Monday, November 24, 2014

Akim terima Anugerah Komposer Muda Berpotensi

Penyanyi dan komposer popular Akim Ahmad telah menerima Anugerah Komposer Muda Berpotensi pada malam ulang tahun Jubli Perak Badan Pelindung Hak Cipta Malaysia (MACP) yang berlangsung pada malam Ahad.


Akim terima Anugerah Komposer Muda Berpotensi, info, terkini, hiburan, sensasi, Akim Ahmad

Dipetik dari Bernama, anugerah yang diberi berdasarkan undian peminat turut menyaksikan Yuna telah memenangi Anugerah Persembahan Terbaik bagi kategori lagu Inggeris "I Wanna Go" manakala kategori lagu Melayu dimenangi lagu "Bawaku Pergi" nyanyian Zizan dan Kaka.

Dalam pada itu, syarikat rakaman Luncai Emas Sdn Bhd pula menerima Anugerah Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Syarikat EMI Music Publishing Malaysia Sdn Bhd menerima Anugerah Penerbit dengan Pendapatan Terbanyak.

Selain itu, Habsah Hassan pula telah memenangi anugerah Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak sementara Edry Abd Halim mengungguli anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak.

Sementara itu, anugerah lagu Cina Persembahan Terbanyak telah dimenangi oleh Fuying dan Sam menerusi lagu "Fen Kai Yi Hou", dan kategori Pendapatan Luar Negara Tertinggi diungguli Michael Wong dengan lagu "Tong Hua".

Kumpulan K-pop popular Girl's Generation pula telah menerima anugerah Lagu Luar Negara Persembahan Terbanyak menerusi lagu "I Got A Boy" dan komposer terkemuka Saari Amri pula memenangi Anugerah Nadi CIpta.

Anugerah MACP adalah majlis anugerah penghargaan kepada penggiat seni yang banyak menyumbang hasil karya untuk perkembangan industri seni negara.

Baca : Aizat Amdan Bakal Jadi Pelakon 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →