Tuesday, November 25, 2014

Penantian 10 tahun Dayang Nurfaizah berbaloi

Kali terakhir Dayang Nurfaizah bertanding di pentas akhir "Anugerah Juara Lagu" (AJL) adalah pada tahun 2004 dan muncul juara kategori Etnik Kreatif menerusi lagu "Erti Hidup".


Penantian 10 tahun Dayang Nurfaizah berbaloi, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi, dayang nurfaizah, Muzik-Muzik 29

Memetik daripada Berita Harian, penantian 10 tahun Dayang berbaloi, apabila lagu "Di Pintu Syurga" lagu tema drama bersiri popular "Ariana Rose" berjaya ke separuh akhir sekaligus diangkat juri sebagai lagu terbaik pada saingan munggu kedua separuh akhir, "Muzik-Muzik 29" Jumaat lalu.

"Jujurnya saya memang gugup dan gementar, memang risau sangat sebab sudah lama tidak merasa perasaan begini.

"Biarpun selalu membuat persembahan, tetapi suasana kali ini berbeza kerana saya sedang bertanding dan memikul amanah pencipta dan penulis lirik lagu ini."

Biarpun sudah 10 tahun meninggalkan pentas AJL, nyata penyanyi lantang ini mampu memukau penonton dengan lagu ciptaan Tam Spider dan lirik yang ditulis oleh Iman Imran dengan baik sekali.

Dayang mengucapkan syukur kerana lagu "Di Pintu Syurga" mendahului 10 lagu yang lain pada malam itu.

Namun begitu, dia enggan terlalu berharap kerana ada sembilan lagi lagu yang akan bertanding pada minggu ketiga nanti.

"Saya takut untuk terlalu berharap. Tapi kalau rezeki memang milik diri ini, saya sangat bersyukur lebih-lebih lagi saya kembali selepas 10 tahun tidak beraksi di pentas akhir."

Apa yang penting baginya adalah untuk membawakan lagu dengan baik kerana itu yang menjadi keutamaan AJL.

Walaupun dia yakin dengan kekuatan lagu tersebut, dia tidak mengambil mudah dengan saingan artis baru yang hebat antaranya ialah Indah Ruhaila, Amir Jahari dan Hafiz.

Baca : Pengakuan Amelina Yang Mengejutkan Sebelum Kembali Menyanyi 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →