Monday, November 30, 2015

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak

Kes perceraian pasangan selebriti Karisma Kapoor dan Sanjay Kapoor masih belum selesai. Pasangan yang sepatutnya bercerai secara rasmi pada 27 November lalu menunda sidang mahkamah berkenaan kes tersebut.

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak


Pihak Sanjay menerusi peguamnya mendakwa bahawa pelakon wanita itu melarang Sanjay bertemu dengan anak-anaknya.
“Kami meminta pihak mahkamah menunda kes ini kerana Karisma telah melanggar perjanjian dan tidak mengizinkan Sanjay bertemu anak kedua mereka.

“Walhal Sanjay bertanggungjawab membiayai kehidupan aktres itu dan anak-anak mereka sejak mengambil keputusan tinggal berasingan pada 2014,” ujar peguam, Aman Hirogani.

Manakala, pihak Karisma membantah tuduhan tersebut dan memberi kebebasan kepada Sanjay untu bertemu kedua-dua anak mereka.

Karisma turut mendakwa Sanjay tidak memberikan wang yang sepatutnya kepada dia dan anak-anak seperti dijanjikan.

Sejak mengambil keputusan berpisah, Sanjay menetap di Delhi, manakala, Karisma dan anak-anak di Mumbai.-mstar

Sunday, November 29, 2015

Shiha Percaturan Sertai Realiti TV Di Indonesia

Penyanyi Shiha Zikir berharap penglibatannya dalam pertandingan realiti televisyen D’Academy Asia dapat membuka mata masyarakat Malaysia terhadap bakat nyanyiannya.




Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 28, berkata, sejak kira-kira lima tahun dalam industri, dia gagal meletakkan namanya sebaris dengan artis popular tanah air.
“Saya harap pertandingan D’Academy Asia yang berlangsung di Jakarta Indonesia ini dapat membuka mata masyarakat di Malaysia.

“Sebelum ini saya sudah buat single dan ada album tetapi belum dapat meletakkan nama saya seperti yang saya mahu,” ujarnya kepada mStar Online.

Shiha
menyertai pertandingan realiti D’Academy Asia yang bermula pada 13 November lalu yang disiarkan di stesen TV Indosiar.

Dalam pertandingan tersebut, Shiha berjaya memperoleh markah tertinggi dalam kumpuln B bersama tiga peserta dari setiap negara lain iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.

Selain itu, Shiha turut mendapat pujian daripada juri selepas menyampaikan lagu Ratapan Anak Tiri dan Nirmala.

Dia juga berjaya mengumpul peminat sendiri dari negara jiran itu.
“Alhamdulillah, sejak mula bersiaran di TV Indosiar ramai peminat dari Indonesia yang menyokong saya.

“Walaupun bukan peserta dari negara itu, mereka tidak hentam dan kritik saya. Selain itu pengikut di Instgram saya juga meningkat 30,000 sejak tiga minggu lalu yang kebanyakkannya dari Indonesia,” ujarnya.

Program tersebut turut disertai oleh Mimi One Nation Emcee, Hazman, Fitri Hiswady dan Syuhada.

Malaysia turut menghantar juri dari Malaysia iaitu Mas Idayu, Datuk Suhaimi (Pak ngah) dan Zul 2 By 2.

Format pertandingan tersebut adalah berdasarkan 100 peratus markah daripada juri profesional.-mstar

Akim & Stacy Nikah Februari Di Sabah

Penyanyi Akim Ahmad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya penyanyi Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah.



Akim, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh pertunangan.
"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan.

"Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Akim berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan Semi Final Muzik Muzik 30 di Plaza Alam Sentral, di sini, pada malam Ahad.

Akim berkata, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarganya di Johor Baru.

Selain itu, kata Akim segala persiapan dan urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada pihak keluarga. 
"Persiapan kami sudah buat sedikit-sedikit, cuma yang besar akan diuruskan oleh keluarga, setakat ini segalanya berjalan lancar," ujarnya.

Tambah Akim, dia tidak sabar untuk bergelar suami dan mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.
Sementara itu, Stacy berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan sebarang fitnah ketika tempoh pertunangan.
"Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah," ujarnya.

Akim dan Stacy pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu.-mstar

Yus (Jambu) Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.


Yus (Jambu) Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas


Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.
"Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi memberitahu berita tersebut disampaikan oleh salah seorang rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
"Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan.

"Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang," ujarnya kepada mStar Online.

Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertaSinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi.

Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.

