Tuesday, November 25, 2014

Adlin Aman Ramlie gagal pertahankan hak bapa

Pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie gagal meneruskan kes saman terhadap produksi dan penerbit telefilem biopik "Saloma" ekoran kelonggaran dari segi undang-undang.


Adlin Aman Ramlie gagal pertahankan hak bapa, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, adlin aman ramli

Memetik laporan daripada Sinar Harian, tuntutan saman yang dibuat oleh Adlin adalah sebagai menuntut hak yang tercalar kerana watak bapanya iaitu seniman Allahyarham AR Tompel dalam filem tersebut menggambarkan karakter yang negatif dan ‘hitam’.

Adlin yang mewakili semua waris Allahyarham menyifatkan telefilem itu tidak beretika dan menghina mereka.

Tambahnya lagi, tiada akta yang diperuntukkan mengenai tuntutan yang dibuat oleh mereka dari segi perundangan.

"Fasalnya, peruntukan kita terhadap kes-kes sebegitu sangat longgar dan oleh sebab itu mereka bagaikan tiada perasaan bersalah menyiarkan telefilem itu.

"Jika hendak saman malu, hanya individu yang dimalukan sahaja boleh mengeluarkan saman itu. Malangnya, dalam kes ini, individu berkenaan telah pun meninggal dunia.

"Biarpun AR Tompel itu adalah ayah saya, namun saya langsung tidak berhak ke atasnya," ujarnya.

Adlin turut menggesa Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan agar lebih peka dengan masalah ini dan dia juga turut merujuk kepada Persatuan Seniman Malaysia mengenai tindakan seterusnya yang perlu diambil.

Menurut suami kepada pelakon Emelda Rosmila, dia tidak akan berputus asa dan akan terus berjuang untuk mempertahankan hak bapanya.

"Kasihan pada mereka yang telah meninggal dunia dan kemudiannya dieksploitasi sehingga meninggalkan kesan negatif kepada penonton.

"Lebih memburukkan lagi, diri sendiri tidak boleh dibela lagi waima anak mereka sekalipun," katanya.

Apabila ditanya adakah pihaknya ada membuat perbincangan dengan produksi atau penerbit telefilem, Adlin menjawab, tiada perbincangan yang dibuat dan tiada pemohonan maaf kepada mereka sekeluarga.

"Mereka mengetepikan apa saja hubungan yang pernah ada dengan saya sama ada saya sebagai artis dengan stesen televisyen atau pun saya sebagai kawan-kawan," akhirinya.

Baca : Syafiq Kyle terima teguran tak Berdisiplin 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →