Monday, December 1, 2014

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan

Sempena majlis resepsi penyanyi popular Atilia Haron dan pasangannya Adam Sofian Mazlan di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM di sini malam semalam, portal murai.com.my telah berpeluang menemuramah penyanyi yang popular dengan lagu Indah itu.

Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi atilia, gosip,

Seperti biasa soalan paling penting yang sering menjadi pilihan untuk setiap pasangan pengantin baru ialah tentang bilangan cahayamata yang diidamkan oleh mereka.

Seperti juga pasangan halal yang lain, Atilia juga tidak ketinggalan berkongsi keinginan untuk menimang cahayamata hasil perkahwinannya bersama Adam yang telah dinikahinya pada tanggal 31 Ogos lalu.

Kata Atilia, sebagai seorang wanita dan juga isteri, dia sememangnya mahu menimang cahayamata secepat yang mungkin bagi meyerikan mahligai perkahwinan mereka berdua.

“Kalau boleh saya nak 4 orang anak,” katanya berseloroh dengan diiringi senyuman dan ketawa kecil.

“Kalau nak tahu, saya telah membeli alat ujian kehamilan banyak-banyak. Saya simpan jadikan stok sebab kalau nak beli satu-satu nanti malu pula kan. Jadi saya terus beli banyak-banyak,” kata wanita yang sentiasa suka berterus terang itu.

Jelas Atilia, sebaik sahaja mereka dinikahkan pada Ogos lalu, dia telah bertemu dengan suaminya di dua destinasi di Eropah iaitu Belanda dan United Kingdom.

Menurut anak kepada penyanyi lagenda Salamiah Hassan itu, walaupun kunjungan ke dua negara itu bukannya untuk berbulan madu tetapi lebih kepada sesi merakamkan lagu terbarunya, namun dia telah menggunakan peluang itu untuk bermesra dengan suami tercinta.

“Saya ke sana kerana untuk merakamkan single terbaru saya yang akan dilancarkan bersama-sama album ketiga saya tidak lama lagi.

“Sebelum saya ke sana, Adam terlebih dahulu telah terbang ke Amerika Syarikat untuk memenuhi sesi jelajahnya di sana dan kami telah bersepakat untuk bertemu di Eropah sahaja. Mungkin itu lah juga sesi bulan madu kami selepas berkahwin.

“Itulah, saya ingatkan bila balik Malaysia saya akan mengandung, tapi nampaknya tak sangkut lagi. InsyaAllah masanya akan tiba juga,” katanya dengan senyuman mengumtum di wajah.

Tambah Atilia, tumpuannya kini perlu diberikan kepada keluarga dan fokus untuk menimang cahayamata secepat mungkin.

Malah dia sanggup melupakan sejenak aktiviti yoga dan juga pelancaran albumnya buat masa sekarang, semata-mata untuk memenuhi hasrat untuk mendapatkan zuriat hasil daripada perkahwinan impiannya itu.

“Semuanya berkenaan pengurusan masa. Jika masa itu diuruskan dengan sebaiknya, saya rasa tak ada masalah untuk saya mencapai semua yang diinginkan.

“Tapi apa salahnya sekarang ini saya cuba mencari guru yoga bagi menggantikan tempat saya sementara waktu dan mungkin impian saya untuk melancarkan album dalam masa terdekat dapat diganjakkan untuk seketika,” katanya merancang.

Baca : Namewee Dihukum Lakukan Kerja Sosial Selama Tiga Bulan 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →