut, Shira berkata, dia pada awalnya tidak menyedari tulang bahagian kakinya itu patah dan menyangka ia terseliuh akibat daripada kejadian itu.

Katanya, dia hanya mengetahui perkara itu selepas tukang urut memberitahu tidak dapat mengurut kakinya kerana ia bukan terseliuh tetapi tulang tersebut patah dan memintanya untuk pergi ke hospital mendapatkan rawatan.

"Saya tidak fikir ia serius biarpun sakit dan hanya berjumpa tukang urut kerana menyangka hanya terseliuh namun selepas mengetahui keadaan sebenar saya segera ke hospital," katanya.

Dalam pada itu, Shira yang jarang dilihat muncul di televisyen berkata, dia kini banyak menumpukan perhatian kepada tugas di konti radio selain mengacara majlis-majlis tertutup.

Tambahnya lagi, tumpuannya kini turut diberikan kepada restoran miliknya dan suami, Zulkifli Azhari atau Ijoy, 40, iaitu Enjoys Corner yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

"Biarpun jarang dilihat di televisyen tetapi saya sebenarnya masih sibuk dengan pelbagai aktiviti terutama restoran milik kami. Hampir setiap malam kami akan berada di sana untuk meninjau keadaan," katanya.

"Berlakon memang jarang sekarang tetapi banyak buat iklan televisyen dan mengacara majlis tertutup," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki

Penyanyi Ainan Tasneem menegaskan tuduhan kononnya dia berkelakuan sumbang dikhalayak dengan teman lelakinya adalah fitnah yang sengaja direka-reka bertujuan menjatuhkan maruahnya.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 23, berkata, biarpun namanya tidak segah penyanyi lain namun dia sedar gerak-gerinya sentiasa diperhatikan masyarakat dan pelik apabila dijadikan sasaran pihak tertentu.

"Mungkin nama saya tidak segah selebriti lain namun rasanya orang kenal siapa Ainan Tasneem tambahan pula di Perlis.

"Saya bukan bodoh sangat untuk berkelakuan seperti didakwa kerana sedar gerak-geri diperhatikan dan dakwaan itu fitnah semata-mata," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Ainan berkata demikian sebagai respon kepada artikel sebuah akhbar mingguan yang melaporkan dia dan kekasihnya berjalan berpimpinan tangan selepas selesai makan di sebuah restoran pada 9 Disember lalu.

Dakwaan daripada seorang pembaca menerusi e-mel itu turut memberitahu pasangan berkenaan tidak segera beredar sejurus memasuki kereta Honda Jazz berwarna biru sebaliknya mendakwa mereka 'bermesra-mesraan' hampir 45 minit di dalam kereta berkenaan sebelum beredar.

Ainan bagaimanapun tidak menafikan ada berkunjung ke restoran berkenaan bersama lelaki tersebut pada tarikh berkenaan namun menyangkal dakwaan berdua-duaan dengan teman lelakinya itu di dalam kereta.

Ainan Tasneem Didakwa Berkelakuan Sumbang Dengan Teman Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, Ainan Tasneem
Ainan kini memberi tumpuan kepada pengajiannya di UniMAP.

"Saya tidak mengetahui mengenai fitnah ini sehinggalah ada peminat yang bertanyakan hal berkenaan di Instagram kerana masih belum sempat membaca akhbar.

"Terkejut saya apabila membaca artikel berkenaan kerana bukan sahaja dituduh berpegangan tangan tetapi dikatakan 'bermesra' pula di dalam kereta. Ia tidak masuk akal," katanya.

Dalam pada itu, Ainan berkata, dia tidak pasti sama ada dakwaan berkenaan dibuat kerana ada pihak berdendam dengannya kerana tidak mempunyai musuh.

Malah katanya, teman lelakinya itu juga sentiasa mengingatkan mengenai batas pergaulan mereka kerana bimbang akan menjadi perbualan masyarakat.

