Monday, November 24, 2014

Farhan Azizan Nyanyi Lagu Anak Kampung Dengan Karisma Kapoor!

Mungkin ada yang rasa Murai Batu saja bikin statement propa dengan tajuk kat atas nih. Sorry ya...Murai Batu tak propa ya.

Yang sebetulnya, sewaktu Murai Batu menulis artikel ini, bintang Bollywood terkenal iaitu Karisma Kapoor sememangnya tengah berada di pusat beli-belah penuh mewah dan eksklusif, Starhill di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Farhan Azizan Nyanyi Lagu Anak Kampung, info, terkini, hiburan, sensasi, Farhan Azizan, Karisma Kapoor

Tidak keseorangan, kakak kepada Kareena Kapoor yang turut ditemani beberapa bintang Bollywood lain seperti Neha Dhupia, Sophia Choudry serta Shibani Kashyap ini berada di Kuala Lumpur kerana menjayakan sebuah majlis penuh privasi yang dinamakan Bollywood Gala Night.

Dianjurkan oleh syarikat barang kemas terkemuka iaitu Ceres, Bollywood Gala Night ini turut dijayakan oleh selebriti tempatan seperti Farhan Azizan yang juga teman seperjuangan Haziq Rosebi sewaktu mereka menyertai Akademi Fantasia Musim Keempat.

Disebabkan itu, Farhan tidak kelihatan sewaktu majlis pertunangan Haziq dengan kekasihnya, Maisarah berlangsung di kediaman keluarga Maisarah di Setiawangsa. Namun begitu, suami Farhan iaitu Ahmad Rashadan Suhaimi hadir sebagai salah seorang pembawa dulang hantaran atau dulang boy dalam rombongan pihak Haziq.

Menariknya, dalam majlis ini, Farhan telah bergabung dengan Karisma dan Shibani dalam satu pentas yang sama untuk membawakan beberapa lagu.

Antaranya ialah lagu Le Gayi dalam filem Dil To Pagal Hai yang pernah dibintangi oleh Karisma Kapoor sendiri serta sebuah lagu rakyat Malaysia, Anak Kampung yang sebelum ini dipopularkan oleh penyanyi Sabah, Jimmy Palikat.

Baca : VIP Miang Umpan Yana Samsudin Dengan Kereta Range Rover 


Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →