Tuesday, September 1, 2015

Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015

Pengetua AF2015, Edry Abdul Halim menjelaskan yang fakulti #AF2015 tidak mahu mencari seorang lagi penyanyi seperti Adibah Noor. Edry memberikan kenyataan tersebut selepas dia diminta mengulas prestasi salah seorang pelajar #AF2015, Bila pada konsert minggu yang ketiga.


Kita Tidak Mencari Seorang Lagi Adibah Noor - Edry KRU Komen BilaAF2015


“Kita tidak mencari seorang lagi Adibah Noor dalam industri hiburan. Adibah merupakan seorang penyanyi yang sangat berbakat dan berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bila pula merupakan seorang gadis remaja yang boleh dijadikan penanda aras oleh golongan muda yang kecantikan bukan segalanya. Bila juga ada kemampuan dan bakat tersendiri,” kata Edry kepada Portal Murai.

Dalam konsert ketiga #AF2015 yang dihoskan oleh Zizan Razak dan Faizal Ismail, Bila yang merupakan anak kepada Eddie Wings menyampaikan lagu Pelangi Senja, dendangan asal Stacy.
“Saya mahu Bila menjadi ikon kepada remaja di luar sana. Kadangkala, bila saya melihat dia, saya memberikan komen yang dia kelihatan terlalu tua berbanding usianya. Kita mahu dia mewakili audiens yang seusia dengannya. Kami tidak mahu dia dibayangi orang lain dan mahu dia menjadi muda, sesuai dengan keremajaan dan bakatnya,” kata Edry lagi.

Dalam pada itu, konsert ketiga ini turut diserikan dengan kehadiran dua juri tetap iaitu Dato’ Ramli MS dan pelakon jelita, Rozita Che Wan manakala juri jemputan pula adalah pelakon Adlin Aman Ramlie.

Seperti minggu-minggu sebelumnya, konsert ketiga #AF2015 bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Dengan tiadanya penyingkiran di minggu yang ketiga, masih tinggal 10 bintang #AF2015 yang akan meneruskan perjuangan menuju puncak sehingga bergelar juara.

#AF2015 bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123). Jangan lupa saksikan Diari #AF2015 yang dihoskan oleh bekas bintang Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 9.00 malam dan konsert mingguan #AF2015, setiap Ahad jam 9.00 malam. Gunakan hashtag #AF2015 untuk berkomunikasi mengenai program realiti ini di laman sosial.-murai

Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Fulamak dengar cerita pelakon sado lagi berjambang Sharnaaz Ahmad sekarang ni dah ada kekasih hati. Orang nya sangat jelita dan cantik. Memang kalau tengok dalam gambar mereka berdua ni sama cantik, sama padan.


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Terbaru, wanita yang dikatakan ‘kekasih hati’ Sharnaaz Ahmad telah memuat naik gambar di Instagram dan kapsyen di gambar tersebut memang jelas sekali nampak yang mereka ni sedang mengenali hati budi masing-masing. Disebalik kejelitaan wanita ni, korang tahu tak siapa dia sebenarnya?


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Oh laa patut la muka lebih kurang je macam Neelofa. Rupan-rupanya Noor Nabila ni merupakan adik-beradik dan kakak kepada Neelofa. Alahaii.. semua cantik-cantik belaka!


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Untuk pengetahuan anda, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai, 2013.


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Menerusi laman Facebook milik Noor Nabila, dia merupakan bekas pelajar di INTI International University dan UiTM Shah Alam.


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Menurut beberapa sumber, perkenalan dan hubungan mesra Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ni baru sahaja masuk beberapa minggu. Takpe la, bak orang putih kata ‘no rush’ kan?

Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Anda tengok sendiri la ucapan Noor Nabila buat Sharnaaz Ahmad sempena hari jadi pelakon tu baru-baru ni. Sweet sangat kan? Ehemm.. macam confirm je diorang ni bercinta.


Identiti Sebenar Kekasih Terbaru Sharnaaz Ahmad

Apa-apa pun kami dan para peminat doakan yang terbaik untuk Sharnaaz dan Noor Nabila. Memang sesuai sangat lah!-ohbulan

Sunday, August 30, 2015

Kamal Adli Lamar Emma Maembong Di Restoran Eksklusif

Sebelum ini pasangan pelakon ini cuba merahsiakan hubungan cinta mereka daripada pengetahuan umum, selain menjaga sensitiviti berikutan pada waktu itu Emma Maembong baru putus cinta dengan pelawak popular, Zizan Razak.


Kamal Adli Lamar Emma Maembong Di Restoran Eksklusif


Tapi bagi admin, tak perlulah nak berahsia lagi. Isu putus cinta antara Emma dengan Zizan sudah berbulan lamanya.

Mungkin sudah sampai masanya masing-masing membawa haluan dan bina kebahagiaan sendiri. Dan bagusnya apabila Emma sendiri sudah menemui pengganti.

Terkini, ada cerita sampai kepada admin, walaupun pelakon utama drama bersiri Jiran Sebelah Pintu cuba berahsia setiap kali ditanya rakan media tetapi di luar ia bukan lagi rahsia.

Kamal dan Emma tidak segan silu keluar bersama di khalayak ramai. Malah sudah ramai juga yang terserempak dan melihat kemesraan mereka berdua.

Ada yang bercerita kepada admin, mengikut gaya Emma dan Kamal mereka benar-benar menyayangi antara satu sama lain dan sentiasa mengambil berat sama ada membabitkan perihal peribadi mahupun kerjaya.-postviral

Aeril Zafrel Dedah Nama Anak Keduanya

Menerima kehadiran cahaya mata kedua pada 18 Ogos lalu, Aeril Zafrel akhirnya telah mendedahkan nama buat anak perempuannya itu.


Aeril Zafrel Dedah Nama Anak Keduanya


Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, nama yang cukup indah buat puterinya itu telah di umumkan oleh beliau menerusi satu muat naik di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.


    Dari sulbiku atas rahmat dan kasih sayang ????, Abiy dan Ummiy dikurniakan dititipkan hadiah terindah di dunia ini persis syurga yang disegerakan… dan semoga menjadi sangat berharga saat nun jauh di sana… yang Akhirat namanya… Kalianlah putra-putri kami dengan cinta kasih kami namakan… AHMAD FAKHARUDDIN ATTAR, HAYLA MAGHFIRAHTUL ADZKIYAA.

Walaubagaimanapun buat masa ini Aeril dan isterinya Wawa Zainal masih belum berkongsi wajah Hayla kepada umum.

Bahagia sungguh kami lihat pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama anak-anak mereka. Penuh dengan kasih sayang, nama anak-anak mereka pun cukup unik dan indah. Semoga kasih sayang antara mereka bertambah setiap hari.-beautifulnara

Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Bagi peminat pasangan ini, doakanlah yang terbaik buat Qi Razali dan juga Nelydia Senrose kerana khabarnya kini hubungan mereka dikatakan retak menanti belah malah perasaan tersebut bagaikan tergambar di laman sosial mereka.


Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Melalui muatnaik status di Twitter, Qi menyatakan bahawa situasi yang dihadapi ketika ini adalah sangat menyakitkan namun kehidupan harus diteruskan. Sementara itu, Nelydia juga turut meluahkan perasaan melalui Instagram seperti menggambarkan situasi yang mereka hadapi ketika ini. Komen iklan yang banyak di ruangan komen Instagram pelakon tersebut juga bagai tidak endah dengan perasaan yang dihadapinya ketika ini.


Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Hubungan Qi Razali Dan Nelydia Senrose Di Penghujung Jalan?

Apa-apa pun yang terjadi di antara mereka, pastinya peminat sentiasa mendoakan yang terbaik atau nantikan sahaja sehari dua, manalah tahu nanti mereka sudah ada gambar bersama kembali. Atau mungkin juga doa ibu bapa Nelydia di Mekah termakbul untuk berjumpa jodoh sebenar.-rotikaya

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Jue Aziz yang kini sudah pun berhijrah dengan berhijab penuh mengakui bahawa dia malu untuk melihat kembali babak yang dilakonkannya di dalam filem Kapsul lebih-lebih lagi ia melibatkan adegan rogol.


Foto Jue Aziz Kini Bertudung


“Skrip filem ini sudah agak lama di tangan, namun ia senyap begitu saja hingga pada tahun 2013, produksi menawarkan kembali watak Fatimah. Sudah tentu saya tidak mahu melepaskannya kerana saya sudah jatuh cinta sejak pertama kali membaca skripnya dulu”

“Walaupun babak membabitkan Fatimah tidak banyak, tetapi ia meninggalkan kesan yang cukup mendalam terutama apabila dirogol oleh tentera Jepun. Sebenarnya saya malu untuk melihat kemabli babak itu kerana ketika penggambaran, saya masih belum bertudung,” jelasnya kepada ruangan sisipan B*Pop oleh Berita Harian.

Selain itu Jue juga menjelaskan bahawa keputusannya untuk bertudung bukanlah mahu memuaskan hati dan menutup mulut orang ramai, namun ia datang daripada keikhlasan hatinya sendiri. Semoga penghijrahan pelakon ini membawa satu dimensi baru kepada kehidupannya.-rotikaya


Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Foto Jue Aziz Kini Bertudung

Ummi Nazeera Bercinta Dengan Zizan Razak?

Terpalit dengan kontroversi bersama Zizan walaupun hanya keluar makan bersama, Ummi Nazeera melalui Utusan Malaysia menjelaskan bahawa dia dan juga Zizan Razak hanyalah rakan biasa dan tidak ada hubungan istimewa terjalin antara mereka.


Ummi Nazeera Bercinta Dengan Zizan Razak?


“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita tersebut boleh timbul. Bagi saya, yang diperkatakan oleh orang itu sebagai satu andaian yang tidak menjelaskan apa-apa. Terus terang saya katakan antara saya dan Zizan hanya sekadar kawan industri dan tak lebih daripda itu”

“Tiada sebarang hubungan istimewa antara kami seperti yang diperkatakan sebelum ini. Saya anggap ini benda biasa yang perlu diharungi. Tapi tak perlulah memperbesarkan-besarkan cerita ini lagi,” jelasnya.

Tambah Ummi, dia tidak mahu perkara tersebut diperkatakan kerana mahu terus fokus di dalam kerjayanya selain menyatakan dia tidak akan bercinta sebelum berkahwin seperti apa yang pernah diperkatakan sebelum ini.-rotikaya

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Semalam, penyanyi Ahmad Nubhan telah selamat diijabkabulkan bersama wanita pilihannya Afifah Hidayah dengan mas kahwin sebanyak RM1, 000.

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Hari ini berlangsungnya majlis resepsi mereka yang serba mewah di City Kingdon Hotel, Seremban. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Nubhan dan isterinya kerana telah berjaya mendirikan rumah tangga setelah 7 tahun perkenalan mereka.-ohbulan

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis

Foto & Video Majlis Resepsi Nubhan Yang Penuh Romantis




Wednesday, August 12, 2015

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Fara Mendoza, nama yang sebelum ini tidak pernah kita tahu jadi popular kerana kes beliau mendakwa aktor Fizz Fairuz menggoda beliau menerusi aplikasi WeChat.


Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral


Sebenarnya Fara yang baru sahaja berusia 25 tahun ini adalah artis baharu naungan MIG Talent yang dimiliki oleh David Teo dan baru saja menamatkan kontraknya baru-baru ini dan pernah muncul dalam beberapa drama sebagai watak pembantu.

Namun bukan itu yang kami ingin bicarakan. Kami ada mendapat beberapa foto panas dan seksi Fara Mendoza ketika bersosial. Pergh, memang daring habis aksi beliau, siap comolot lagi.  Sebelum ini memang ramai pun yang mengatakan beliau ini memang seksi habis.

Ok, kami tak mahu lah komen lebih pasal perkara ni. Jom kita lihat foto-foto beliau ketika bersosial dengan membaca artikel ini sepenuh.-bocorlagi

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral

Aksi Hot Fara Mendoza Suka Bersosial Jadi Viral