Wednesday, September 23, 2015

Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Tidak mahu memikirkan lagi kontroversi penarikkan diri beliau daripada menjadi juri AF2015 kerana berselisih pendapat dengan Edry KRU, Rozita Che Wan nampaknya sedang seronok bercuti bersama keluarga beliau di  Sydney, Australia.

Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Ramai sebenarnya menyangka Che Ta membawa diri ke Australia kerana merajuk dengan kontroversi beliau baru-baru ini. Namun, jelasnya percutiaan ini sudah lama dirancang.


Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Bestnya dapat pergi bercuti bersama keluarga, tidak dapat pergi Sydney pun tidak apalah. Jom kita layan foto percutian Rozita Che Wan sekeluarga di sana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara









Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Sudah ramai lelaki dikaitkan atau digosipkan bercinta dengan aktres Ayda Jebat sebelum ini. Terbaru, aktres MAID ini dikatakan telah berjaya membuatkan seorang jejaka keturunan Orang Asli suku Semelai, syok gila dengannya.


Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Malah dek kerana terlalu menyukai Ayda Jebat, jejaka yang bernama Malim ini dikatakan sanggup meninggalkan kampung semata-mata untuk mencari serta berjumpa dengan pelakon wanita kelahiran Melaka itu.

Wah! Ramai pula jejaka yang sukakan Ayda Jebat ni ya? Standardlah.. orang popular... cantik pulak tu.

Namun, tunggu dulu! Sebenarnya itu adalah antara adegan yang terkandung dalam telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidiladha, Nawaitu Cinta. Diarahkan oleh Osman Ali, Nawaitu Cinta menggandingkan Ayda bersama Hisyam Hamid, Fikhree Bakar dan ramai lagi.

Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Bercerita mengenai telefilem tersebut, Ayda membawakan watak sebagai Malati, seorang gadis keturunan Orang Asli.

“Saya memegang watak sebagai Malati, seorang gadis Orang Asli suku kaum Semelai. Malati membesar bersama suku kaum Semelai yang lain di sebuah kampung. Malati rapat dengan jejaka sekampung dengannya yang bernama Malim (Fikhree Bakar) dan mereka berjanji akan berkahwin. Selepas tamat persekolahan, Malati dapat meneruskan pelajaran di menara gading,” kata Ayda kepada Portal Murai.

Membuat sedikit kajian mengenai Orang Asli sebelum melangkah ke set penggambaran, Ayda mengakui yang watak Malati merupakan antara watak yang paling berat pernah dibawa olehnya di kaca televisyen.

“Di universiti, Malati mempunyai seorang rakan sebilik, gadis Orang Asli yang bernama Intan. Namun begitu, Intan telah terlebih dahulu menganut agama Islam. Intan yang membuka hati Malati untuk mengenali agama Islam dan Malati meminta Intan untuk membimbingnya.

“Ustaz Kamil (Hisyam Hamid) juga merupakan insan yang turut mengajar Malati mendalami Islam dan dalam diam, Ustaz Kamil jatuh hati dengan Malati. Akhirnya keluarga Malati dapat tahu yang Malati memeluk agama Islam dan Malati telah dibuang oleh keluarga. Perbezaan agama juga menjadi penghalang percintaan antara Malati dan Malim,” katanya lagi.

Menjalani penggambaran di sekitar Pahang, Perak dan Kuala Lumpur, Ayda gembira kerana dapat terlibat dalam telefilem Nawaitu Cinta. Gadis kelahiran Melaka ini juga sangat berbesar hati kerana dia dapat bekerjasama dengan pengarah prolifik seperti Osman Ali.

“Osman pengarah yang sangat membantu dalam memberi saya input dalam melaksanakan watak Malati. Saya sangat menghormati Osman sebagai seorang pengarah yang tersohor. Jalan cerita dan sinematografi juga sangat bagus, disamping komitmen penuh daripada krew produksi dan pelakon-pelakon lain yang terlibat. Saya rasa sangat bertuah dapat bekerja dengan mereka,” kata Ayda lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Nawaitu Cinta sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha ini. Telefilem arahan Osman Ali ini bakal disiarkan pada hari Khamis, 24 September 2015, jam 2.00 petang di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).-murai

Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne

Perkembangan anak pertama pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU memang menjadi perhatian ramai lebih lebih sehingga kini hanya dua keping gambar anak comel mereka dibenarkan keluar di internet. Pastinya peminat mahu lebih lagi.

Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne


Hari ini melalui pengumuman di program HLIVE!, Yusry KRU & Lisa Surihani telah memilih nama Yahaira Leanne untuk anak sulung mereka ini.
“Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah upacara tahneek bagi anakanda perempuan sulung kami yang diberi nama Yahaira Leanne Yusry. Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan”

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga,” ujar pasangan ini.-rotikaya


Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?

Pernah dikatakan menjalin cinta dengan Nabila Huda, nampaknya kali ini pelakon Nas-T telah dikaitkan dengan model Atita Haris. Melalui Mangga Online, Nas-T hanya membiarkan sahaja orang ramai untuk menilai.

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?


“Saya dan Atita mula kenal rapat kerana kami di bawah syarikat yang sama. Dia menguruskan perniagaan tudung dan saya pula menjaga bahagian duta produk. Apabila dah kenal saya rasa boleh serasi dengan dia”

“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang”

“Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” katanya kepada portal tersebut.

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?

Jika benar seperti apa yang diperkatakan oleh Nas-T, moga satu hari nanti dirinya akan berjumpa pengganti seterusnya dijadikan isteri untuk mengisi hidup berseorangan sebelum ini.-rotikaya

Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa

Bagai diberi peluang hidup kali kedua – begitulah antara luahan Azad Jazmin apabila dia telah terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan isteri, anak dan adik lelakinya ketika di luar terowong Ipoh. Menurut Azad, kereta yang dipandunya berpusing sebanyak lima kali berpunca daripada minyak tumpah di kawasan luar terowong itu.

Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa


“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas”

“Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya. Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu”

“Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika,” katanya kepada BH Online. Seriously wahai peminat? Sempat lagi mahu bergambar?
Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa

Mempercayai apa yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya, Azad dan juga isteri merancang untuk mengadakan doa selamat ketika Hari Raya Aidiladha. Semoga urusan dan keselamatan pasangan ini sentiasa terjaga dan dipermudahkan.-rotikaya

Neelofa Derma RM10,000

Kami suka setiap kali dengar kisah kebajikan oleh sesiapa pun lebih lebih selebriti yang memang kita tahu sentiasa jadi perhatian ramai. Pastinya amal kebajikan mereka boleh menjadi ikutan para peminat. Terbaru, Harian Metro kongsikan kisah Neelofa.


Neelofa Derma RM10,000

Dalam laporan terbaru, Neelofa khabarnya telah menderma sebanyak RM10,000 untuk membantu pembinaan rumah sepasang suami isteri yang tergendala selama sedekad. Pasangan suami isteri dari Pasir Mas Kelantan ini tidak mampu menyiapkan rumah mereka kerana kekangan kewangan dengan pendapatan seharian hanya RM45 sehari.

Laporan juga menyebut Neelofa menyalurkan sumbangannya menerusi badan NGO Pertubuhan Kebajikan Pergerakan Adil yang membantu golongan miskin termasuk mangsa banjir yang melanda Kelantan tahun lalu.

Neelofa telah meminta pihak NGO tersebut untuk menjadi orang tengah bagi membantu mangsa-mangsa banjir danjuga penduduk setempat yang memerlukan bantuan. Bagus Neelofa, memang ada ciri ciri calon isteri yang baik, eh tiba tiba.-rotikaya

Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular

Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, 23, kini menyertai industri seni tempatan dengan menubuhkan syarikat pengurusan yang dikenali sebagai A Klasse Management Sdn. Bhd.


Asyraf Datuk K 'Jaga' 5 Artis Popular


Asyraf selaku Ketua Pegawai Eksekutif A Klasse berkata, sehingga kini seramai 11 selebriti berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuk lima artis popular iaitu Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Nabil Ahmad, Fara Fauzana serta Siti Nurhaliza.
"Ini satu penghormatan yang besar apabila selebriti-selebriti popular ini mempercayai syarikat ini yang baharu setahun jagung usianya.

"Bagaimanapun tidak semua artis dijaga pihak A Klasse sepenuhnya. Ada yang lebih kepada ikatan kontrak melibatkan urusan pengiklanan di media sosial serta perlantikan sebagai jurucakap sesebuah produk," katanya.

Asyraf berkata demikian pada majlis sambutan ulang tahun pertama penubuhan syarikat A Klasse di kediaman Siti Nurhaliza di sini, pada malam Selasa.

Enam artis lain naungan A Klasse adalah Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Eyka Farhana, Ummi Nazeera, Eain Salleh dan Aedy Asyraf.

