Tuesday, November 25, 2014

Syafiq Kyle terima teguran perbaiki diri

Pelakon baru Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abd. Razak akui terkejut dan hilang tumpuan dengan dakwaan dia mempunyai masalah disiplin dan bersikap berlagak ketika berada di lokasi set penggambaran.


Syafiq Kyle terima teguran perbaiki diri, info, terkini, hiburan, sensasi, pelakon, shafiq kyle, gosip

Syafiq yang merupakan pelakon drama bersiri "Kampung Girl" bagaimanapun akui ada membuat silap dengan lambat tiba di lokasi penggambaran, tetapi mempunyai sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Apa yang saya boleh katakan, memang saya akui terkadang saya ada juga membuat silap. Saya tidak malu untuk mengaku yang saya memang ada terlambat datang ke lokasi pengambaran, tetapi saya bukan sengaja suka-suka datang lambat.

"Kadangkala ada urusan yang tidak disengajakan kerana saya juga ada komitmen penggambaran dengan produksi lain. Memang itu salah saya tetapi bukannya selalu saya datang lambat. Bukannya saya mahu membela diri apabila bercakap begini tetapi itulah hakikatnya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Kosmo!

Syafiq dikatakan bersikap tidak suka bercampur dengan orang sekelilingnya, suka buat hal sendiri, tidak berdisiplin, tidak menepati masa dan berlagak sombong, sekaligus menyebabkan suasana kerja dalam produksi menjadi dingin.

Malah timbul desas-desus mengatakan ada segelintir produksi sudah memboikot nama Syafiq daripada sebarang kerjasama pada masa akan datang.

Mengulas dakwaan dia bersikap sombong, pelakon berusia 22 tahun ini berkata, "Masing-masing ada cara sendiri. Mungkin cara saya bawa diri itu tidak disenangi dan saya tidak menyangka, cara itu boleh membuatkan orang tersalah anggap bahawa saya seorang yang meninggi diri."

Bagaimanapun Syafiq enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dan menerima serta menghormati teguran daripada mana-mana pihak agar dia boleh memperbaiki diri.

Dalam perkembangan lain, Syafiq memberitahu dia bakal terlibat dengan penggambaran telefilem berjudul "Gangster Melur" tidak lama lagi.

Baca : Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →