Saturday, November 28, 2015

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Bagi peminat peminat Abam Bocey di luar sana, pastinya anda mengetahu bahawa bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh kelaurganya.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya. All the best untuk Abam dan juga pasangan. Semoga segala urusan ke fasa yang lebih serius dipermudahkan.-rotikaya
Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Black Hanifah kerana bakal menimang cahaya mata kedua. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi ini melalui akaun Instagram dengan gambar alat uji kehamilan.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Melalui perkongsian tersebut, Black dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya. Semoga keluarga ini akan terus membesar dan dilimpahi kebahagiaan serta terjaaga keselamatan isteri Black.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Pada bulan Jun lalu, Black telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai yang diadakan cukup meriah selain turut dihadiri oleh keluarga terdekat.-rotikaya

Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Tanggal 19 November lepas merupakan detik yang cukup bermakna buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.


Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 padi di Hospital Pantai, Bangsar.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.

Untuk pengetahuan, Idana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 24, merupakan artis pertama Malaysia yang melahirkan anak menggunakan teknik yang semakin popular dalam kalangan ibu di Malaysia.


Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Bersalin dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran dimana memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah diamalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerkia Syarikat, United Kingdom dan Eropah.

Farid dan Diana mendirikan rumahtangga pada 3 November 2003. Sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Muhammad yang kini berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.-Kisahbenarlah123

Friday, November 27, 2015

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu


Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu


Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.
“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.

Fouziah Gous Selamat Timang Cahaya Mata

Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Fouziah Gous kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Shah Alam.


Fouziah Gous Selamat Timang Cahaya Mata

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram dan turut disambut dengan ucapan serta tahniah daripada peminat mereka. Fouziah dan suami sebelum ini merahsiakan terlebih dahulu jantina anak mereka.


Fouziah Gous Selamat Timang Cahaya Mata

Semoga kehadiaran cahaya mata ini menguatkan lagi ikatan kekeluargaan yang terbina buat keluarga ini. Insha Allah!-gosipmalaysia

Thursday, November 26, 2015

Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Beberapa hari lepas, timbul khabar angin yang mengatakan aktres yang masih lagi tampak muda berbanding usianya, Maria Farida bakal berkahwin dengan rakan karibnya yang berpangkat Datuk.


Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Terbaru, Maria tengah hari tadi sudah sah bergelar isteri kepadad jejaka tersebut yang dikenali sebagai Datuk Rahman yang sebelum ini merupakan bekas suami kepada Karen Rahman  iaitu pengasas kepada produk kecantikan KR Beauty Care.

Berita beliau sudah bernikah dikongsi oleh aktres Fasha Sandha menerusi akaun Instagram miliknya.

Jom kita layan beberapa lagi foto sewaktu majlis akad nikah mereka.-beautifulnara

Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Maria Farida Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Rahman

Achey Bocey Perjelas Perkara Sebenar Untuk Elak Salah Faham

Tidak mahu memanjangkan perkara yang kini hangat diperkatakan, pelakon dan juga pelawak Achey menjelaskan bahawa terdapat salah faham terhadap perkara yang tersebar di sosial media baru-baru ini.


Achey Bocey Perjelas Perkara Sebenar Untuk Elak Salah Faham


Menurut Achey pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.
“Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah. Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga”

“Itu sahaja. Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun. Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku”

“Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti,” jelas Achey kepada mStar Online.

Maka, terjawablah sudah pertikaian dan juga salah faham di antara dua belah pihak ini yang tercetus di laman sosial media. Rupa-rupanya Achey berhubung dengan isteri pertama arwah Harun dan bukannya Surianti.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14. Sementara itu, menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.-rotikaya

Aril AF 7 Timang Cahaya Mata Pertama

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim 7 iaitu Aril selamat menimang cahaya pertama beliau selepas isterinya melahirkan seorang bayi lelaki pada 24 November lepas.


Aril AF 7 Timang Cahaya Mata Pertama


Bayi tersebut dilahirkan secara normal  tepat jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur dengan berat sebanyak 3.6 kilogram.

Perasaan sebak menyelubungi Aril ketika hendak mengazankan anaknya itu kerana terkenangkan arah abangnya Izwan Pilus kerana berkongsi tarikh lahir yang sama dengan anak lelakinya itu.
    Tiba-tiba saya terkenangkan arwah abang semasa mahu mengazankan anak saya. Saya dapat bayangkan betapa gembiranya dia jika masih ada. Tambah-tambah lagi tarikh lahir mereka sama iaitu pada 24 November.

    Ibu saya juga sangat gembira kerana dia turut berkongsi tarikh lahir dengan anak sulung saya. Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar.

Aril AF 7 Timang Cahaya Mata Pertama


Sebelum itu pada Selasa, Aril telah menulis status yang agak menyentuh hati dan  meluahkan rasa rindunya kepada arwah Izwan di akaun Instagram sebelum anak sulungnya dilahirkan.

Berikut adalah luahan hati Aril:
    Assalamualaikum,

    Hari ni 24hb nov 2015, bersamaan hari selasa, jam 1:27pm, haaa! Patutnya awal pagi semalam aku dah wish kat mak! Hehe lewat sikit takpe kot, happy birthday mak Normah Abdullah semoga panjang umur, di murahkan rezeki dan dilimpahi rahmat dari Allah swt, amin tak lupa jugak untuk arwah abg yang tersayang, khairil izwan pilus, kalau dia masih hidup, 36thn umur dia, tapi semuanya suratan takdir, ajal dan maut di tangan tuhan.. Rindu kat kau abg wan.

Di kesempatan ini, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Izwan Pilus. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.-beautifulnara

Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Selepas putus cinta dengan Joe Jonas, model terkenal Gigi Hadid tidak menunggu lama untuk mencari pengganti bila mana dia dikhabarkan sedang bercinta dengan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik.


Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Menurut sumber US Weekly, hubungan mereka baharu sahaja terjalin beberapa minggu lalu.


Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Pasangan itu dilaporkan berparti bersama di West Hollywood sejurus menghadiri acara American Music Awards, semalam.

Lepas Joe Jonas, Gigi Hadid ‘Couple’ Dengan Zayn Malik

Zayn, seperti yang diketahui peminatnya, sudah putus tunang dengan penyanyi Little Mix, Perrie Edwards, pada Ogos lalu. – MYNEWSHUB