Tuesday, November 25, 2014

Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta

Ketika ditemui pihak media semasa majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Fazura mengakui dia mengalirkan air mata ketika melihat babak putus cinta.


Nur Fazura Akui Menangis Kerana Putus Cinta, info, terkini, hiburan, sensasi, fazura,

Menurutnya, ini kerana persamaan watak dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia (MCDC) itu memang sedikit sebanyak ada berkait dengan kisah peribadinya termasuk bab putus cinta.

“Ifti (nama watak) sama seperti mana diri saya sekarang yang lebih matang, tenang dan mempunyai keutamaan. Mungkin satu kebetulan dan ianya berlaku pada masa yang sangat sesuai.

“Dalam babak putus cinta, sewaktu intepretasikan babak itu saya kaitkan dengan pengalaman diri sendiri sebelum ini. Sejujurnya saya menangis bila tonton babak tersebut tadi,” katanya memetik laporan Malaysian Digest.

MCDC diarahkan oleh Bernard Chauly turut dibintangi ramai pelakon popular antaranya Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Fauziah Ahmad Daud, Faizal Hussein dan Eja.

Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 11 Disember ini.

Buat yang rindukan lakonan spontan dan ‘gedik’ Fazura pastinya dah tak sabar nak lihat naskhah lakonan terbaharu si cantik manis ni kan!

Baca : Pengakuan Yana dan Miera Cuba Digoda VIP dan Datuk Seri 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →