Friday, August 29, 2014

Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia

Segalanya Saya Serahkan Kepada Ramli MS – Alyah | Bagus. Memang seorang isteri yang mithali sungguh Alyah ini. Enggan memberikan ulasan yang boleh melukakan hati mana-mana pihak, Alyah menyerahkan segala penerangan kepada suaminya, Ramli MS. Segala perkara diserahkan kepada suaminya yang tercinta. Memang inilah salah satu ciri-ciri yang dikehendaki oleh seorang suami terhadap isterinya.


Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Kata Alyah menerusi portal GUA:-

    "Maaf, Alyah tak boleh nak komen apa-apa mengenai isu ini. Apa-apa tanyalah Ramli MS kerana Alyah serahkan segalanya kepada dia"


Komen Alyah Isu Nikah Secara Rahsia, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,

Diharap Ramli MS tidak lagi akan bersembunyi atau bermain dengan kata-kata sekiranya diminta memberi penerangan selepas ini. Semua orang pun dah tahu. Kalau sudi, nak juga dengar cerita perkahwinan mereka berdua. Pasti menarik. Namun kalau ia terlalu peribadi untuk diceritakan, mungkin boleh luahkan dalam bentuk lagu. Lagi power kalau lagu tersebut dinyanyikan oleh Alyah. Pasti meletup kebabom punya. Tak gitu?

Sumber : beautifulnara.com

Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?

Sarimah Ibrahim Sibuk Rancang Majlis Kahwin Di Bali?  | Ramai di kalangan peminat-peminat Sarimah Ibrahim yang tak sabar-sabar hendak tengok selebriti kesayangan mereka yang juga penyampai radio MIX FM pagi itu, mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan jejaka pilihannya.


Sarimah Ibrahim Bakal Kahwini Cucu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan?, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi,


Siapa lagi kalau bukan cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, atau lebih mesra di sapa sebagai Jamie kan?

Ha.... Kalau itu yang jadi tandatanya korang, memang elok sangatlah. Sebab, ada perkembangan terbaru tentang Sarimah Ibrahim, 36, dengan Jamie.

Baru-Baru ini, Sarimah Ibrahim dengan Jamie telah meluangkan masa di pulau percutian yang romantik. Mana lagi kalau bukan Bali yang menjadi lokasi utama filem Eat Pray Love lakonan Julia Roberts.

Tapi, Sarimah bukanlah pergi berdua saja dengn Jamie di sana. Tak baik fikir yang negatif macam tu. Sebaliknya, mereka pergi dengan ahli keluarga Jamie yang lain.

Mereka pergi ke sana untuk melancong semata-mata sebab keluarga Jamie ikut sama, mesti ada sebab yang lain. Hasil risik-risik daripada sumber tertentu.

Kata mereka, kalau pasal hal lain-lain mereka tidak tahu, Tapi, kalau pasal kahwin, boleh jadi jugak sebab ada ura-ura Sarimah Ibrahim dengan Jamie akan mengakhiri kisah percintaan mereka dengan ikatan lebih suci.

Wow.... Apakah ini bermakna mereka bakal memilih Bali sebagai lokasi majlis perkahwinan mereka? Segalanya tidak mustahil kerana Bali sememangnya sering menjadi lokasi perkahwinan favourite selebriti luar negara serta dalam negara.

Patutlah, Sarimah dengan Jamie datang ke sana bersama keluarga Jamie. Rupa-rupanya ada perbincangan yang serius di antara mereka. Wow! Pasti perkahwinan mereka nanti akan menjadi sebuah perkahwinan yang cukup romantis.

Sumber : murai.com.my

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT

Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT. Korang Mesti Tak Percaya!


Sedar atau tidak, tahun ini sudah 57 tahun negara kita mencapai kemerdekaan. Haa, korang tau ke tak apa tema sambutan Hari Kemerdekaan kali ini?


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Kalau nak tahu, temanya adalah ‘Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’. Dah cakap mengenai merdeka ni, kami ada lihat beberapa foto Nora Danish & Nabila Huda sambut kemerdekaan tau.

Percaya atau tidak, Nora dan Nabila dikepung oleh orang ramai kerana bersama-sama mengibarkan bendera di beberapa stesen LRT.


Nora Danish & Nabila Huda Buat Kecoh Di Stesen LRT, info, terkini, hiburan, sambutan hari merdeka 57, sensasi,

Bukan dikepung sebab tak suka, tetapi mereka turut sama mengikut Nora dan Nabila menyebarkan semangat kemerdekaan dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Kalau korang nak tahu, Amy Search pun ada sekali tau. Kami ada tonton sebuah video yang dimuat naik Nora, amboi, bukan main meriah dan seronok lagi mereka bertiga ni!

Malah, rata-rata pengikut Nora, Nabila dan Amy Search turut berbangga dengan apa yang mereka lakukan ni. Untuk pengetahuan, tujuan mereka mengibar bendera dan menyanyi adalah untuk sama-sama mengikuti Ops Gerak Merdeka.

Jadi korang tunggu apa lagi? Mari sama-sama fikir apa cara untuk kita semarakkan lagi semangat kemerdekaan kita seperti Nora, Nabila & Amy Search. Jom!!


Sumber : ohbulan.com

Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki

Gambar Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki Yang Cun & Semakin Popular | Inilah anak gadis komposer popular tanah air iaitu Fauzi Marzuki. Nama diberi ialah Nadia dan kini berusia awal 20an.


Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki, info, terkini, hiburan, sensasi,

Anak gadis Fauzi Marzuki ini menjadi popular setelah gambar selfienya ketika kesesakan lalu lintas menjadi viral sehingga masuk ke surat khabar.


Anak Gadis Komposer Fauzi Marzuki, info, terkini, hiburan, sensasi,

Jom layan gambar anak Fauzi Marzuki ini yang cantik dan comel:












Sumber : hotlips-yuya.blogspot.com

Thursday, August 28, 2014

Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan

Mimi (ONE) Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan | Lama juga kita tidak mendengar khabar mengenai penyanyi kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimi, 27.


Artis Bakal Kahwini Pensyarah Mac Tahun Depan, info, terkini, artis, hiburan, gosip,

Tup-tup menerusi Murai.com, dia dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada Mac tahun hadapan.

Bukan calang-calang juga bakal suaminya, seorang pensyarah di sebuah universiti swasta gitu…

Menurut Mimi, mereka sudah kenal antara satu sama lain sejak berusia 13 tahun lagi dan mula rapat sejak beberapa tahun lalu.

Mengakui jejaka itu seorang yang tegas, penyanyi itu yakin bakal suaminya itu dapat menjadi pasangan terbaik dalam hidupnya kelak.

Apapun, tahniah kami ucapkan dan semoga segala perancangan berjalan dengan lancar nanti…


Sumber : ELZA / MYNEWSHUB.MY

Faezah Elai Enggan Berlakon?

Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang..| Selepas berkahwin dan memiliki anak, pelakon dan peng­acara Faezah Elai mengakui dia le­bih selektif dengan watak ditawarkan dalam drama dan filem ketika ini.


Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang.., info, terkini, hiburan, gosip


Menurut isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah, 41, ini, dia juga terpaksa menolak babak panas dan ranjang untuk menjaga statusnya sebagai isteri sekali gus nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.


“Sebelum ini, saya pernah berlakon watak suami isteri bergandingan dengan Rusdi Ramli yang juga arahan Heykal tetapi tiada babak panas pun. Saya percaya, tidak semestinya ada babak peluk dan pegang-pegang untuk menggambarkan kemesraan suami isteri dalam drama mahupun filem.

“Ada banyak cara atau simbolik untuk kita menunjukkan kemesraan dalam hubungan suami isteri dalam drama atau filem dan ia bergantung pada kreativiti seseorang pengarah itu,” katanya.


Terus terang, kata pemilik nama sebenar Noor Faezah Elai, 32, ini, dia juga lebih selesa berlakon dalam produksi suaminya sendiri selepas berkahwin.


“Apabila berlakon dalam produksi sendiri kita juga boleh memilih watak yang sesuai untuk dilakonkan. Pada masa sama, saya juga boleh mengatur masa dengan baik dan berlakon mengikut kelapangan. Terbaru, saya bakal beraksi dalam drama arahan suami tidak lama lagi,” katanya.


Sumber : hmetro.com.my

Penyanyi Nur Farhan Azizan AF4 Putus Tunang?

Gosip Putus Tunang Dugaan Paling Buruk Farhan | Penyanyi Nur Farhan Azizan menganggap dugaan paling buruk sepanjang tempoh dua tahun setengah pertunangannya dengan Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, ketika hubungan itu dikhabarkan putus.


Penyanyi Nur Farhan Azizan Putus Tunang, info, terkini, hiburan, gosip, sensasi


Farhan, 30, berkata, perkara tersebut terjadi ketika dia dan Ahmad Rashadan berhadapan dengan masalah dan ramai pihak cuba masuk campur dalam hal tersebut.

"Ada satu ketika khabar angin mengatakan kami sudah putus ia mungkin ketika saya dilihat pergi ke mana-mana majlis secara bersendirian hingga menyebabkan orang sekeliling beranggapan begitu.

"Pada ketika itu juga hubungan kami memang bermasalah masalah dan kami dalam usaha memperbaiki hubungan tersebut. Namun banyak pihak yang campur tangan sehingga keluar cerita-cerita tidak benar," ujarnya ketika ditemui pada sidang media mengumumkan perkahwinannya di Restoran Anggun Fusion, di Plaza Damas, di sini, Rabu.

Pasangan ini bakal bernikah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya, pada 10 Oktober depan.

Manakala, majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam di Dewan Sri Endon dengan bertemakan Melayu Klasik.

Farhan berkata, keputusan mendirikan rumah tangga dibuat setelah kedua-dua mereka bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suami-suami isteri.

Katanya, dia tidak mahu ianya dijalankan secara tergesa-gesa bagi memuaskan hati orang sekeliling.

"Kami ambil masa lama untuk tempoh bertunang ini, ia agar kami benar-benar dapat memastikan kami berdua bersedia untuk memikul tanggungjawab berat itu.

"Kami tidak mahu berkahwin kerana desakan keluarga atau orang di sekeliling, biar semua itu terjadi atas rasa kesedian kami sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Rashadan pula berkata, sepanjang tempoh perkenalan hampir lapan tahun itu, pelbagai dugaan dan rintangan lain yang turut dihadapi bersama.

Malah katanya, perkara yang dianggap sebagai dugaan itu sebenarnya menguatkan lagi kasih sayang mereka.

"Kami tidak menganggap masalah itu sebagai satu masalah sebaliknya kami sentiasa mencari penyelesaian dengan baik.

"Dugaan semasa bercinta pula ketika saya belajar di United Kingdom membuatkan kami terpisah selama tiga tahun dan berhubung hanya melalui e-mel," ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 12 Februari 2012, namun mereka mengumumkan penangguhan rancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada akhir tahun lalu atas alasan sibuk dengan kerjaya masing-masing.


Sumber : mstar.com.my

Jepp Sepahtu Sombong?

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong?  | Pelawak Jepp Sepahtu baru-baru ini dihimpit dengan cerita-cerita negatif. Selain dikatakan bersikap sombong, timbul juga dakwaan mengatakan Jep dipulaukan oleh kawan-kawannya akibat sikap Jep sendiri.


Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


Kesempatan bertemu dengan Jepp baru-baru ini membuka ruang untuk GUA mendapatkan komen daripadanya.

“Saya sendiri masih tidak percaya dengan gosip yang ditulis itu. Sebelum ini pernah terjadi juga gosip-gosip seperti ini. Saya tiada masalah dengan sesiapa. Saya baik dengan pelawak sama ada senior atau pun junior. Saya berkawan dengan mereka jika bertemu dalam hal-hal yang melibatkan kerja. Tetapi ketika saya tidak bekerja, saya lebih selesa lepak dengan kawan-kawan saya sendiri dan pulang ke kampung halaman untuk bertemu dengan ibu bapa dan keluarga saya,” ujar Jepp memulakan bicara.

Tambah Jepp, semenjak dia mendapat beberapa anugerah yang mengiktiraf kehadirannya dalam dunia hiburan seperti Anugerah Lawak Warna dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013, namanya mula terpalit dengan gosip dan kontroversi.

Jepp Sepahtu Didakwa Sombong? , info, hiburan, terkini, gosip, sensasi,


“Semenjak mendapat beberapa anugerah, nama saya mula terkait dengan beberapa siri kontroversi. Saya tidak tahu bagaimana nak cakap, adakah itu adalah satu sabotaj atau sebaliknya? Saya tak buat, orang bercakap. Jika betul-betul saya buat, apatah lagi?

Saya hanya mampu bersangka baik dan anggap apa yang ditulis dalam ruangan gosip menjadi pemandu arah perjalanan karier saya. Sebelum ini, setiap kali timbul gosip, saya terangkan. Tapi perkara ini berlaku semula. Jadi selepas ini jika perkara sama berulang, saya akan diam sahaja dan enggan menjawab lagi. Biar orang menilai sendiri,” kata Jepp ketika ditemui di sidang media Siri Jelajah Malaysia Superlawak FC 2014 di Publika, Kuala Lumpur pada Selasa.


Sumber : gua.com.my

Ramli MS-Alyah Sudah nikah di Batam?

Ramli MS-Alyah nikah di Batam? | Pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 33, diarah mengemukakan bukti bahawa mereka telah berkahwin di pulau Batam, Indonesia kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Selasa depan atau berdepan dengan tindakan mahkamah kerana berkhalwat.


Ramli MS-Alyah nikah di Batam?, info, terkini, hiburan, gosip terkini, kontroversi Ramli Ms dan Alyah, sensasi


Arahan itu dikeluarkan selepas pasangan itu memaklumkan anggota Bahagian Penguatkuasa JAIS yang melakukan siasatan di kediaman Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong, kira-kira 7.50 pagi tadi.


Ketua Pengarah JAIS Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata, siasatan ke atas pasangan itu dibuat selepas Bahagian Penguatkuasa JAIS menerima aduan awam.

“Bahagian Penguatkuasa JAIS berjaya diyakinkan bahawa pernikahan Datuk Ramli Mohamed Salleh bersama Noor Hasliah Abu Hasan telah berlaku di Batam, Indonesia.


“Dokumen asal perkahwinan yang didakwa oleh pihak beliau (Ramli) akan diserahkan kepada JAIS pada 2 September 2014 untuk penelitian, semakan dan siasatan lanjut dari sudut undang-undang dan hukum syarat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan di rumah berkenaan juga berjalan lancar kerana anggota penguatkuasa mendapat kerjasama daripada Ramli dan Alyah selain tiada sebarang rampasan dibuat.

Menurut sumber, sekiranya Ramli dan Alyah gagal mengemukakan dokumen yang diperlukan itu, mereka boleh dikenakan tidakan kerana kesalahan berkhalwat.

Katanya, ia selaras dengan kesalahan khalwat Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

"Ketika pemeriksaan pasangan itu hanya menunjukkan gambar kartu perkahwinan (kad pengesahan nikah) mereka di Batam, Indonesia tetapi mendakwa dokumen asal tiada di dalam simpanan ketika itu.

"JAIS memberi tempoh selama enam hari, sehingga 2 September untuk mereka membawa dokumen asal itu ke pejabat atau jika gagal akan disabit kesalahan berkhalwat," katanya.

Hubungan Ramli dan Alyah selama empat tahun ini menjadi perhatian umum bagaimanapun pasangan itu berusaha keras menyimpan rahsia.

Malah, Alyah pernah memberitahu akan membuat pengumuman mengenai statusnya sebelum akhir tahun ini dan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian lebih awal kerana ia membabitkan banyak pihak.


Sumber : hmetro.com.my