Perkembangan terbaharu yang diterima mStar Online kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.-mstar

Saturday, November 28, 2015

Preity Zinta Bakal Jadi Mrs. Preity Goodenough

Aktress cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.


Preity Zinta Bakal Jadi Mrs. Preity Goodenough

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.

Semoga berbahagia!-mynewshub

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Bagi peminat peminat Abam Bocey di luar sana, pastinya anda mengetahu bahawa bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh kelaurganya.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya. All the best untuk Abam dan juga pasangan. Semoga segala urusan ke fasa yang lebih serius dipermudahkan.-rotikaya
Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Black Hanifah kerana bakal menimang cahaya mata kedua. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi ini melalui akaun Instagram dengan gambar alat uji kehamilan.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Melalui perkongsian tersebut, Black dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya. Semoga keluarga ini akan terus membesar dan dilimpahi kebahagiaan serta terjaaga keselamatan isteri Black.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Pada bulan Jun lalu, Black telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai yang diadakan cukup meriah selain turut dihadiri oleh keluarga terdekat.-rotikaya

Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Tanggal 19 November lepas merupakan detik yang cukup bermakna buat pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle kerana telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka.


Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Mereka kali ini dikurniakan anak perempuan yang dilahirkan pada jam 4.05 padi di Hospital Pantai, Bangsar.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana saya bergelar bapa lagi. Tanggal 19 November lalu, isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 4.05 pagi di Hospital Pantai, Bangsar. Selamat datang ke dunia wahai anakku.

Untuk pengetahuan, Idana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 24, merupakan artis pertama Malaysia yang melahirkan anak menggunakan teknik yang semakin popular dalam kalangan ibu di Malaysia.


Diana Danielle Artis pertama Bersalin Guna Teknik Dalam Air

Bersalin dalam air katanya mampu mengurangkan kesakitan sewaktu proses kelahiran dimana memudahkan peralihan bayi dari rahim ke dunia luar. Kaedah ini sudah diamalkan beberapa tahun di negara barat seperti Amerkia Syarikat, United Kingdom dan Eropah.

Farid dan Diana mendirikan rumahtangga pada 3 November 2003. Sebelum ini mereka mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Muhammad yang kini berusia 2 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas kelahiran puteri mereka, semoga kebahagiaan anda sekeluarga akan bertambah dengan kehadiran orang baru.-Kisahbenarlah123

Friday, November 27, 2015

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu

Hakim Norsharidah Awang menjatuhkan hukuman pernjara 31 tahun itu terhadap Datuk Zainulabadin Mat Akhir, 64, yang juga bapa kepada pelakon Ummi Nazeera, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.


Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu


Datuk Zainulabadin didapati bersalah terhadap 10 pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen berhubung surat peletakan jawatan dan pemindahan saham milik isteri keduanya, sembilan tahun lepas.

Mengikut pertuduhan pertama sehingga 10, Zainulabadin didakwa menggunakan dokumen palsu sebagai tulen bagi beberapa dokumen bagi memindah milik 1.68 juta unit saham syarikat Mutiara Efektif (M) Sdn.Bhd., daripada Datuk Maziah Musa, 51, selaku pemberi pindah milik, kepada anak tertuduh, Ahmad Fikhri.

Bapa Ummi Nazeera Dipenjara 31 Tahun, Akhiri Penderitaan Ibu


Selain itu, dia juga dituduh menggunakan dokumen palsu untuk melantik anaknya, Ahmad Fikhri dan Nor A’khilah sebagai pengarah syarikat B.TIS Manufacturer Sdn. Bhd.

Dalam penghakiman, Norsharidah berkata keterangan ahli kimia kerajaan telah mengesahkan antara tulisan dan spesimen tanda tangan pengadu (Maziash) dalam kesemua dokumen yang dipertikaikan telah dipalsukan. Beliau menyifatkan kes itu berlaku disebabkan masalah keluarga yang bersifat tamak dan dendam.

Sejurus mendengar keputusan mahkamah, Maziah tidak dapat menahan sebak dan terus memeluk Ummi Nazeera dan anak lelakinya, Ahmad Nazreem yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya sehingga kes selesai. Ummi juga bersyukur dengan keputusan mahkamah tersebut.
“Saya mengagumi ibu saya yang begitu tabah melalui segalanya. Saya dan abang saya sentiasa di belakang ibu saya,” katanya dan menjelaskan segala keperitan ibunya telah berakhir, dipetik melalui portal The Rakyat Post.