Sebut sahaja Lady Gaga pastinya gaya, pakaian dan perilaku penyanyi ini terbayang diminda. Namun pada Sabtu lalu penampilan pelantun lagu Bad Romance ini sedikit berbeza daripada selalu dimana dia mengenakan kaftan atau baju kelawar.
Dirakamkan di Malibu, California, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 28, keluar membeli belah sempena sambutan Thanksgiving memakai kaftan yang jauh sekali berbeza daripada penampilan selalunya yang ala separa bogel itu.
Sebenarnya, walaupun dia mengenakan kaftan labuh menutup keseluruhan badannya tetapi nyata kaftan itu sangat jarang dan menampakkan tubuh penyanyi kegilaan ramai itu. Kerana itu dia masih menjadi perhatian ramai yang terpesona melihat tayangan percuma atau free show itu.
Walaupun penampilan yang satu ini berbeza daripada kebiasaanya dan menampakkan sisi feminin Gaga tetapi ramai yang merasakan kaftan itu lebih sesuai dikenakan untuk kepantai dan bukannya pergi membeli barangan rumah pada hujung minggu.
Penyanyi ini sedang menghabiskan set terakhir siri jelajah dunianya iaitu di Amerika Syarikat setelah mengelilingi dunia sejak Mei tahun ini ke Jepun, Australia, negara di benua Eropah seperti UK, Denmark dan Portugal.
Baca : Atilia Borong Alat Ujian Kehamilan

Sumber : murai.com.my