Thursday, December 4, 2014

Atilia tidak sabar timang cahaya mata

Selepas dinikahkan pada 31 Ogos lalu, penyanyi kecil molek Atilia akui tidak sabar untuk menimang cahaya mata dengan segera lebih-lebih lagi melihat teman-teman baiknya sudah bergelar ibu.


Atilia tidak sabar timang cahaya mata, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,


Tambahan pula apabila teman baiknya yang digelar Celepets iaitu Aishah Sinclair, Yasmin Hani, Daphne Iking, Dynas Mokhtar dan Sazzy Falak berbicara berkaitan dengan hal anak, Atilia merasakan dirinya bingung dan ketinggalan.

Artikel Terdahulu :  

"Dulu mereka asyik bercakap mengenai menyusukan anaklah, itulah, inilah.. rata-rata berkait soal anak. Saya memang bingung. Tapi mungkin selepas ini, andai diizinkan mengandung cepat, saya takkan bingung lagi.

"Saya memang kalau boleh dan diizinkan Tuhan, hendak anak cepat. Saya sudah membeli alat penguji kehamilan.. senang beli banyak," ujar Atilia seperti dipetik daripada laporan Berita Harian.

Anak kepada penyanyi veteran Salamiah Hassan ini mengejutkan ramai pihak apabila dia melangsungkan majlis pernikahan secara tertutup dengan jejaka pilihan hatinya, Adam Sofian Mazlan di Saujana Golf & Country Club pada 31 Ogos lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Atilia selepas tujuh tahun hidup solo dan ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat.

Tiga bulan selepas bernikah, pasangan ini telah mengadakan majlis resepsi di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada Ahad lalu yang dihadiri kira-kira 800 tetamu termasuk rakan artis termasuk penyanyi Ning Baizura dan Alyah yang turut menyanyi pada hari tersebut.

Walaupun sibuk dengan mengajar kelas yoga dan juga dalam proses rakaman album ketiga, Atilia tidak menganggap ia satu masalah besar jika dia ditakdirkan hamil dalam masa terdekat.

"Masa kita boleh uruskan. Insya-Allah. Saya mungkin boleh tangguhkan kerja pembikinan album ketiga atau meminta rakan menggantikan saya untuk mengajar yoga. Semua itu boleh diatur.

"Masa berbulan madu di Amsterdam dan London dua minggu lalu pun saya sempat merakamkan single terbaru "No Fruits For Today" untuk dimuatkan dalam album ketiga. Sambil menyelam kita minum air," tambahnya lagi.

Hubungan percintaan antara Atilia dan Adam bermula sekitar enam tahun lalu dimana jejaka berkenaan merupakan seorang jurutera bunyi dan turut mempunyai syarikat pengurusan acara sendiri.

Atas kesibukan masing-masing, pasangan ini sering bertemu dalam persekitaran kerja lebih-lebih lagi Adam pernah bekerja dengan komposer Roslan Aziz yang bukan asing dalam karier seni Atilia.

Bercerita tentang kelas yoga, Atilia memberitahu, selain daripada kelas berbayar, dia turut mengajar yoga secara percuma pada setiap Sabtu jam 7 pagi di Taman KLCC dan merancang untuk melakukan perkara sama di Shah Alam.

Baca : Awie tak tertekan dengan kemelut rumah tangga 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →