Wednesday, September 30, 2015

Katy Perry Terima Padah Dicium Peminat Fanatik

Tindakan penyanyi pop sensasi Katy Perry menjemput salah seorang peminat wanitanya ke atas pentas pada persembahan di festival Rock In Rio di Brazil mengundang padah.


Katy Perry Terima Padah Dicium Peminat Fanatik

Peminat fanatik yang diundang ke atas pentas tiba-tiba bertindak liar apabila memeluk dan mencium muka dan leher penyanyi lagu Roar itu dengan ghairah.

"Dia cium leher saya!" jerit Katy ketika menolak wanita tersebut menjauhi dirinya.

Penyanyi itu bertindak profesional dengan bertanya kepada peminat tersebut dari mana dia berasal dan memintanya untuk mengajar beberapa perkataan dalam bahasa yang digunakan dalam negara itu.

Wanita tersebut sekali lagi bertindak di luar jangkaan apabila meraba buah dadah Katy serta terus menciumnya.



Bagaimanapun, Katy Perry tenang menyelesaikan situasi tersebut sebelum wanita tersebut dibawa turun dari pentas.-mstar

Friday, September 25, 2015

Zul Ariffin Bercinta Dengan Zahirah MacWilson?

Menerusi sumber yang mengirimkan e-mail kepada kami, terdapat beberapa keping gambar Zul Ariffin yang didakwa telah keluar bersama pelakon Zahirah MacWilson, di Damansara.


Zul Ariffin Bercinta Dengan Zahirah MacWilson?

Melalui gambar yang dikongsikan itu juga dalam masa yang sama turut menimbulkan tanda tanya sama ada Zul dan juga kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai – masih lagi bersama atau pun tidak.

Sebelum ini, Zul sendiri pernah menyatakan bahawa dia dan juga kekasih tidak pernah berselindung mengenai sebarang perkara dan bersikap telus di dalam perhubungan. Tidak mahu serkap jarang, pastinya Zul juga mempunyai penjelasan terhadap apa yang dikirimkan oleh peminat ini.-rotikaya

Sekitar Sambutan Hari Jadi Datin Emylia Rosnaida Isteri Datuk AC Mizal

Beberapa hari lepas, isteri kepada Datuk AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida telah menyambut ulangtahun kelahiran beliau.
Sekitar Sambutan Hari Jadi Datin Emylia Rosnaida Isteri Datuk AC Mizal


Majlis tersebut yang diadakan di Redbox Pavillion Kuala Lumpur disambut dengan meriah sekali dan ia sebenarnya surprise birthday party buat beliau.

Memang untung kan dapat kejutan istimewa sebegini? Semoga panjang umur dan murah rezeki.

Jom kita layan foto sekitar majlis hari jadi tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara









Thursday, September 24, 2015

Foto 'Baby Bump' Isteri Fad Bocey

Baby bump pertama Syeera atau nama sebenarnya Nur Syahirah A. Rahman, 21, sudah mula kelihatan. Usia kandungan isteri kepada Fad Bocey atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam, 24, ini sudah masuk 4 bulan sejak disahkan mengandung anak kembar sekitar Mei yang lalu.

Foto 'Baby Bump' Isteri Fad Bocey

Untuk rekod, Fad atau nama sebenarnya Muhamad Fadzlie Bin Mohd Nizam telah bernikah dengan Syaheera pada 14 Mac lalu di kediaman pengantin perempuan di Jitra, Kedah.-myartis

Foto 'Baby Bump' Isteri Fad Bocey

Foto 'Baby Bump' Isteri Fad Bocey

Foto 'Baby Bump' Isteri Fad Bocey

Wednesday, September 23, 2015

Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Tidak mahu memikirkan lagi kontroversi penarikkan diri beliau daripada menjadi juri AF2015 kerana berselisih pendapat dengan Edry KRU, Rozita Che Wan nampaknya sedang seronok bercuti bersama keluarga beliau di  Sydney, Australia.

Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Ramai sebenarnya menyangka Che Ta membawa diri ke Australia kerana merajuk dengan kontroversi beliau baru-baru ini. Namun, jelasnya percutiaan ini sudah lama dirancang.


Percutian Rozita Che Wan & Keluarga Di Sydney

Bestnya dapat pergi bercuti bersama keluarga, tidak dapat pergi Sydney pun tidak apalah. Jom kita layan foto percutian Rozita Che Wan sekeluarga di sana dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara









Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Sudah ramai lelaki dikaitkan atau digosipkan bercinta dengan aktres Ayda Jebat sebelum ini. Terbaru, aktres MAID ini dikatakan telah berjaya membuatkan seorang jejaka keturunan Orang Asli suku Semelai, syok gila dengannya.


Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Malah dek kerana terlalu menyukai Ayda Jebat, jejaka yang bernama Malim ini dikatakan sanggup meninggalkan kampung semata-mata untuk mencari serta berjumpa dengan pelakon wanita kelahiran Melaka itu.

Wah! Ramai pula jejaka yang sukakan Ayda Jebat ni ya? Standardlah.. orang popular... cantik pulak tu.

Namun, tunggu dulu! Sebenarnya itu adalah antara adegan yang terkandung dalam telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidiladha, Nawaitu Cinta. Diarahkan oleh Osman Ali, Nawaitu Cinta menggandingkan Ayda bersama Hisyam Hamid, Fikhree Bakar dan ramai lagi.

Pemuda Orang Asli Pun Syok Gila Dengan Ayda Jebat?

Bercerita mengenai telefilem tersebut, Ayda membawakan watak sebagai Malati, seorang gadis keturunan Orang Asli.

“Saya memegang watak sebagai Malati, seorang gadis Orang Asli suku kaum Semelai. Malati membesar bersama suku kaum Semelai yang lain di sebuah kampung. Malati rapat dengan jejaka sekampung dengannya yang bernama Malim (Fikhree Bakar) dan mereka berjanji akan berkahwin. Selepas tamat persekolahan, Malati dapat meneruskan pelajaran di menara gading,” kata Ayda kepada Portal Murai.

Membuat sedikit kajian mengenai Orang Asli sebelum melangkah ke set penggambaran, Ayda mengakui yang watak Malati merupakan antara watak yang paling berat pernah dibawa olehnya di kaca televisyen.

“Di universiti, Malati mempunyai seorang rakan sebilik, gadis Orang Asli yang bernama Intan. Namun begitu, Intan telah terlebih dahulu menganut agama Islam. Intan yang membuka hati Malati untuk mengenali agama Islam dan Malati meminta Intan untuk membimbingnya.

“Ustaz Kamil (Hisyam Hamid) juga merupakan insan yang turut mengajar Malati mendalami Islam dan dalam diam, Ustaz Kamil jatuh hati dengan Malati. Akhirnya keluarga Malati dapat tahu yang Malati memeluk agama Islam dan Malati telah dibuang oleh keluarga. Perbezaan agama juga menjadi penghalang percintaan antara Malati dan Malim,” katanya lagi.

Menjalani penggambaran di sekitar Pahang, Perak dan Kuala Lumpur, Ayda gembira kerana dapat terlibat dalam telefilem Nawaitu Cinta. Gadis kelahiran Melaka ini juga sangat berbesar hati kerana dia dapat bekerjasama dengan pengarah prolifik seperti Osman Ali.

“Osman pengarah yang sangat membantu dalam memberi saya input dalam melaksanakan watak Malati. Saya sangat menghormati Osman sebagai seorang pengarah yang tersohor. Jalan cerita dan sinematografi juga sangat bagus, disamping komitmen penuh daripada krew produksi dan pelakon-pelakon lain yang terlibat. Saya rasa sangat bertuah dapat bekerja dengan mereka,” kata Ayda lagi.

Jangan lupa untuk menyaksikan telefilem Nawaitu Cinta sempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha ini. Telefilem arahan Osman Ali ini bakal disiarkan pada hari Khamis, 24 September 2015, jam 2.00 petang di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).-murai

Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne

Perkembangan anak pertama pasangan Lisa Surihani & Yusry KRU memang menjadi perhatian ramai lebih lebih sehingga kini hanya dua keping gambar anak comel mereka dibenarkan keluar di internet. Pastinya peminat mahu lebih lagi.

Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne


Hari ini melalui pengumuman di program HLIVE!, Yusry KRU & Lisa Surihani telah memilih nama Yahaira Leanne untuk anak sulung mereka ini.
“Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah upacara tahneek bagi anakanda perempuan sulung kami yang diberi nama Yahaira Leanne Yusry. Yahaira Leanne membawa maksud wahai sebaik baik kelembutan”

“Ribuan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Zuhairee dan Ustaz Amru bersama isteri kerana sudi menjalankan upacara ini bersama kami sekeluarga,” ujar pasangan ini.-rotikaya


Lisa Surihani, Yusry KRU Pilih Nama Yahaira Leanne

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?

Pernah dikatakan menjalin cinta dengan Nabila Huda, nampaknya kali ini pelakon Nas-T telah dikaitkan dengan model Atita Haris. Melalui Mangga Online, Nas-T hanya membiarkan sahaja orang ramai untuk menilai.

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?


“Saya dan Atita mula kenal rapat kerana kami di bawah syarikat yang sama. Dia menguruskan perniagaan tudung dan saya pula menjaga bahagian duta produk. Apabila dah kenal saya rasa boleh serasi dengan dia”

“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang”

“Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” katanya kepada portal tersebut.

Nas-T Bercinta Dengan Atitah Haris?

Jika benar seperti apa yang diperkatakan oleh Nas-T, moga satu hari nanti dirinya akan berjumpa pengganti seterusnya dijadikan isteri untuk mengisi hidup berseorangan sebelum ini.-rotikaya

Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa

Bagai diberi peluang hidup kali kedua – begitulah antara luahan Azad Jazmin apabila dia telah terlibat dalam kemalangan yang turut melibatkan isteri, anak dan adik lelakinya ketika di luar terowong Ipoh. Menurut Azad, kereta yang dipandunya berpusing sebanyak lima kali berpunca daripada minyak tumpah di kawasan luar terowong itu.

Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa


“Kereta yang dipandu saya terbabas setelah berpusing sebanyak lima kali. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun kereta saya hancur. Saya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk bernafas”

“Pelbagai perkara berlegar di benak fikiran dan saya menyangka kereta itu akan jatuh ke gaung. Saya sempat menoleh kepada adik lelaki saya di belakang sambil mengungkapkan kata-kata maaf kepadanya. Syukur juga isteri saya, Eira memegang erat anak perempuan kami di bahagian belakang dalam keadaan getir itu”

“Keadaan menjadi bertambah kalut apabila ada peminat terlihat kami terlibat dalam kemalangan dan ingin bergambar. Lantas menjadikan lebuh raya sesak seketika,” katanya kepada BH Online. Seriously wahai peminat? Sempat lagi mahu bergambar?
Azad Jazmin Kemalangan Nyaris Ragut Nyawa

Mempercayai apa yang terjadi mempunyai hikmah di sebaliknya, Azad dan juga isteri merancang untuk mengadakan doa selamat ketika Hari Raya Aidiladha. Semoga urusan dan keselamatan pasangan ini sentiasa terjaga dan dipermudahkan.-rotikaya