Wednesday, February 24, 2016

Punca Haiza Keluar Dari Best FM

Teka-teki siapakah deejay Best FM yang menggantikan Haiza terjawab apabila stesen radio itu mengumumkan bekas peserta Akademi Fantasia muzim kedua (AF2) iaitu Zarina Zainoordin memikul tugas itu.


Punca Haiza Keluar Dari Best FM

Stesen itu dalam kenyataannya kepada mStar Online berkata, sejak dua minggu lalu Zarina, 32, telah mengendalikan segmen Best Pagi Best FM bersama Zairi namun identitinya dirahsiakan sehinggalah ia diumumkan pada Rabu.

Menerusi gandingan terbaharu itu, pasangan berkenaan bakal dikenali sebagai Double Z.

Mereka akan menemui pendengar setiap hari Isnin hingga Jumaat selama empat jam bermula 10 pagi.


Haiza yang bertugas di stesen itu sebelum ini tidak berhasrat menyambung kontraknya kerana ingin memberi tumpuan dalam bidang nyanyian sejak menyertai Gegar Vaganza 2015.

Best FM beroperasi di Johor Baru, Johor.-mstar

Janna Nick Tiru Ayda Jebat?

Pelakon yang kini semakin meningkat naik, Janna Nick terus mengorak langkah apabila kini bergerak setapak menjadi seorang penyanyi apabila muncul dengan single terbaru berjudul Mungkin Saja.


Janna Nick Tiru Ayda Jebat?


Namun, apa yang dilakukannya kini seakan-akan meniru pelakon dan juga penyanyi Ayda Jebat. Bagaimanapun, Janna Nick menafikan perihal itu kerana baginya Ayda Jebat mempunyai tahapnya yang tersendiri.
“Dia (Ayda) memang mempunyai latar belakang dalam bidang nyanyian serta muzik, lagipun dia boleh bermain alat muzik. Saya tak layak untuk bertanding dengan dia dan saya pun tak nak bertanding dengan dia. Rezeki hak masing-masing”

“Bukan hendak tamak atau apa pun. Saya sendiri pun masih belajar dalam bidang baru yang saya ceburi ini,” katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Single Perdana Janna Nick serta Pengenalan Artis Naungan Hikayat Records.

Tambahnya lagi, apa yang dilakukannya ini adalah untuk menjadi seorang penghibur yang versatil. Oleh itu, banyak perkara yang dilakukannya termasuklah ke kelas vokal untuk mendalami ilmu seni suara.
“Saya nak jadi seorang penghibur semestinya saya kena cuba semua dan buat apa yang boleh orang rasa terhibur. Saya ada ke kelas vokal dan juga ke kelas tarian apabila tidak sibuk dengan jadual penggambaran”

“Saya jenis suka fokus pada satu benda sahaja, kalau berlakon saya akan habiskan dahulu begitu juga apabila sedang membuat rakaman nyanyian di studio,” ujarnya yang juga bakal melancarkan album penuh tidak lama lagi.

Sementara itu, di Majlis tersebut turut memperkenalkan barisan artis-artis baru di bawah naungan Hikayat Records seperti Janna Nick sendiri, Dayah Bakar, Aqil Zainal dan Tengku Suhaila.-rotikaya

Bekas Suami Yatt Hamzah Dapat Hak Jagaan Penuh Anak

Tidak mahu perkara menjadi semakin panas, bekas suami Yatt Hamzah, Abdul Mutalib menjelaskan bahawa dia sudah pun memaafkan bekas isterinya itu selain berharap agar rumahtangga yang bakal dibina kekal bahagia.


Bekas Sumai Yatt Hamzah Dapat Hak Jagaan Penuh Anak


Tambah Mutalib, jika Yatt sudah berjumpa pengganti, dia kini bakal mendapat hak penjagaan penuh buat anaknya. Perkara itu telah pun dibincangkan ketika mereka bercerai dahulu.
“Jujurnya, saya gembira dengan berita pernikahan Yatt ini. Sekurang-kurangnya dia sudah ada pengganti dan ada orang boleh jaga dia. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini”

“Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai. Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja,” katanya dipetik daripada Utusan Online.

Sementara itu, Mutalib juga menyatakan dia tidak akan hadir ke majlis pernikahan yang diadakan sama dengan sambutan hari lahir anaknya nanti. Tambah Mutalib, buat ketika ini, dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati dan Abdul Mutalib, bernikah pada 29 Mac 2009 dan berpisah pada Ogos tahun lalu.-rotikaya

Tuesday, February 23, 2016

Sambut Birthday Zain, Che Ta & Aaisyah Sanggup Jadi Koboi

Gembira sungguh pelakon Zain Saidin apabila isterinya Rozita Che Wan (Che Ta) sanggup bergaya ala koboi sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 32 semalam.


Sambut Birthday Zain, Che Ta & Aaisyah Sanggup Jadi Koboi

Majlis bertemakan Koboi itu dihadiri oleh keluarga dan teman rapat antaranya Sasha Saidin, Lan Pet Pet dan Ayu Raudhah.

Anak bongsu  Zain Saidin dan Che Ta, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi berjaya mencuri perhatian pengikut Instagram (IG) pasangan popular tersebut dengan pakaian koboinya.

Aaisyah yang menggayakan topi koboi berwarna coklat dan berbaju kemeja berpetak separas bahagian dada itu membuatkan dia nampak comel.

Sambut Birthday Zain, Che Ta & Aaisyah Sanggup Jadi Koboi

Selain Aaisyah, Che Ta juga kelihatan cantik dengan memakai warna  dan baju hampir sedodon seperti anak perempuannya.

Di sini Astro Gempak kongsikan beberapa foto menarik sepanjang majlis tersebut berlangsung yang diambil menerusi IG Zain Saidin.-astrogempak

Lagi Foto DiSini

Kekasih Baru Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose?

Melalui akhbar sisipan Berita Harian, B*Pop minggu lalu, terdapat dakwaan bahawa kini pelakon jelita Nelydia Senrose kini dikatakan sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan malah khabarnya mereka sudah pun menjalin hubungan sejak Ogos tahun lalu.
Kekasih Baru Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose?

Menurut ruangan tersebut lagi, Nelydia sudah pun mengenali kekasihnya barunya itu semenjak belum putus dengan Qi Razali lagi. Bagaimanapun, dalam hal berkawan, Nelydia mempunyai kebebasan memilih.


Kekasih Baru Hadiahkan Kereta Mewah Untuk Neldydia Senrose?

Malah, katanya Nelydia juga menerima hadiah kereta mewah pemberian kekasihnya itu. Amboi, untung badan. Jika benar, semoga semuanya selamat menjalin cinta hingga ke jinjang pelamin.-rotikaya

Menang Ketua Daerah, Pasha (Ungu) Mula Sombong

Ketua pertubuhan media, Aliansi Jurnalis Independen (AJI) Kota Palu iaitu Mohammad Iqbal Rasyid kesal dengan sikap Wali Kota yang baru dilantik  iaitu Pasha (Ungu) kerana bersikap kurang sopan dengan pihak media.


Menang Ketua Daerah, Pasha (Ungu) Mula Sombong

Mohammad Iqbal berkata, bekas vokalis Ungu itu juga tidak melayan permintaan pihak media yang mahu menemuramahnya.

"Kami kesal dengan sikap beliau kerana di era keterbukaan informasi ketika ini kenapa dia masih bersikap seperti itu?" ujarnya.

Seperti dipetik Antara Sulteng, wartawan MNC Grup, Ridwan berhadapan dengan insiden dimalukan apabila permintaanya ditolak.

Menurut Ridwan, Pasha dengan sinis berkata : "Saya sekarang sudah bekerja di pejabat dan bukan lagi artis. Kamu cuma penyumbang sahajakan."

Bukan hanya Ridwan, Pasha tidak melayan mana-mana media lain yang datang untuk membuat liputan khas terhadap kegiatannya sebelum menerima pelantikan secara rasmi sebagai Wali Kota Palu.

Penyanyi itu terus menjauhi media untuk bertanya tentang perancangannya selepas rasmi menjadi orang bertanggungjawab daerah itu.

Bagaimanapun, Pasha dilihat melayan beberapa peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya selepas perlantikan berkenaan.

Pihak media berharap, Pasha dapat memberikan penjelasan tersebut dan mengubah sikapnya.

"Dahulu dia memerlukan media untuk sokongan dan mendapat undian daripada penduduk, namun sekarang sikapnya sungguh memalukan," ujarnya.

Wali Kota ialah satu jawatan politik iaitu ketua bagi sesebuah daerah yang dipilih berdasarkan undian rakyat.-mstar

Taylor Swift Derma RM1 Juta Tanda Sokongan Kepada Kesha

Penyanyi Taylor Swift menderma sebanyak RM1.05 juta (US$250,000) dalam menyatakan sokongannya terhadap rakan artis, Kesha yang kini sedang berhadapan kes mahkamah berikutan dakwaan serangan seksual yang dihadapinya.


Taylor Swift Derma RM1 Juta Tanda Sokongan Kepada Kesha

Taylor memberikan sumbangan itu atas dasar simpati dan bagi membantu Kesha dari segi kewangan bagi menghadapi saat-saat sukar ini.

Baru-baru ini, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa penyanyi itu masih lagi bernaung di bawah syarikat rakaman gergasi, Sony biarpun pemilik label Kemosabe Records, Lukasz Sebastian Gottwald didakwa melakukan serangan seksual terhadap penyanyi yang terkenal dengan lagu Tick Tock itu.

Lukasz atau lebih dikenali sebagai Dr. Luke didakwa merogol Kesha pada 2006 dalam keadaan penyanyi itu di bawah pengaruh dadah yang diberikan olehnya.


Taylor Swift Derma RM1 Juta Tanda Sokongan Kepada Kesha

Kesha yang menitiskan air mata sebaik mendengar keputusan itu mendapat sokongan daripada peminat seluruh dunia yang berasa simpati dengan nasibnya yang perlu bekerjasama lagi dengan orang yang telah merogolnya.

Antara rakan artis yang turut memberikan sokongan moral terhadap Kesha adalah Kelly Clarkson, Ariana Grande, Lorde, Lady Gaga dan Demi Lovato, yang mana masing-masing memberikan kata-kata semangat buat penyanyi berambut blonde itu. – MYNEWSHUB

Sunday, February 21, 2016

Bayi Kembar Eina Azman, Seorang Lelaki & Seorang Perempuan

Terasa super excited pula apabila mengetahui yang Eina Azman telah selamat melahirkan bayi kembarnya pada hari Jumaat yang lalu. Tambah excited apabila mengetahui yang bayi tersebut adalah sepasang. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Alhamdulillah. Murah rezeki Eina Azman dan suami. Terus dapat sepasang seperti yang diidamkan oleh kebanyakan ibu bapa.
Bayi Kembar Eina Azman, Seorang Lelaki & Seorang Perempuan



Ramai juga yang terkejut apabila Eina Azman melahirkan kembar kerana tiada desas-desus berita gembira tersebut dikongsikan oleh pelakon tersebut. Menurut Eina, ada ahli keluarganya juga yang turut tidak tahu. Kata Eina:-
    Sebelum ini, bukan niat saya merahsiakan sedang hamil anak kembar. Saya dan suami sebenarnya mahu membuat kejutan kepada semua pihak. Pada peringkat itu, kami fikir tidak manis untuk menghebahkan perkara terbabit terlalu awal,
Yang penting anak-anak dan Eina Azman sihat sejahtera. Untuk makluman, bayi lelaki seberat 2.8 kilogram dilahirkan pada jam 4.05 petang, Jumaat lalu. Ini diikuti bayi perempuan seberat 1.8 kilogram, seminit kemudian. Tahniah sekali lagi buat Eina dan suami. Selamat berjaga malam menjaga anak. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.-beautifulnara

Lagi Gambar Disini

Anzalna Sah Bergelar Isteri Mohamad Hanif

Pelakon Anzalna Nasir bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohamad Hanif Mohamad Zaki, 28, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi tadi.


Anzalna Sah Bergelar Isteri Mohamad Hanif


Majlis pernikahan tersebut diadakan secara sederhana dengan dihadiri saudara dan rakan-rakan terdekat di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific, pada Ahad.

Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Anzalna iaitu Prof Madya Dr Mohd Nasir Ibrahim dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Anzalna, 28, menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dan menyerahkan sebanyak sembilan dulang hantaran.


Anzalna Sah Bergelar Isteri Mohamad Hanif


Antara barangan hantaran daripada pihak Anzalna ialah barangan elektronik, jam tangan, coklat, kek, pewangi, sirih junjung, set persalinan, cincin dan sejadah.

Manakala, pengantin lelaki membalas dengan tujuh dulang hantaran iaitu beg tangan, tepak sirih, telefon bimbit, cincin, set telekung, wang hantaran dan gelang tangan.

Sementara itu, Anzalna yang ditemui pada sidang media mengakui sukar untuk menggambarkan perasaanya ketika sah bergelar isteri.

Katanya, dia bersyukur hubungan yang dijalinkan selama 10 tahun dengan lelaki itu akhirnya berakhir dengan ikatan yang sah.
"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan selepas 10 tahun kami berkawan akhirnya saya sah menjadi isteri dia.

"Dia seorang lelaki yang sangat sempurna buat saya dan paling layak untuk dijadikan sebagai suami," ujarnya.

Pasangan ini merancang untuk berbulan madu di sebuah pulau dan menunaikan umrah bersama-sama pada penghujung tahun ini.

Majlis perkahwinan tersebut disiarkan secara langsung dan eksklusif di stesen televisyen TV3.

Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada 27 Februari ini di Hotel Grand Hyatt.-mstar

Lagi Gambar Disini http://www.rotikaya.com/anzalna-nasir-sah-bergelar-isteri-kepada-haniff-zaki/