"Jika benar saya berkelakuan tidak senonoh mengapa pengirim e-mel berkenaan tidak menegur perbuatan saya itu secara berhadapan atau mengambil gambar kami untuk dijadikan bukti sokongan kepada dakwaan tersebut?

"Saya tidak pasti sekiranya ada pihak yang berdendam dengan saya sehingga sanggup mereka cerita seperti itu dan ia satu fitnah," jelasnya.

Sementara itu, menjawab tuduhan kononnya mereka bercuti ke Eropah bersama teman lelakinya itu, Ainan berkata, pemergian mereka ke sana bukan berdua sebaliknya turut ditemani oleh ahli keluarga lelaki tersebut.

"Hubungan saya dan keluarga teman lelaki memang akrab dan sebaliknya. Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang penuntut universiti dan selebriti, takkan saya sanggup mencemarkan imej keluarga kedua-dua belah pihak.

"Pemergian kami ke sana juga bukan rahsia malah ibu bapa saya mengetahui tentang itu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ainan berkata dia kini sibuk dengan pengajian semester akhirnya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuteraan BioProses.

Jelas Ainan, dia juga bakal merakamkan sebuah single bersama ahli kumpulan Sleeq iaitu Aliff yang akan dilancarkan pada tahun ini.

"Sekarang memang sibuk dengan pengajian dan ingin buat yang terbaik kerana saya berhasrat untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana selepas ini," katanya.

Sumber : mstar.com.my

Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila" Gimik Produksi?

Penerbit filem terkenal Datuk Yusof Haslam menyangkal dakwaan kononnya pihak produksinya Skop Production dan Viper Studios merancang gimik penonton diserang histeria ketika menonton filem terbaru arahan anaknya Syafiq Yusof "Villa Nabila" baru-baru ini.


Penonton Diserang Histeria Ketika Menonton "VIlla Nabila", info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, kontroversi, villa nabila

Menurut Yusof, dia hanya mengetahui mengenai video penonton diserang histeria ketika menonton wayang di TGV Cinemas, AEON Tebrau, Johor Bahru selepas diberitahu oleh anaknya, Syafiq.

"Saya tidak tahu menahu mengenai kejadian itu dan selepas dimaklumkan anak saya, Syafiq, saya memang terkejut. Malah dia akui terperanjat mengenai kejadian berkenaan.

"Sejujurnya, produksi kami tidak pernah terlibat dalam kerja gimik murahan begitu. Ia berlaku di luar pengetahuan kami. Saya bertanya kepada Syafiq dan dia menafikan.

"Kemungkinan besar, penonton terlalu fobia dengan filem itu dan emosinya terbawa-bawa. Malah sebelum ini isteri saya turut menjerit ketika menontonnya namun tidaklah sampai terkena histeria," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Yusof Haslam berkata, dia bersyukur apabila "Villa Nabila" mendapat kutipan yang memberangsangkan iaitu sebanyak RM350,000 selepas dua hari tayangan.

"Alhamdulillah, selama dua hari tayangan di seluruh Malaysia termasuk Brunei dan Singapura, "Villa Nabila" berjaya mengutip RM350,000 dan untuk tiga hari, saya menjangka ia akan bertambah ke RM500,000.

"Saya melihatnya sebagai satu kejayaan buat Syafiq di mana filem ini adalah filem eksperimental bajet sederhana."

Sumber : tupai.com.my

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?

Kata orang, lepas berkahwin sememangnya akan ada perubahan dalam hidup. Iyerlah, dulu seorang kini berdua. Hidup pun terasa lebih sempurna. Semalam ketika AJL29, telah dipaparkan gambar Leez Rosli dan suaminya, Aepul Drama Band. Apa yang menariknya penampilan Leez pada malam itu ialah dengan imej bertudung. Tertarik melihat perubahan tersebut, dengan segeranya telah ‘stalk’ Instagram Leez Rosli

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

Gambar-gambar terbaru yang dikongsikan oleh Leez Rosli jelas menunjukkan yang dirinya kini tampil dengan imej bertudung. Memang makin comel dan cantik. Untunglah Aepul mendapat isteri yang memahami tanggungjawab. Namun tidak diketahui sama ada Leez sudah berubah sepenuhnya atau masih dalam fasa percubaan. Apa-apa pun, ini adalah satu permulaan yang baik.


[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

Semoga Leez Rosli terus istiqamah dalam bertudung. Semenjak dua menjak ini memang makin ramai selebriti muda yang berubah ke arah menjadi muslimah yang lebih bagus. Semoga ia akan menjadi contoh kepada gadis-gadis di luar sana. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

[ 7 Gambar ] Leez Rosli Kini Sudah Bertudung?, info, terkini, hiburan, sensasi, Leez Rosli, Aepul Drama Band, gossip

Sumber : beautifulnara.com

Imej Afdlin Shauki & Emma Maembong

Dua selebriti terkenal tempatan, Afdlin Shauki dan Emma Maembong kini mengalami perubahan imej dalam aspek penampilan diri ke arah lebih baik. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni.

Di dalam foto tersebut, Afdlin kelihatan segak bergaya dengan mengenakan songkok manakala Emma Maembong pula cantik manis dengan tudung hitam.

Ramai tentu tidak senang duduk dengan kejelitaan kekasih kepada Zizan Razak itu. Betul tak?


Imej Afdlin Shauki & Emma Maembong, info, terkini, hiburan, sensasi,

Sumber : plbgaimacam.blogspot.com

Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas Akhir AJL 29

Teka-teki siapakah yang bakal dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) akhirnya terjawab apabila lagu yang berjudul Apa Khabar nyanyian Joe Flizzow & Sona One bergelar juara & membawa pulang wang tunai sebanyak RM50,000.


Joe Flizzow & Sona One Tampil Kejutan Di Pentas Akhir AJL 29, AJL29, Info, terkini, hiburan, sensasi,

Manakala naib juara telah disandang oleh Shila Amzah menerusi lagu Masih Ada Cinta & menerima RM35,000 dan tempat ketiga pula dimenangi oleh lagu yang berjudul Di Pintu Syurga nyanyian Dayang Nurfaizah dan berjaya menerima wang tunai berjumlah RM20,000.

Anugerah persembahan vokal terbaik dimenangi oleh Dayang Nurfaizah dan persembahan terbaik pula dimenangi oleh Mojo feat. Caliph Buskers menerusi lagu Romancinta yang mendapat pujian ramai sepanjang acara berlangsung. Tahniah kepada para pemenang AJL 29!


Berikut ialah keputusan penuh Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29):-

1. Juara – Apa Khabar, Joe Flizzow & Sonaone
2. Naib Juara – Masih Aku Cinta, Shila Amzah
3. Tempat Ketiga – Di Pintu Syurga, Dayang Nurfaizah
4. Vokal Terbaik – Dayang Nurfaizah
5. Persembahan Terbaik – Mojo & Caliph Buskers.


Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Pentas Akhir AJL 29

Sumber : rotikaya.com

Punca Scha Al-Yahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL)

Pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya telah mengumumkan rancangan Anugerah Juara Lagu 29 yang akan berlangsung beberapa minit lagi merupakan penampilan terakhirnya.


Punca Scha Al-Yahya Tinggalkan Anugerah Juara Lagu (AJL), info, terkini, hiburan, sensasi, gossip, Scha Al yahya

Isteri kepada Awal Ashaari itu menyatakan tidak lagi akan terlibat di dalam program mingguan Muzik Muzik bagi musim baru hadapan kerana sebab-sebab yang tidak diberitahu.

Banyak yang saya belajar sepanjang mengendalikan program tersebut bersama AG. Tapi, itu tidak bermakna yang saya akan tinggalkan dunia pengacaraan,” katanya.

Sumber : katakcomel.my