Friday, November 6, 2015

Kamal Adli Kini Hilang Hormat Pada Zizan Razak?

Umum mengetahui baru-baru ini pelakon Kamal Adli telah digugurkan daripada membintangi filem sekuel yang turut dibintangi Zizan Razak. Bagaimanapun perkara tersebut jelas sekali melahirkan rasa kecewa buat Kamal. 

“Terkejut memanglah terkejut nama saya disingkirkan. Dari awal lagi, apa terjadi saya bersikap professional. Ini sudah kira berkait isu peribadi. Entahlah…ini periuk nasi saya…kerja saya. Apabila nama saya disingkirkan, ia kira sudah tutup periuk nasi saya”


Kamal Adli Kini Hilang Hormat Pada Zizan Razak?


“Permainan macam ini tak sedaplah. Saya tak kacau periuk nasi orang. Saya dapat tahu pengarahnya, Syafik sudah buat skrip dan kena rombak balik dengan penyingkiran saya,” jelas Kamal kepada BH Plus.

Sementara itu, Kamal turut ditanya adakah dia menerima tawaran untuk digandingkan bersama Zizan pada masa hadapan. Kata Kamal, dia memilih untuk mengutamakan professionalisme daripada isu peribadi.
“Saya tak ada masalah. Saya boleh jadi diri sendiri untuk kepentingan bersama. Tapi kalau sudah letak isu peribadi mengatasi segala-galanya, hingga menutup periuk nasi…saya memang hilang hormat. Jika orang luar yang tak tahu menahu menuduh saya sebagai punca perpisahan dia dan Emma, itu tak wajar kerana kalian tak tahu perkara sebenar,” kata Kamal lagi.

Buat Kamal, harapnya bersabar sajalah. Mungkin disingkirkan kali ini tapi akan dibuka peluang yang lebih besar lagi berbanding dengan apa yang terlepas ketika ini.-rotikaya

Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam

Pelakon Aeril Zafrel berasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun Instagram miliknya.


Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam


Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Suhari, 27, berkata, dia telah membuat laporan kepada pihak Instagram dan sedang menunggu maklum balas daripada laman sosial itu.
"Saya mula menyedari Instagram saya digodam apabila tidak boleh memuat naik gambar. Tak sangka akaun saya itu rupa-rupanya digodam.

"Saya terus membuat laporan kepada pihak Instagram mengenai perkara itu dan menunggu maklum balas daripada pihak mereka," katanya yang dihubungi mStar Online pada Jumaat.

Pada malam Khamis lalu, isteri Aeril iaitu aktres Wawa Zainal memuat naik paparan skrin akaun Aeril dengab kapsyen menyatakan bahawa ia sudah digodam. Malah nama akaunnya itu juga kerap diubah-ubah.


Aeril Zafrel Kecewa Instagram Digodam


Sehingga kini Aeril mempunyai lebih 600,000  pengikut Instagram.

Sementara itu, Aeril enggan begitu mengharap untuk mendapatkan akaun Instagram itu semula dan menyifatkan mungkin perkara itu ada hikmah disebaliknya.
"Ikutkan hati memang nak balik akaun saya itu, tetapi saya reda. Mungkin ada sebabnya mengapa perkara ini terjadi pada saya.

"Mujurlah saya tak membuat IG Review seperti yang sedang dilakukan isteri. Kalau tak, saya pasti akan berasa serba salah" ujarnya.

Bagaimanapun kata Aeril, buat masa ini dia akan menggunakan akaun Instagram milik rakannya iaitu @arkib_aerilzafrel untuk berkongsi perkembangan kerjaya bersama peminat.

Dalam perkembangan lain, Aeril bakal muncul memerusi telefilem Akulah Balqis yang akan disiarkan pada 18 November ini di TV3.

Aktor itu juga akan memulakan penggambaran drama Dia Imamku untuk siaran TV3 dalam masa terdekat ini.-mstar

Thursday, November 5, 2015

Amyra Rosli Bercinta Dengan Kerabat Diraja?

Pelakon Suamiku Encik Sotong Amyra Rosli, sekeras-kerasnya menafikan kononnya yang dirinya sedang bercinta dengan seorang jejaka berstatus kerabat diraja.


Amyra Rosli Bercinta Dengan Kerabat Diraja?


Amyra terkejut dengan khabar angin ini dan tidak menyangka cerita sebegini boleh tercetus walaupun sibuk dengan dunia lakonan.
“Cakap saja dengan siapa? Sebab saya tidak dapat nak berikan penjelasan kerana tidak dapat bayangan lelaki itu. Macam mana saya nak jawab sedangkan saya bekerja tak berhenti. Jadi mana ada masa untuk bercinta”

“Macam mana cerita ini boleh timbul keluar? Tidak ada langsung berkawan dengan mana-mana kerabat mahupun anak kerabat diraja. Saya tidak pernah berkawan, apatah lagi bercinta dengan mana-mana kerabat,” jelasnya seperti yang dilaporkan BH Online.

Amyra sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin namun menjelaskan mereka sekadar teman rapat.-murai

Raja Ilya Pulaukan Pelakon Wanita Yang Cantik?

Pelakon wanita, Raja Ilya agak terperanjat apabila dirinya dikaitkan kononnya telah memulaukan atau meminggirkan seorang pelakon cantik yang dikatakan suka memencilkan diri.


Raja Ilya Pulaukan Pelakon Wanita Yang Cantik?


Hakikatnya, Ilya tidak mengetahui bagaimana isu ini timbul namun kerana sikap pelakon wanita itu yang tidak bergaul mesra dirinya pula telah disalahertikan.
“Siapa pelakon itu, saya tak naklah beritahu kerana tak nak memperbesarkan perkara ini. Cuma saya pelakon baru, dia pun sama juga baru tapi saya tak pernah memulaukan sesiapa pun.

“Dia yang menjauhkan diri daripada saya termasuk rakan-rakan artis yang lain. Isunya pun saya pun tak tahu kenapa dia bersikap sedemikian rupa. Mungkin dia lebih selesa untuk menyendiri.

“Bagi saya, cantik itu adalah ‘universal’, kalau hanya pada wajah tapi dalam diri tak seindah yang disangkakan, ia akan mengundang masalah kepasa segelintir pihak,” kata Raja Ilya di rancangan Melodi baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia juga berpesan kepada semua pelakon baru termasuk dirinya, janganlah menipu peminat yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya masing-masing.

Di kaca TV, seseorang pelakon itu nampak begitu sopan dan baik sekali tetapi hakikatnya ia adalah ‘fake’ dan hanya berpura-pura.
“Bagi sayalah, jadilah diri sendiri tetapi hati peminat perlulah jaga. Kadang-kadang peminat sanjung seorang pelakon itu sangat tinggi kerana tertarik dalam watak yang telah dilakonkan.

“Jadi, kalau ada kekurangan diri sendiri, simpan-simpanlah sikit jangan tunjuk dekat semua orang. Penghujungnya nanti kita juga yang tanggung malu dan risiko,” katanya akhiri bicara.-murai

Zarina Anjoulie Mengaku Salah Miliki Dadah, Bapa Bayar Denda RM5,000

Pelakon dan juga model, Zarina Anjoulie didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan dadah jenis Methamphetamine, tiga tahun lepas. Majistret Mohd Nazri Omran turut memerintahkan Zarina, atau nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.


Zarina Anjoulie Mengaku Salah Miliki Dadah, Bapa Bayar Denda RM5,000

Dendanya itu telah dibayar oleh bapanya. Sementara itu,mahkamah juga memerintahkan pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri Anak Pontianak menjalani tiga tahun pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bermula Khamis.

Sebelum ini, dia mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan tetapi menukar pengakuan hari ini selepas mahkamah mendengar keterangan enam saksi pendakwaan. Zarina didakwa menggunakan dadah jenis methamphetamine dan air kencingnya didapati positif dadah jenis tersebut.


Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Dis 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000.-rotikaya

Tuesday, November 3, 2015

Nora Danish Dikecam Kerana Gayakan Pakaian Ala Rahib

Selepas membuka perniagaan makanan bersama rakan-rakan beliau kini Nora Danish telah melangkah setapak lagi dalam bidang itu apabila melancarkan koleksi jubah dan tudung dengan jenama beliau sendiri Owl by Nora Danish.


Nora Danish Dikecam Kerana Gayakan Pakaian Ala Rahib

Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung dengan cukup gah lagi pada malam semalam. Namun, bukan majlis itu yang menjadi perhatian ramai tetapi gaya Nora berpakaian yang dikatakan persis seorang rahib.


Malah penampilan beliau di atas pentas ketika membawa seekor burung hantu sebagai simbolik kepada  jenama tudung serta juba beliau juga turut dikritik.



Rata-rata peminat Nora kurang setuju dengan gimik tersebut dan menyifatkan Nora sengaja ingin mempromosikan lambang Iluminati.