Penyanyi Indonesia yang juga tunang kepada Asyraf iaitu Tya Ariffin turut berada di bawah naungan syarikat itu.

A Klasse merupakan sebuah syarikat pengurusan artis yang turut melakukan servis pengiklanan di laman sosial.

Servis pengiklanan tersebut dibuka kepada peniaga dalam talian untuk mempromosikan perniagaan masing-masing di Instagram artis naungan A Klasse dengan bayaran tertentu.

Ditanya mengapa pengurusan kerjaya artis menjadi pilihan, Asyraf berkata dia yakin mampu menguruskan mereka menjadi selebriti yang disegani menerusi cara pemasaran, penjenamaan artis dan pengiklanan dengan konsep baharu.
"Saya dan team A Klasse sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan bidang artis-artis naungan kami memandangkan mereka mempunyai potensi yang sangat bagus.

"Kalau boleh mereka bukan sekadar selebriti dalam lakonan atau nyanyian, tetapi juga mampu menjual nama dalam sektor penjenamaan produk," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai A Klasse, layari laman web www.aklasse.com.my.-mstar

Friday, September 18, 2015

Isteri Waris Letak Syarat

Penyanyi rap Waris menghormati syarat-syarat yang ditetapkan isterinya Izzati Amirah Kamaruddin, 26, yang enggan terlibat dalam setiap urusan membabitkan industri hiburan.

Isteri Waris Letak Syarat


Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 26, berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos lalu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran program televisyen dan sesi temuramah yang mahukan mereka berdua.
"Isteri saya sudah beri syarat dia tidak mahu terlibat dalam dunia seni, dia juga minta tidak mahu sebarang liputan media pada majlis perkahwinan kami bulan lalu.

"Selapas kami berkahwin memang ada beberapa program televisyen yang mahu temuramah tapi terpaksa saya tolak dengan baik, begitu juga sesi fotografi akhbar dan majalah.

"Pernah juga segmen pagi Era FM, Johara menghubunginya tetapi tidak dilayan hingga perkara tersebut membuatkan kami bergaduh," ujarnya kepada mStar Online.

Waris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan peribadinya selepas bergelar suami sejak sebulan lalu. Penyanyi ini dikatakan sengaja mahu merahsiakan perkahwinan tersebut.

Waris berkahwin dengan wanita pilihannya Izzaty Amirah Kamaruddin pada 1 Ogos lalu di kediaman wanita tersebut di Seri Kembangan, dekat sini.

Isteri Waris Letak Syarat


Sementara itu, Waris berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan dalam proses belajar untuk hidup berumah tangga.
"Alhamdulillah sudah sebulan berkahwin kehidupan saya semakin teratur dan mendapat makanan yang sihat setiap hari.

"Kalau bujang dulu setiap hari saya makan di kedai mamak sahaja, sekarang tidak perlu lagi ke mamak, nasib baik juga isteri saya ini pandai masak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Waris berkata, dia kini dalam proses mempromosi lagu baharu berjudul Cinta Terakhir bersama Ezad Lazim.

Katanya, lagu berunsur ketuhanan tidak dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini untuk mengelak  pendengar tidak memahami apa yang ingin disampaikan.
"Lagu ini berunsur ketuhanan iaitu tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad dan jika saya nyanyi dalam dialek Negeri Sembilan ramai yang tidak faham.

"Lagi pun saya ingin berehat sekejap daripada menyanyi lagu dialek, tunggulah mungkin lepas ini kembali semula dengan lagu-lagu dialek lagi," katanya.-mstar

Kekasih Jaden Smith Curi Beg Tangan Mewah

Kekasih pelakon Jaden Smith iaitu Sarah Snyder dilaporkan terlibat dengan kes kecurian awal tahun ini. Seperti dipetik Daily Mail, gambar wajah wanita berusia 21 tahun itu tersebar di internet berikutan kes kecurian sebuah beg tangan Hermes Birkin.


Kekasih Jaden Smith Curi Beg Tangan Mewah

Pihak polis Bedford turut mengesahkan kes yang membabitkan wanita ini berlaku pada 19 Februari lalu dan ditangkap pada 15 Jun ketika wanita itu berada di rumah rakannya di Manhattan.

Beg Hermes Birkin merupakan beg jenama yang mencecah harga puluhan ribu ringgit dan menjadi pilihan golongan kenamaan.

Bagaimanapun, sehingga kini pelakon remaja tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dengan apa yang berlaku terhadap kekasihnya.-mstar