Monday, November 30, 2015

Acong Rasa Bersalah Sebab Tak Tersingkir

Penyanyi kumpulan Sweet Child Acong akui rasa amat bersalah terhadap peserta Gegar Vaganaza 2 yang tersingkir dek kerana dirinya terpilih untuk imuniti Datuk Seri Vida.


Acong Rasa Bersalah Sebab Tak Tersingkir


Bagi Acong kesemua peserta yang telah meninggalkan pentas GV2 mempunyai kelebihan tersendiri dan layak menerima keistimewaan itu.

Namun, hakikatnya keputusan itu bukan di tangannya tetapi di tangan Datuk Seri Vida yang telah membuat keputusan memilihnya dirinya hasil daripada perbincangan bersama dengan juri tetap
“Rasa bersyukur tetapi ia juga satu cabaran yang sukar untuk mengekalkan mutu persembahan saya pada minggu depan.

“Saya kena berusaha lebih keras agar peluang yang diberikan ini tidak disia-siakan begitu sahaja.

“Memandangkan lagu untuk dinyanyikan pada minggu depan saya pun tak tahu. Jadi saya kena terima dengan hati terbuka untuk menggalas tanggungjawab itu dengan jayanya,” kata Acong kepada portal Murai.com.my.

Dalam pada itu, untuk minggu Rockdut, Acong juga mengalami masalah kesihatan iaitu sakit tekak secara tiba-tiba.

Demi mempertahankan kedudukan agar persembahannya tidak kelihatan hambar, maka dengan segera dia merawat sakitnya itu.
“Rasa sakit tekak bermula pada Jumaat lalu, pada masa yang sama peserta yang lain seperti Faradhiya turut alami sakit yang sama.

“Ketika sesi latihan saya perlu mengawal vokal agar tekak saya tidak semakin teruk. Pada minggu ini saya lihat semua memang bekerja keras dan terabai sedikit dengan kesihatan masing-masing.

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar, saya juga tidak tersingkir maka peluang yang telah diberikan perlu dilaksanakan dengan penuh dedikasi,” katanya mengakhiri bicara.-murai

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Nabila Huda yang mengesahkan bakal menamatkan zaman janda dengan kekasihnya, seorang pengurus restoran Kulcats sekitar Disember ini namun enggan mendedahkan tarikhnya.

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini


“Memang benar saya akan bernikah pada Disember ini. Namun, saya tidak boleh memberitahu tarikh pernikahan kerana banyak lagi urusan yang belum selesai. Tunggulah sehingga kad diedarkan”

“Saya tidak akan berkahwin secara sembunyi, tetapi akan menjemput semua pihak termasuk media,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! Online semalam. Semoga perjalanan hidup baru Nabila kali ini lebih sempurna dan dilimpahi bahagia hingga ke akhir hayat.-rotikaya

Nabila Akhiri Zaman Janda Disember Ini

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak

Kes perceraian pasangan selebriti Karisma Kapoor dan Sanjay Kapoor masih belum selesai. Pasangan yang sepatutnya bercerai secara rasmi pada 27 November lalu menunda sidang mahkamah berkenaan kes tersebut.

Karisma Kapoor Tidak Benar Bekas Suami Temui Anak


Pihak Sanjay menerusi peguamnya mendakwa bahawa pelakon wanita itu melarang Sanjay bertemu dengan anak-anaknya.
“Kami meminta pihak mahkamah menunda kes ini kerana Karisma telah melanggar perjanjian dan tidak mengizinkan Sanjay bertemu anak kedua mereka.

“Walhal Sanjay bertanggungjawab membiayai kehidupan aktres itu dan anak-anak mereka sejak mengambil keputusan tinggal berasingan pada 2014,” ujar peguam, Aman Hirogani.

Manakala, pihak Karisma membantah tuduhan tersebut dan memberi kebebasan kepada Sanjay untu bertemu kedua-dua anak mereka.

Karisma turut mendakwa Sanjay tidak memberikan wang yang sepatutnya kepada dia dan anak-anak seperti dijanjikan.

Sejak mengambil keputusan berpisah, Sanjay menetap di Delhi, manakala, Karisma dan anak-anak di Mumbai.-mstar

Sunday, November 29, 2015

Shiha Percaturan Sertai Realiti TV Di Indonesia

Penyanyi Shiha Zikir berharap penglibatannya dalam pertandingan realiti televisyen D’Academy Asia dapat membuka mata masyarakat Malaysia terhadap bakat nyanyiannya.




Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 28, berkata, sejak kira-kira lima tahun dalam industri, dia gagal meletakkan namanya sebaris dengan artis popular tanah air.
“Saya harap pertandingan D’Academy Asia yang berlangsung di Jakarta Indonesia ini dapat membuka mata masyarakat di Malaysia.

“Sebelum ini saya sudah buat single dan ada album tetapi belum dapat meletakkan nama saya seperti yang saya mahu,” ujarnya kepada mStar Online.

Shiha
menyertai pertandingan realiti D’Academy Asia yang bermula pada 13 November lalu yang disiarkan di stesen TV Indosiar.

Dalam pertandingan tersebut, Shiha berjaya memperoleh markah tertinggi dalam kumpuln B bersama tiga peserta dari setiap negara lain iaitu Indonesia, Singapura dan Brunei.

Selain itu, Shiha turut mendapat pujian daripada juri selepas menyampaikan lagu Ratapan Anak Tiri dan Nirmala.

Dia juga berjaya mengumpul peminat sendiri dari negara jiran itu.
“Alhamdulillah, sejak mula bersiaran di TV Indosiar ramai peminat dari Indonesia yang menyokong saya.

“Walaupun bukan peserta dari negara itu, mereka tidak hentam dan kritik saya. Selain itu pengikut di Instgram saya juga meningkat 30,000 sejak tiga minggu lalu yang kebanyakkannya dari Indonesia,” ujarnya.

Program tersebut turut disertai oleh Mimi One Nation Emcee, Hazman, Fitri Hiswady dan Syuhada.

Malaysia turut menghantar juri dari Malaysia iaitu Mas Idayu, Datuk Suhaimi (Pak ngah) dan Zul 2 By 2.

Format pertandingan tersebut adalah berdasarkan 100 peratus markah daripada juri profesional.-mstar

Akim & Stacy Nikah Februari Di Sabah

Penyanyi Akim Ahmad mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dengan tunangannya penyanyi Stacy atau nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam, 25, pada Februari depan di kediaman wanita itu di Sabah.



Akim, atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, 24, berkata, mereka mempercepatkan tarikh perkahwinan bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh pertunangan.
"Kami percepat tarikh nikah iaitu pada Februari depan kerana saya tidak mahu bertunang lama-lama kerana kalau ikutkan perkenalan kami bukan baru, kami sudah enam tahun berkawan.

"Bagaimanapun, tarikh nikah saya akan umum bila kad jemputan siap untuk diedar tidak lama lagi," ujarnya kepada mStar Online.

Akim berkata demikian ketika ditemui selepas persembahan Semi Final Muzik Muzik 30 di Plaza Alam Sentral, di sini, pada malam Ahad.

Akim berkata, majlis pernikahan akan diadakan di kediaman wanita itu di Penampang, Sabah, manakala majlis resepsi akan berlangsung di rumah keluarganya di Johor Baru.

Selain itu, kata Akim segala persiapan dan urusan perkahwinan sudah diserahkan kepada pihak keluarga. 
"Persiapan kami sudah buat sedikit-sedikit, cuma yang besar akan diuruskan oleh keluarga, setakat ini segalanya berjalan lancar," ujarnya.

Tambah Akim, dia tidak sabar untuk bergelar suami dan mempunyai sebuah keluarga yang sempurna.
Sementara itu, Stacy berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dalam masa terdekat ini bagi mengelakkan sebarang fitnah ketika tempoh pertunangan.
"Saya setuju kerana kami sudah lama berkawan dan yang penting keluarga sudah setuju. Lagi pula saya rasa tidak manis bertunang lama-lama kerana kami sering keluar bersama, walaupun atas urusan kerja ia boleh menimbulkan fitnah," ujarnya.

Akim dan Stacy pada 26 September lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam, Johor Baru, Johor pada 24 Ogos lalu.-mstar

Yus (Jambu) Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas

Pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Edoo, 39, meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi Isnin.


Yus (Jambu) Meninggal Dunia Akibat Sesak Nafas


Pelawak Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, memberitahu berita tersebut menerusi laman sosial Facebooknya.
"Minta kawan-kawan sedekahkan Al Fatihah kepada arwah," tulisnya.

Sementara itu, Afdlin yang dihubungi memberitahu berita tersebut disampaikan oleh salah seorang rakannya iaitu pelakon Angeline Tan.
"Saya tidak tahu terperinci tentang itu, namun berita itu disampaikan oleh salah seorang rakan iaitu pelakon Angeline Tan.