Erm.. kalau tengok foto dari tepi memang persis rahib tetapi mungkin juga Nora Danish tidak sedar bahawa tudung beliau itu tidak kena dengan jubah yang dipakai. Apa-apapun, harap lepas ini lebih berhati-hati dan peka dengan setiap gaya yang anda tampilkan.-beautifulnara

Ika Nabella Kena Pukul Dengan Pengarah Dibahagian Muka Dan Badan

Pelakon Ika Nabella yang juga bekas peserta Akademi Fantasia dilaporkan telah dipukul oleh seorang pengarah dalam satu kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam.

Menurut  sumber yang menyaksikan kejadian tersebut, Ika telah ditumbuk secara bertubi-tubi pada bahagian badan dan muka ketika berada dalam set penggambaran draa Dawai Asmara di Hulu Kelang.


Ika Nabella Kena Pukul Dengan Pengarah Dibahagian Muka Dan Badan

Susulan dibelasah teruk,  Ika cedera pada bahagian mulut dan sehingga kini beliau tidak dapat membuka mulutnya.

Semuanya berpunca apabila pengarah itu merasa berang dan bertindak di luar kawalan kerana tidak dapat apa yang beliau inginkan daripada Ika.

Ini bukan kali pertama pengarah tersebut membelasah artis, sebelum ini beliau pernah bertindak sebegitu terhadap 3 lagi selebriti  yang hanya berdiam diri selepas dipukul.

Ika Nabella Kena Pukul Dengan Pengarah Dibahagian Muka Dan Badan

Ironinya, ini bukan kali pertama kali Ika bekerja dibawah arahan pengarah berkenaan dan mereka tidak pernah mempunyai sebarang masalah sebelum ini.

ka difahamkan akan membuat satu laporan polis berkaitan insiden tersebut. Percubaan pihak media untuk mendapatkan maklum balas daripada pengarah itu gagal.

Erm, apa yang jadi sampai pukul memukul ni? Serius betul, kita tunggu perkembangan terbaru mengenai kes ini nanti.-beautifulnara

Nabil Ahmad Buat Hal Lagi Di Gegar Vaganza 2

Walaupun pengacara Gegar Vaganza 2, pelawak dan pelakon Nabil Ahmad dikutuk oleh orang ramai mengenai lawaknya yang melampau, tetapi Nabil masih juga dengan lawak yang dianggap kasar oleh segelintir indivdu.

Nabil Ahmad Buat Hal Lagi Di Gegar Vaganza 2

Jika sebelum ini, Nabil membuat lawak dengan mempersendakan Caliph Buskers, semalam dalam konsert Gegar Vaganza 2 Nabil ditegur secara live oleh juri jemputan, Datuk M. Nasir yang mungkin bengang membuat lawak menggunakan isterinya, Marlia Musa.

Berulang kali Nabil mempersendakan M. Nasir dan isterinya dan akhirnya M. Nasir menegur Nabil, "Jangan libatkan dia (Marlia Musa) dalam hal ini".

Nabil akhirnya terus terdiam seperti tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan mukanya merah padam.
Mungin sangat malu kerana ditegur secara live di hadapan ribuan penonton konsert Gegar Vaganza 2 semalam.-ehmedia

Foto Zul Ariffin & Zahirah Macwilson Berpegangan Tangan Tersebar

Tidak pernah mengakui sedang bercinta dan hanya selesa sebagai kawan, Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson bagaimanapun sering kelihatan cukup mesra bersama dan menghadiri mana-mana majlis hiburan berdua.


Foto Zul Ariffin & Zahirah Macwilson Berpegangan Tangan Tersebar

Walaubagaimanapun, terbaru sebuah foto pasangan ini berpegangan tangan ketika keluar makan bersama di  telah tersebar di media sosial dan ia cukup menarik perhatian ramai.

Foto Zul Ariffin & Zahirah Macwilson Berpegangan Tangan Tersebar

Adakah mereka ini benar-benar bercinta tetapi ingin menyembunyikan perkara tersebut? Jika mereka bercinta, apa sudah jadi dengan hubungan Zul dan Gayatri? Penuh persoalan bermain di minda peminat.


Foto Zul Ariffin & Zahirah Macwilson Berpegangan Tangan Tersebar

Erm..kalau betul ini sekadar khabar angin Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson perlu tampil untuk menjelaskan perkara sebenar. Sebelum mendengar apa-apa penjelasan lanjut daripada mereka, kita fikir positif sahaja mungkin Zahirah tidak sengaja pegang tangan Zul kot, mana lah tahu kan?-beautifulnara