Showing posts with label penyanyi. Show all posts
Showing posts with label penyanyi. Show all posts

Thursday, December 18, 2014

Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki

Menyepi dari industri hiburan setelah berkahwin dengan pengurusnya pada 12 Disember 2012, Suki Low kini dilaporkan telah selamat melahirkan anak pertamanya.


Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi, Suki Low

Diberi nama Chong Ethan, bayi lelaki tersebut dilahirkan Suki pada tanggal 1 Disember lalu.

Memetik kenyataan Suki kepada Berita Harian, “Hari ini anak saya berusia 18 hari. Ia satu pengalaman yang cukup menyeronokkan dan pada masa sama amat memenatkan kerana waktu tidur saya tak menentu. Tapi saya sedar ia dilalui semua ibu yang melahirkan anak.


Penyanyi Juara OIAM, Suki Low Lahir Anak Lelaki, info, terkini, hiburan, sensasi, Penyanyi, Suki Low

Tiga hari pertama melahirkannya, perasaan saya begitu teruja. Ia pengalaman berharga dan baru buat saya. Dulu hidup berdua kini sudah bertiga.”

Ujar Suki lagi, dia kini berada dalam tempoh berpantang selama sebulan dan akan menyambung karier nyanyiannya selepas tamat tempoh tersebut.

“Saya sepatutnya dijangka melahirkan anak pada 7 Disember tapi anak keluar tepat pada 1 Disember.

“Jadi saya dapat membuat persembahan sulung selepas bersalin untuk konsert ambang tahun baru di Putrajaya nanti.”

Suki bakal muncul dengan single dalam bahasa Melayu tidak lama lagi. Sebelum ini, pemenang program nyanyian One In A Million musim pertama itu popular menerusi lagu Berdiri dan Terlalu Mencintaimu.

Baca : Saman Sudah Bayar Tapi Belum Tukar? 

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, December 16, 2014

Punca Atilia Berhenti Merokok

Selepas penyanyi ini berkahwin pada Ogos 2014 lalu, tidak banyak kisah beliau yang kita dengar namun kami pasti ada antara anda di sana merupakan peminat beliau dan masih mahu membaca kisah terkini penyanyi genit bersuara merdu ini.


Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,

Dalam edisi terbaru majalah Media Hiburan, Atilia Haron berkata beliau kini mula merasakan yang ada kebenaran kata orang tua-tua bahawa bercinta selepas kahwin lebih terasa nikmat.

“Sebelum ni walaupun sudah bercinta selama enam tahun hubungan kami ibarat kawan baik sahaja. Kehidupan kami kini lebih dekat dan rapat antara satu sama lain. Betul kata orang, bercinta selepas kahwin lebih istimewa. Sebelum ini, kami jarang ke hulu ke hilir berdua,” ujarnya.

Artikel Terdahulu :  

Ramai sedia maklum yang Atilia antara selebriti yang rajin mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif termasuklah yoga dan penyanyi ini sendiri senaman itu banyak membantu dirinya ke arah yang lebih positif dari segi kehidupan seharian.

“Alhamdulillah selepas melibatkan diri dalam yoga saya rasa banyak perubahan positif. Malah saya tidak malu untuk mengaku bahawa dahulunya saya merokok, saya tidak sayangkan diri dan ada aktiviti-aktiviti tidak baik yang saya lakukan”

“Tetapi kini apabila terlibat dalam yoga kehidupan saya jadi lebih sihat banyak perkara negatif yang sudah saya tinggalkan malah diri saya juga jadi lebih tenang dan sihat,” tambahnya yang kini sudah memiliki dua pusat latihan yoga sendiri.


Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,

Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,

Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,

Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,

Punca Atilia Berhenti Merokok, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, Atilia Haron,


Baca : Jihan Muse Dilantik Duta Produk Kecantikan? 

Sumber : rotikaya.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 13, 2014

Dafi Cabar Penulis Junior?

Susulan daripada kemelut yang berlaku di dalam hubungan persahabatan di antara Dafi dan seorang penulis junior, pengurus kepada penyanyi lelaki tesebut bersedia bersua muka dengan individu berkenaan.


Dafi Cabar Penulis Junior?, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, gosip, dafi

Dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, pengurus Dafi berkata dia sudah lama bersedia untuk bertemu dengan individu yang didakwa cuba memecah belahkan Dafi dengan  dirinya sehingga menyebabkan ttimbulnya beberapa konflik.

Bagaimanapun pengurus berkenaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada penulis junior itu, apatah lagi usaha untuk meleraikan masalah yang membelenggu penyanyi Salahkah Aku itu sejak kebelakangan ini.

“Benar, saya sudah bersedia untuk bertemu penulis junior berkenaan yang telah cuba memecah belahkan hubungan di antara saya dengan Dafi.

“Saya cabar individu itu untuk menghubungi saya pada bila-bila masa dan saya tak sabar untuk bertemu dengannya,” kata pengurus Dafi yang cukup kesal dengan tindakan individu berkenaan.

Baru-baru ini Dafi telah memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung tindakan seorang penulis junior yang juga merupakan teman baiknya dan didakwa telah memporak-perandakan hubungannya dengan rakan-rakan lain termasuklah pengurusnya sendiri.

Tambah pengurus Dafi itu lagi, pertemuan dengan pihak bertanggungjawab yang telah menyebarkan cerita kurang tepat itu disifatkan sangat penting bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku.

Dia sangat berharap agar individu berkenaan dapat bertemu dengannya secepat mungkin atau setidak-tidaknya menghubunginya secara peribadi untuk menerangkan apa yang tersirat serta  motif sebenar individu berkenaan erbuat demikian agar segala kemelut yang berlaku itu  dapat diselesaikan secara profesional.

Baca : Benarkah Lisa Surihani Dikerah Jadi Driver? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Saturday, December 6, 2014

Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis

Penyanyi Anuar Zain memberitahu impiannya adalah untuk membuka sebuah pusat rawatan dialisis bagi membantu masyarakat  yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan penyakit buah pinggang.


Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis, info, terkini, hiburan, penyanyi,


Anuar berkata, hasrat tersebut disimpan apabila melihat ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya yang meninggal dunia sebelum mendapatkan rawatan di pusat dialisis.

"Sejak lama dahulu saya menyimpan impian mahu membuka sebuah pusat dialisis bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan rawatan.

"Ini kerana ramai ahli keluarga dan rakan-rakan rapat saya yang meninggal dunia kerana sukar untuk menerima rawatan di pusat dialisis. Namun itu dulu, sekarang saya lihat sudah banyak dan mudah juga untuk dapat rawatan tersebut," katanya kepada mStar Online.

Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis, info, terkini, hiburan, penyanyi,
Turut memeriahkan majlis Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.


Anuar berkata demikian ketika ditemui selepas Showcase Dinner Bersama Anuar Zain yang dianjurkan oleh Institut Jantung Negara (IJN), bagi mengutip dana meringankan beban kumpulan sokongan PCHC.

Majlis bertemakan Sempurnakan Aku ini diadakan di The Majestic Hotel, malam Jumaat.

Sementara itu, Anuar mengakui gembira apabila malam amal tersebut berjaya mengumpul sebanyak RM863,300 hasil sumbangan daripada 32 badan korporat.

"Alhamdulillah rezeki pada malam ini sangat bagus dan ia adalah kerja keras pihak IJN. Pada saya kita berjaya untuk memberi kesedaran kepada masyarakay tentang kumpulan sokongan ini.

"Kita boleh salurkan bantuan dengan pelbagai cara dan bukan hanya dengan wang ringgit semata-mata tetapi juga kepakaran yang ada," ujarnya.

Pada majlis hampir dua jam itu, Anuar Zain menyampaikan 11 buah lagu popularnya termasuk Keabadian Cinta, Sempurnakan Aku, Ajari Aku, Ketulusan Hati dan Sedetik Lebih.


Anuar Zain Simpan Impian Buka Pusat Dialisis, info, terkini, hiburan, penyanyi,


Seramai 700 tetamu yang hadir terhibur dengan persembahan dan kemesraan penyanyi tersebut apabila bertindak turun dari pentas bagi melayan tetamu yang ingin bergambar dengannya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Beberapa rakan artis turut memeriahkan majlis tersebut ialah Misha Omar, Jaclyn Victor dan Salamiah Hassan.

Baca : Fauziah Latiff Di Tuduh Tak Boleh Lagi Menyanyi  

Sumber : mstar.com.my


 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, November 25, 2014

Penantian 10 tahun Dayang Nurfaizah berbaloi

Kali terakhir Dayang Nurfaizah bertanding di pentas akhir "Anugerah Juara Lagu" (AJL) adalah pada tahun 2004 dan muncul juara kategori Etnik Kreatif menerusi lagu "Erti Hidup".


Penantian 10 tahun Dayang Nurfaizah berbaloi, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi, dayang nurfaizah, Muzik-Muzik 29

Memetik daripada Berita Harian, penantian 10 tahun Dayang berbaloi, apabila lagu "Di Pintu Syurga" lagu tema drama bersiri popular "Ariana Rose" berjaya ke separuh akhir sekaligus diangkat juri sebagai lagu terbaik pada saingan munggu kedua separuh akhir, "Muzik-Muzik 29" Jumaat lalu.

"Jujurnya saya memang gugup dan gementar, memang risau sangat sebab sudah lama tidak merasa perasaan begini.

"Biarpun selalu membuat persembahan, tetapi suasana kali ini berbeza kerana saya sedang bertanding dan memikul amanah pencipta dan penulis lirik lagu ini."

Biarpun sudah 10 tahun meninggalkan pentas AJL, nyata penyanyi lantang ini mampu memukau penonton dengan lagu ciptaan Tam Spider dan lirik yang ditulis oleh Iman Imran dengan baik sekali.

Dayang mengucapkan syukur kerana lagu "Di Pintu Syurga" mendahului 10 lagu yang lain pada malam itu.

Namun begitu, dia enggan terlalu berharap kerana ada sembilan lagi lagu yang akan bertanding pada minggu ketiga nanti.

"Saya takut untuk terlalu berharap. Tapi kalau rezeki memang milik diri ini, saya sangat bersyukur lebih-lebih lagi saya kembali selepas 10 tahun tidak beraksi di pentas akhir."

Apa yang penting baginya adalah untuk membawakan lagu dengan baik kerana itu yang menjadi keutamaan AJL.

Walaupun dia yakin dengan kekuatan lagu tersebut, dia tidak mengambil mudah dengan saingan artis baru yang hebat antaranya ialah Indah Ruhaila, Amir Jahari dan Hafiz.

Baca : Pengakuan Amelina Yang Mengejutkan Sebelum Kembali Menyanyi 


Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Friday, October 3, 2014

Azharina Azhar Terkini Pasti Mengejutkan Ramai !

Bukan saya yang cakap, ada peminat lain yang tanya bila terlihat beliau beraksi di rancangan Bintang Klasik di TV2 beberapa hari lepas.


Azharina Azhar Terkini Pasti Mengejutkan Ramai ! , info, terkini, hiburan, penyanyi, azharina azhar, sensasi

Ada yang tanya sama ada beliau mengandung dan sebagainya. Ada sesiapa mahu melihat penampilan terbaru Azharina Azhar?


Azharina Azhar Terkini Pasti Mengejutkan Ramai ! , info, terkini, hiburan, penyanyi, azharina azhar, sensasi

Saya tak nak komen panjang-panjang. Buat yang tidak mengenali siapa Azharina Azhar, beliau pernah popular dengan lagu hit beliau iaitu Elergi Sepi.


Azharina Azhar Terkini Pasti Mengejutkan Ramai ! , info, terkini, hiburan, penyanyi, azharina azhar, sensasi

Kemudian beliau telah berkahwin dengan seorang datuk dari Kelantan, tidak ada anak dengan datuk itu dan kemudian bercerai.


Azharina Azhar Terkini Pasti Mengejutkan Ramai ! , info, terkini, hiburan, penyanyi, azharina azhar, sensasi

Kemudian sepi seperti tajuk lagu popularnya, sehinggalah beberapa hari lepas beliau kelihatan menyanyi di rancangan Bintang Klasik di TV.

Sumber : gu4m3dia.blogspot.com