Friday, January 8, 2016

Fokus Dan Sasaran Siti Nurhaliza Tahun 2016

Mengakui tahun 2015 merupakan tahun yang mencabar buat dirinya, penyanyi Siti Nurhaliza menjelaskan bahawa dia mahu lebih fokus untuk hamil pada tahun ini selain mengehadkan pembabitannya dalam bidang nyanyian.

Fokus Dan Sasaran Siti Nurhaliza Tahun 2016


“Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tabun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahu lalu mengagajar Siti untuk lebih berhati-hati. Siti anggap ia satu peringatan TUhan supaya lebih menjaga kesihatan diri”

“Ketika mula-mula Siti Hamil, ia adlah sesuatu uang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert. Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaa memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat”

“Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016,” jelas Siti kepada BH Plus. Bagaimanapun penyanyi ini masih akan menerima tawaran persembahan untuk skala kecil.

Semoga apa yang diharapkan oleh Siti Nurhaliza akan menjadi kenyataan malah dalam masa yang sama dapat membawa sinar baru di dalam kehidupan keluarga tersebut. Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan berita gembira daripada Siti kali ini.-rotikaya

Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Neelofa yang kini berada di New York telah memuatnaik sekeping gambar di Instagram menceritakan mengenai masalah yang dihadapinya berikutan kegagalan transaksi pembayaran yang tertangguh selama empat jam.


Tunggu Empat Jam, Neelofa Kesal Layanan Bank Tempatan

Dalam kenyataannya di laman sosial tersebut, Neelofa meluahkan rasa kesalnya terhadap perkhidmatan bank tempatan tersebut yang membuatkannya terpaksa menunggu daripada pukul 12.30 tengahari sehinggalah 4.40 petang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Perkara tersebut mendapat reaksi berbaur di laman Instagram. Selain ada yang menyatakan turut menghadapi masalah yang sama, ada juga peminat yang kurang selesa dan mendakwa Neelofa bagaikan ingin menunjuk-nunjuk.-rotikaya

Thursday, January 7, 2016

Salwa Razak Ditipu Kekasih?

Pelakon dan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Ahmad’, Salwa Razak mendedahkan dirinya telah ditipu ‘hidup-hidup’ dengan bekas teman lelakinya yang rupanya berstatus suami orang, sejak enam bulan lalu.


Salwa Razak Ditipu Kekasih?


Menurut Salwa, pada awal berkenalan dia pernah bertanyakan status lelaki itu. Namun, menurut lelaki itu dia adalah seorang duda anak dua.

Bagaimanapun, setelah bersama selama enam bulan, Salwa memberitahu dia mula mencurigai sikap kekasihnya yang sesuka hati datang dan pergi.

Hal itu membuatkan Salwa cuba dapatkan nombor telefon isteri lelaki itu sebelum terkejut mengetahui wanita itu dan kekasihnya tidak pernah bercerai apatah lagi pergi ke mana-mana mahkamah syariah.
“Jadi pengakuan ini sudah cukup membuktikan mereka masih sah suami isteri. Saya tak kecewa kehilangan dia tetapi saya terluka kerana ditipu. Sampai hati dia tipu saya,” kata Salwa.

Selain itu, Salwa mendakwa kini bekas teman lelaki itu menuduh dia mencuri wang sebanyak RM1,000.
“Ia sangat mengarut sebab memang betul saya pakai duit tu. Itupun dia yang cakap, ‘kalau awak nak pakai duit awak tau nak ambil kat mana.’ Jadi saya gunakan dan dah pun diganti semula.

“Lama dah saya ganti tapi itulah sebab yang dia gunakan untuk kenakan saya atau apa. Tapi bagi saya ia tidak berasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Salwa turut mendedahkan bekas teman lelakinya itu juga merupakan seorang pelakon. –mynewshub

Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya

Kejayaan Gegar Vaganza siaran Astro Ria sehingga menjadi fenomena menyebabkan satu konsert bakal diadakan bagi menghimpunkan artis rancangan itu.


Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya


Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata, konsert berkenaan bakal disertai  peserta dari musim pertama dan kedua yang bertujuan memberi ruang peminat mendekati mereka dengan lebih dekat.
"Saya percaya ramai yang tidak berkesempatan menyaksikan Gegar Vaganza tidak kira pada musim pertama atau kedua. Jadi ini adalah peluang buat para peminat menyaksikan persembahan idola mereka dengan lebih dekat.

"Malah sepanjang tiga hari persembahan, para artis akan tampil dengan persembahan yang berlainan," katanya kepada mStar Online pada sidang media konsert berkenaan di Istana Budaya di sini pada Khamis.


Persembahan yang dikenali sebagai Konsert Mega Gegar Vaganza itu bakal diadakan di Istana Budaya selama tiga hari bermula 15 Januari ini.

Konsert Mega Gegar Vaganza Bakal Gamatkan Istana Budaya

Antara artis yang akan terlibat dalam konsert itu  termasuklah Siti Nordiana, Ayai (Ilusi), Farahdhiya, Ezad Lazim, Nassier Wahab, Rahmat (Mega), Haleeda, Achong, Haiza, Amir (Ukays) dan Sheeda.

Ia ditaja oleh pengasas produk Qu Puteh iaitu Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida.

Raqim berkata , konsert selama dua jam setengah itu menampilkan seramai 13 penyanyi pada setiap malam dengan jumlah keseluruhan melibatkan lebih 20 buah lagu.

Persembahan pada malam itu akan diiringi 63 pemuzik profesional dan penyanyi latar di bawah iringan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) pimpinan konduktor Mohd Yazid Zakaria.

Tiket menyaksikannya dijual pada harga RM89,RM189, RM239,RM349,RM399 dan RM899.

Ia boleh dibeli menerusi www.ticketcharge.com.my yang dijual sejak Khamis-mstar

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden

Penyanyi Siti Nordiana berkata kebanyakan peminatnya tidak gemar melihat dia berpakaian terlalu moden.

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden


Siti Nordiana atau lebih mesra dengan sapaan Nana, 31, berkata, teguran itu boleh diterimanya memandangkan dia sendiri melihat dirinya kurang sesuai berpakaian secara berlebih-lebihan.

"Memang sekarang ini peminat-peminat begitu prihatin dengan setiap pergerakan dan pemakaian saya.

"Sampaikan gincu mana yang sesuai dan tidak sesuai pun mereka bercakap. Cuma mereka tidak suka jika saya terlalu 'urban' dalam berpakaian. Pernah sekali saya memakai 'jumpsuit' dan mereka tegur," katanya kepada mStar Online.

Nana ditemui pada majlis sidang media Konsert Mega Gegar Vaganza di Istana Budaya di sini pada Khamis.


Beritahu Nana, sebagai seorang penyanyi yang kembali bersinar dalam industri seni tempatan, dia  begitu peka dengan setiap teguran daripada peminat-peminatnya.

Peminat Enggan Lihat Siti Nordiana Berimej Moden


Malah kemana-mana sahaja dia pergi, peminat akan diberi keutamaan tidak kira jika mereka mahu bergambar atau bersalaman.
"Berbeza dengan dahulu, jika saya penat, saya tidak akan layan peminat. Tetapi sekarang lain.

"Mereka banyak menaikkan saya dan kerana itu saya tidak mahu menghampakan mereka dan akan layan sebaiknya," ujar Nana.-mstar

Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya

Pelakon Fizo Omar menganggap ulasan sebuah blog yang mengkritik tentang makanan dan perkhidmatan di restoran miliknya iaitu FizoMawar Kitchen bukan dibuat dengan cara yang betul.


Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya


Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 30, berkata, kritikan itu memberi persepsi buruk kepada perniagaannya yang baharu sahaja beroperasi selama tiga minggu.
"Saya bukan tidak boleh terima kritikan orang ramai tentang kelemahan restoran saya tetapi cara penulisan dan niat sebuah blog dalam ulasannya baru-baru seperti berniat tidak baik.

"Kita boleh baca penulisan tersebut dan menilai niat penulis itu untuk menegur. Apa salahnya dia menegur dengan cara yang lebih baik seperti menghantar e-mel atau mesej peribadi kepada saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Fizo berkata demikian selepas ulasan sebuah blog Kisah Emas Putih terhadap restoran miliknya FizoMawar Kitchen yang dikatakan tidak memuaskan apabila perkhidmatan terlalu lambat dan makanan tidak seperti diharapkan.

Restoran FizoMawar Kitchen yang terletak di Bandar Baru Bangi dilancarkan secara rasmi pada 15 Disember 2015.

Dalam pada itu, Fizo menjelaskan, sejak pembukaan restoran tersebut tiga minggu lalu, mereka menerima kehadiran pelanggan yang terlalu ramai hingga sukar dikawal.

Katanya, pelanggan yang diluar jangkaan itu membuatkan perkhidmatan restoran tersebut agak perlahan.
"Sejak dibuka memang terlalu ramai yang datang sehingga tiada tempat duduk dan pekerja yang pada awalnya hanya 15 orang terus saya tambah menjadi 30 orang.

"Saya akui perkhidmatan agak lambat kerana restoran ini baru beroperasi dan kami masih mencari sistem yang terbaik agar semua berjalan lancar. Saya juga minta maaf jika ada yang menunggu hidangan agak lama kerana setiap makanan kami ada prosuder operasi yang perlu diikuti setiap pekerja," ujarnya.

Sementara itu, Fizo meminta pelanggannya agar memberi peluang restoran tersebut memperbaiki kelemahan sedikit demi sedikit berikutan ia masih lagi baharu.

Selain itu, katanya, pembukaan restoran tersebut juga  telah memberi peluang pekerjaan kepada 30 rakyat Malaysia sebagai punca pendapatan.
"Saya terkilan kerana penulis blog tersebut merupakan orang Melayu dan sepatutnya dia menyokong kita yang sama bangsa untuk berniaga.

"Saya buka restoran ini pun memberi peluang pekerjaan kepada orang lain dan saya tidak pernah mengambil pekerja luar seperti Indonesia atau Bangladesh.

"Kalau saya hanya fikirkan tentang bajet atau mahu kaut keuntungan sudah tentu saya ambil pekerja luar sahaja kerana mereka lebih murah," ujarnya.

Sementara itu, penulis blog Kisah Emas Putih, Siti Aminah, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat jahat untuk menjatuhkan perniagaan pelakon tersebut.

Fizo Omar Tegur Penulis Blog Kritik Servis Restorannya


Katanya, apa yang ditulis di blog miliknya itu merupakan pengalaman yang dilalui sendiri di restoran berkenaan.
"Saya sudah membuat pelbagai ulasan selama enam tahun di blog saya tapi saya akui ini kali pertama saya buat ulasan yang buruk kerana pengalaman yang saya lalui di restoran tersebut.

"Namun saya tidak sangka ramai yang baca dan viralkan perkara itu sehingga menjejaskan perniagaan restoran terbabit. Saya sudah minta maaf secara peribadi kepada pelakon itu andai perniagaannya terkesan dengan penulisan saya," ujarnya.-mstar

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pelakon dan penyanyi wanita terkenal dari Singapura, Hetty Sarlene Abdul Hamid sah sudah pun bertunang dengan seorang jejaka kacak berasal dari Britain bernama Daniel Oakes.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Agensi berita tempatan, MediaCorp pada Khamis malahan diberitahu, Hetty Sarlene juga telah pun membuat perancangan untuk melangsungkan perkahwinannya itu pada pertengahan tahun ini.

Sebelum ini terdapat pelbagai spekulasi ‘panas’ menerusi media sosial mengenai siapakah jejaka bertuah yang bakal berjaya ‘curi hati’ aktres serta penyanyi kelahiran Singapura berusia 31 tahun itu.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Pernah popular melalui drama bersiri Sembilu arahan Datuk Yusuf Haslam, dia sempat berkongsi status terkini dan memuat naik gambar dirinya mengikat pertunangan di London pada 25 Disember 2015.

Hetty Sarlene yang pernah glamor menerusi lagu duet bersama Anuar Zain berjudul Demi Cinta Kita itu turut memuat naik gambar cincin pertunangan menerusi akaun Instagram miliknya minggu lepas.

Menurut penyanyi Melayu Islam yang sinonim dengan lagu-lagu hits seperti Rindu Aku Rindu dan Sangsi Asmara di Instagram, dia mengesahkan jejaka Inggeris bernama Daniel merupakan tunang beliau kini.

Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Memandangkan tuan punya diri belum kembali ke Singapura, Mediacorp sempat menghubungi ibu Hetty Sarlene, Sariah Omar yang juga pengurus Hetty untuk mendapatkan respons mengenai perkhabaran gembira itu.

Awalnya, ibu Hetty Sarlene agak keberatan bercakap mengenai pertunangan anaknya memandangkan majlis pertunangan bersama Daniel adalah ‘tertutup’ dan secara kecil-kecilan sahaja dihadiri ahli keluarga.

Bahkan, beliau secara jujurnya mengatakan mereka sebenarnya belum bersedia untuk berkongsi cerita kepada pihak media mengenai berita pertunangan secara mengejut Hetty Sarlene pada ketika ini.Namun beliau mengalah juga setelah dipujuk: “Kalau sesiapa sudah tengok di Instagram, tengoklah. Kita tak nak uar-uarkan sangatlah. Tapi untuk hari bahagia mereka nanti, memang kakak akan bagi tahu media.”

Yang pasti, majlis perkahwinan Hetty Sarlene dan pasangannya dijangka akan berlangsung pada pertengahan tahun 2016 nanti di Singapura yang turut akan dihadiri oleh anggota keluarga pihak Daniel.


Hetty Sarlene Sah Tunang ‘Mat Saleh’

Apa pula komen ibu Hetty Sarlene mengenai bakal menantu beliau? Jawabnya: “Dia dah memeluk Islam, jadi keluarga di sana nak jumpa. Mak dia (Daniel) nak sangat tengok siapakah bakal menantu mereka.“

Selain itu, Sariah tidak menafikan bahawa anaknya akan ke Kuala Lumpur selepas cuti Tahun Baru Cina bagi berbincang dengan pihak syarikat rakaman NSR mengenai pembikinan single terbaharu penyanyi tersebut.

Kali terakhir Hetty Sarlene merakamkan single adalah pada tahun 2010 lalu menerusi lagu Siapa Diriku Di Sisimu dan menurut ibu artis itu lagi: “Insya Allah, ia akan dirakamkan sebelum Hetty berkahwin nanti.”

Mungkinkah judul lagu single terbaharu Hetty menggambarkan kebahagiaan yang sedang dikecapi dia kini bersama-sama jejaka pilihan hatinya? Kita nantikan sahaja!!! – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Furious 7 Menang Filem Pilihan ‘People Choice Awards’

FURIOUS 7 memenangi kategori Filem Pilihan dan Filem Aksi Pilihan pada majlis anugerah People Choice Awards 2016 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat sebentar tadi.

Furious 7 Menang Filem Pilihan ‘People Choice Awards’

Sementara bagi kategori Drama TV Terbaik pula dimenangi sitkom The Big Bang Theory.

Hos terkenal Ellen DeGeneres pula menerima Anugerah Khas ‘Humanitarian’ dan Hos Terbaik.

Majlis anugerah ini dihoskan oleh pelakon Jane Lynch.

Di bawah adalah senarai penuh pemenang People’ Choice Awards:

Filem: “Furious 7“

Pelakon Lelaki: Channing Tatum

Pelakon Wanita: Sandra Bullock

Filem Aksi: “Furious 7“

Filem Komedi: “Pitch Perfect 2“

Filem Drama: “The Martian“

Filem Keluarga: “Minions“

Filem Thriller: “Taken 3“

Rancangan TV: “The Big Bang Theory“

Network TV Komedi: “The Big Bang Theory“

Network TV Drama: “Grey’s Anatomy“

Cable TV Komedi: “It’s Always Sunny in Philadelphia“

Cable TV Drama: “Pretty Little Liars“

Rancangan TV Pertandingan: “The Voice“

Siri Streaming: “Orange is the New Black“

Rancangan TV Animasi: “The Simpsons“

Muzik Lelaki: Ed Sheeran

Muzik Wanita: Taylor Swift
-mynewshub

Saturday, January 2, 2016

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?

Sebelum ini, pelakon Nas-T pernah menyatakan bahawa dia selesa berkawan dengan model busana muslimah Atitah Haris dan khabarnya dari sumber kami, mereka dilihat menghadiri kursus kahwin yang bersama-sama.


Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Jika dilihat kepada beberapa siri gambar yang dikongsikan di Instagram Atitah, mereka juga sering keluar bersama-sama ditemani oleh anak Atitah sendiri. Malah ada peminat yang bagaikana dapat menghidu mengenai hubungan yang terjalin di antara mereka.

Nas-T, Atitah Haris Pergi Kursus Kahwin Bersama?


Melalui portal Mangga Online sebelum ini, Nas-T juga menjelaskan bahawa dia cukup serasi dengan wanita berkenaan malah tidak menafikan jika ada peminat yang mengatakan mereka bercinta. Macam sudah tidak lama kalau sudah pergi kursus kahwin ini. Jika betul, moga semuanya baik-baik belaka.
“Kalau ada yang mengatakan kami bercinta, terpulanglah… sebab setiap individu punya hak untuk menilai. Saya tidak mahu beri komen tentang cinta. Sebagai manusia, kita sememangnya digalakkan untuk berkawan dengan ramai orang”

“Memanglah teringin untuk mencari pengganti. Tidak ada siapa yang mahu hidup keseorangan. Saya tidak mahu terlalu mencari cinta kerana takut nanti kecewa lagi. Hanya berserah pada rezeki saya di masa akan datang,” katanya dipetik melalui portal tersebut.-rotikaya

5 Lagi Foto Atitah dan Nas-T Disni