"Katanya, mereka baru pulang dari Konsert Raja Band di Dataran Merdeka dan dalam perjalanan pulang arwah sesak nafas. Jenazahnya masih berada di Hospital Selayang," ujarnya kepada mStar Online.

Allahyarham dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan dibesarkan di Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.

Kerjaya seni beliau bermula bila menyertaSinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 2001 anjuran TV3.

Pada tahun 2007 Yus mencuba nasib di program Raja Lawak terbitan Astro yang pertama kali diadakan dan berjaya menjadi Juara program tersebut pada 11 Mac 2007.

Menerusi pertandingan itu yang diundi peminat secara khidmat pesanan ringkas (SMS), Yus menerima hadiah berupa kereta antik iaitu TD 2000 dan wang tunai RM20,000.

Bagaimanapun tidak lama kemudian Yus menjual kereta kemenangan itu kepada seorang taukeh Cina di Ipoh kerana kesempitan wang akibat tiada tawaran selepas menjuarai pertandingan berkenaan.

Yus juga dalam sebuah artikel turut memberitahu dia terkejut apabila dalam satu pemeriksaan kesihatan, doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung selain tahap kolestrol dalam badan terlalu tinggi.

Pada tahun 2011 pula, Allahyarham bergandingan dengan Tauke dan menyertai Maharaja Lawak 2011 dengan membentuk kumpulan Jambu dan mendapat tempat ke-4 keseluruhan program tersebut.

Perkembangan terbaharu yang diterima mStar Online kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin, jenazah telah dibawa pulang ke kampungnya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar, Perlis.-mstar

Saturday, November 28, 2015

Preity Zinta Bakal Jadi Mrs. Preity Goodenough

Aktress cantik Hindustan, Preity Zinta, 40, dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga awal tahun depan.


Preity Zinta Bakal Jadi Mrs. Preity Goodenough

Menurut laporan Bollywoodlife, Preity kini berpacaran dengan seorang jejaka Amerika Syarikat, Gene Goodenough.

Preity bertemu Gene, 30, seorang penganalisis kewangan di Los Angeles ketika pelakon itu sedang bercuti di negara Uncle Sam, beberapa tahun lalu.

Yang menariknya, ramai peminat sukakan kombinasi nama Preity apabila digabungkan dengan nama keluarga bakal suaminya yang dianggap sangat unik iaitu Preity Goodenough.

Semoga berbahagia!-mynewshub

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Bagi peminat peminat Abam Bocey di luar sana, pastinya anda mengetahu bahawa bagaimana pelakon dan pelawak ini kecewa beberapa kali apabila melibatkan kisah cinta. Namun kini tidak lagi apabila Abam telah berjumpa dengan pilihan hati yang turut disenangi oleh kelaurganya.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


“Ya, saya sedang berkawan dengan seorang wanita. Perkenalan itu masih lagi baru. Saya mengenalinya melalui salah satu aplikasi laman sosial kira-kira dua bulan lalu. Memang kebiasaan, kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya akan perkenalkan kepada ibu terlebih dulu”

“Saya sudah bawa dia jumpa dengan ibu untuk duduk semeja makan sama-sama. Dia nampaknya memang boleh ‘masuk’ dengan ibu saya. Ibu saya pun selesa dengan gadis itu. Dia berasal dari Lahad Datu, Sabah. Cumanya, sekarang ini dia tinggal di Shah Alam, Selangor”

“Saya belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu bapanya lagi. Bagaimanapun, saya akan berjumpa dengan abangnya yang juga tinggal di Semenanjung terlebih dulu,” jelasnya kepada portal Kosmo! Online.

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Selain itu, Abam turut berkongsi bahawa wanita berkenaan mula meminati dirinya selepas menonton program masakan selain turut memahami kerjayanya. All the best untuk Abam dan juga pasangan. Semoga segala urusan ke fasa yang lebih serius dipermudahkan.-rotikaya
Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga

Gadis Sabah Pikat Hati Abam Bocey & Keluarga


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada Black Hanifah kerana bakal menimang cahaya mata kedua. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi ini melalui akaun Instagram dengan gambar alat uji kehamilan.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Melalui perkongsian tersebut, Black dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminatnya. Semoga keluarga ini akan terus membesar dan dilimpahi kebahagiaan serta terjaaga keselamatan isteri Black.


Black Hanifah Bakal Timang Anak Kedua

Pada bulan Jun lalu, Black telah mengadakan majlis aqiqah buat anak pertamanya, Khaleef Dayyan di Dewan N’dah Mahligai yang diadakan cukup meriah selain turut dihadiri oleh keluarga terdekat.-rotikaya