Saturday, December 13, 2014

Dafi Cabar Penulis Junior?

Susulan daripada kemelut yang berlaku di dalam hubungan persahabatan di antara Dafi dan seorang penulis junior, pengurus kepada penyanyi lelaki tesebut bersedia bersua muka dengan individu berkenaan.


Dafi Cabar Penulis Junior?, info, terkini, hiburan, penyanyi, sensasi, gosip, dafi

Dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, pengurus Dafi berkata dia sudah lama bersedia untuk bertemu dengan individu yang didakwa cuba memecah belahkan Dafi dengan  dirinya sehingga menyebabkan ttimbulnya beberapa konflik.

Bagaimanapun pengurus berkenaan masih belum menerima sebarang maklum balas daripada penulis junior itu, apatah lagi usaha untuk meleraikan masalah yang membelenggu penyanyi Salahkah Aku itu sejak kebelakangan ini.

“Benar, saya sudah bersedia untuk bertemu penulis junior berkenaan yang telah cuba memecah belahkan hubungan di antara saya dengan Dafi.

“Saya cabar individu itu untuk menghubungi saya pada bila-bila masa dan saya tak sabar untuk bertemu dengannya,” kata pengurus Dafi yang cukup kesal dengan tindakan individu berkenaan.

Baru-baru ini Dafi telah memberikan kenyataan kepada pihak media berhubung tindakan seorang penulis junior yang juga merupakan teman baiknya dan didakwa telah memporak-perandakan hubungannya dengan rakan-rakan lain termasuklah pengurusnya sendiri.

Tambah pengurus Dafi itu lagi, pertemuan dengan pihak bertanggungjawab yang telah menyebarkan cerita kurang tepat itu disifatkan sangat penting bagi meleraikan segala kekusutan yang berlaku.

Dia sangat berharap agar individu berkenaan dapat bertemu dengannya secepat mungkin atau setidak-tidaknya menghubunginya secara peribadi untuk menerangkan apa yang tersirat serta  motif sebenar individu berkenaan erbuat demikian agar segala kemelut yang berlaku itu  dapat diselesaikan secara profesional.

Baca : Benarkah Lisa Surihani Dikerah Jadi Driver? 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →