Sunday, February 21, 2016

Penyanyi Popular Ditahan Kerana Aktiviti Pelacuran

Penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Hesty Klepek-Klepek ditahan pihak polis di sebuah hotel di Lampung selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran.


Penyanyi Popular Ditahan Kerana Aktiviti Pelacuran

Kapan lagi melaporkan ketika serbuan dibuat polis kira-kira pukul 3 pagi itu, seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' dikenali sebagai Kiki turut berada dalam bilik berkenaan.

Polis turut merampas beberapa barang milik penyanyi lagu Cintaku Klepek-Klepek itu termasuk kondom dan sejumlah wang tunai.

Terdahulu, media di Indonesia melaporkan Hesty terlibat dalam aktiviti tidak bermoral berkenaan namun disangkal oleh pihak pengurusannya.

Hasil siasatan polis juga membawa kepada penangkapan beberapa 'bapa ayam' lain dan mangsa yang dijadikan pelacur termasuk beberapa gadis bawah umur.

Hesty dan Kiki masih ditahan oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat bagi mendapatkan butiran lebih lanjut berhubung kejadian itu.-mstar

Tuesday, February 16, 2016

Almy Nadia Kini Hamil Anak Kedua?

Jika melihatkan daripada gambar yang dikongsikan bersama di Instagram pasangan ini, nampak gayanya Almy Nadia mungkin juga sudah berbadan dua kini. Jika benar, ia pastinya berita yang cukup gembira buat pasangan ini.


Almy Nadia Kini Hamil Anak Kedua?

Perkara tersebut sememangnya menjadi perbualan di laman komen pasangan tersebut. Malah walaupun Almy mahupun suaminya, Fizz Fairuz belum mengumumkan apa-apa, peminat sudah pun mengucapkan tahniah.


Almy Nadia Kini Hamil Anak Kedua?

Almy Nadia Kini Hamil Anak Kedua?

Apa pun, semoga segala apa yang ditempuhi pasangan ini akan dipermudahkan. Kami pasti, jika Fizz atau Almy sudah bersedia berkongsi, pasti mereka akan menjelaskannya kepada peminat.-rotikaya

Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Gara-gara berkongsi gambar menjelirkan lidah ketika berada di Tanah Suci bersama suami melalui Instagram, pelakon Sharifah Sakinah telah dikecam sesetengah peminat dan pengikutnya di laman sosial tersebut.


Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Seperti biasa, ruang komen menjadi medan untuk mengira dosa dan pahala Sakinah selain masing-masing menyuarakan pendapat berkaitan tingkah laku Sakinah yang dianggap kurang sopan dilakukan ketika berada di sana. Malah ada juga yang sempat bercerita pengalaman mereka ketika di sana. Okay.


Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Apa pun, segala niat hanya empunya badan saja yang tahu. Doakan yang baik-baik saja sudahlah. Kami kongsikan buat anda beberapa lagi keping gambar pasangan suami isteri ini menunaikan umrah di sana.-rotikaya


Jelir Lidah Di Tanah Suci, Sharifah Sakinah Dikecam Peminat

Yatt Hamzah Bakal Kahwini Lelaki Lebih Muda?

Tidak dapat dipastikan sama ada cerita tentang Yatt Hamzah bakal berkahwin pada pagi 27 Februari tahun ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor adalah benar ataupun sekadar khabar angin.


Yatt Hamzah Bakal Kahwini Lelaki Lebih Muda?

Hanya Yatt Hamzah sahaja yang boleh memberitahu adakah perkara itu betul atau sebaliknya. Ada pihak mendakwa bahawa Yatt bakal berkahwin dengan seorang jurugambar yang usianya muda 10 tahun daripadanya.

Jurugambar tersebut juga didakwa sebagai orang ketiga yang muncul dalam hubungan rumah tangga Yatt sebelum ini sehingga berlakunya perceraian.

Tetapi, Yatt bagaimanapun pernah menafikan sekeras-kerasnya bahawa keretakan rumah tangganya itu adalah berpunca daripada kemunculan orang ketiga.
“Tidak. Saya sangkal khabar angin yang mengatakan perceraian itu berlaku kerana orang ketiga. Itu tidak benar. Tapi sebagai selebriti, biasalah, apa yang berlaku berkaitan diri kita mesti diberikan perhatian.” katanya.-mynewshub

Punca Sebenar Fara Fauzana Tinggalkan Hot FM

Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Binti Mohd. Fadzil yang berkhidmat di HotFM sejak tahun 2006 bakal menamatkan khidmatnya selepas 10 tahun di stesen radio yang sama.


Punca Sebenar Fara Fauzana Tinggalkan Hot FM


Pengumumam mengenai perkara itu dibuat oleh Pengarah Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul yang dahulunya juga merupakan seorang penyampai radio selain disahan sendiri Fara.

Fara mengakui bahawa pengunduran ini bertujuan untuk mendekatkan diri dengan Tuhan, sekali gus memberi ruang untuk dirinya sendiri.
“10 tahun saya bersama HotFM, banyak pengalaman dan ilmu yang saya dapat. Saya berhenti bukan nak pindah ke radio lain tapi untuk member ruang kepada diri saya dan ingin mendekatkan diri dengan Allah” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada majlis sidang media pengumuman pengunduran empat penyampai HotFM. termasuk ada dipindahkan ke stesen Ultra FM 101.3 yang baharu diambil alih syarikat Media Prima Berhad.

Kekangan masa dan jadual yang begitu padat juga antara faktor yang menyebabkan Fara membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya sebagai penyampai radio.
“Contohnya kalau saya nak ke usrah kadang-kadang tak dapat nak hadir sebab dijalankan pada waktu pagi ketika saya bertugas. Selain itu, masa untuk saya memberi perhatian kepada kerja-kerja kebajikan juga terhad.

“Apabila sudah berhenti inilah masanya untuk saya memenuhi tuntutan tersebut,” katanya lagi.-mynewshub

Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Peminat dan pengikut akaun instagram Dato’ Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris mula beranggapan rumah tangga aliff kini sedang mengalami masalah ekoran sebuah gambar yang dimuat naik olehnya.


Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Ada kemungkinan gambar itu hanya adalah salah satu strategi pemasaran yang dilakukan untuk menarik minat orang ramai berkongsi perkara tersebut menerusi laman sosial.

Gambar itu juga barang kali membawa jenamanya, @alifffsyukriterlajaklaris.


Rumah Tangga Goyah, Aliff Syukri Patah Hati?

Selain dari memuat naik gambar yang mencetuskan pelbagai khabar angin itu, Alif dan isterinnya, Datin Nur Shahida juga telah memadamkan gambar terkini mereka bersama di akaun instagram masing-masing.

Yang tinggal hanyalah gambar-gambar lama milik mereka. Mungkinkah ini juga secara kebetulan?-mynewshub

Saturday, February 13, 2016

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Hebat juga cerita yang tersebar mengenai bekas finalis Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adel yang dikatakan bercinta dengan suami orang. Tidak mudah membuat keputusan melulu, Adel mengakui dirinya sedang menjalinkan hubungan cinta dengan suami orang yang mempunyai tiga cahaya mata.


Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang


“Benar, dia suami orang. Tetapi kekasih saya sudah melafazkan cerai kepada isterinya sebelum kami kenal dan rasmi sebagai pasangan kekasih. Saya mengenali ‘Mr. MA’ selepas dikenalkan oleh teman rapat, namun kami serius menjalinkan hubungan cinta sejak sebulan yang lalu”

“Perbualan yang tersebar di laman sosial itu bukan perbualan antara saya dengan ‘Mr. A’. Saya juga tidak pernah memaksa dia untuk menceraikan isterinya. Itu semua fitnah oleh pihak yang tidak berpuas hati dan berniat mahu memalukan saya,” jelasnya.

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

“Buat masa sekarang, biarlah dia menyelesaikan masalah rumah tangganya dulu. Saya tidak mahu memaksa dia untuk mempercepatkan proses perceraian kerana bagi saya, kalau ada jodoh, adalah”

“Saya hanya berserah kepada takdir. Kalau itu adalah jodoh tidak kira dengan sesiapa pun, saya terima seadanya dan tiada masalah untuk saya memeluk Islam,” jelasnya kepada Utusan Online.-rotikaya

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Adel AF Mengaku Cintai Suami Orang

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Sebelum nama Siti Nordiana menyinar di Gegar Vaganza, dia hampir berputus asa dan kini segalanya telah berubah. Berikutan kejayaannya itu, Siti Nordiana kini mempunyai sebab tertentu mengapa dia menaikkan bayaran persembahan.


Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan


“Saya sedar diri dan tidak berubah. Dahulu, waktu saya kekurangan tawaran nyanyian, bayaran macam mana sekalipun saya tetap ambil tanpa banyak berkira. “Kalau dulu, orang panggil menyanyi, saya pergi sahaja tanpa tanya pun berapa mahu bayar”

“Kini berbeza sedikit kerana saya buat persembahan bersama dengan orang lain juga. Sebelum ini saya buat solekan sendiri, tetapi kini saya ada jurusolek sendiri dan mereka juga perlu bayaran. Begitu juga dengan jurutera bunyi yang saya bawa”

“Jadi, duit yang saya ada itu dibahagi sama rata bersama mereka yang bersama dengan saya untuk menjayakan persembahan. Bukan untuk saya seorang sahaja,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Tambahnya, dia kini turut membawwa mikrofon sendiri kerana ia lebih selesa. Apa pun, pastinya perubahan yang dilakukan oleh Siti Nordiana mampu memberikan kualiti persembahan yang lebih baik.-rotikaya

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Punca Siti Nordiana Naikkan Bayaran Persembahan

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Februari ini, rakan dan juga adik beradik Anzalna Nasir telah mengadakan majlis pra perkahwinan buat Anzalna Nasir bertemakan figura Barbie. Boleh tahan cantik belaka adik beradik Anzalna.

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Sebelum ini, bakal suami Anzalna, Hanif menjelaskan bahawa mereka merancang untuk berbulan madu di Maldives atau Pulau Bora Bora di Perancis kerana mahukan suasana ketenangan dan selepas itu, Hanif akan membawa kedua-dua belah pihak keluarga untuk menunaikan umrah.

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Gambar Di Sekitar Majlis Pra Perkahwinan Anzalna Nasir

Kami kongsikan beberapa keping gambar sepanjang majlis berlangsung yang cukup meriah dengan telatah adik beradik Anzalna dan selamat berhujung minggu semua.-rotikaya

Gambar lain : Disini