Thursday, December 4, 2014

Awie tak tertekan dengan kemelut rumah tangga

Pelakon dan penyanyi popular Awie mengakui dia kini tidak tertekan lagi dengan kemelut rumah tangganya dan kini menjalani kehidupan seperti biasa.


Awie tak tertekan dengan kemelut rumah tangga, info, terkini, hiburan, sensasi, awie, isu rumahtangga awie, kontroversi, gosip terkini,

"Alhamdulillah, saya okey. Saya mengaku pernah terduduk dan sedih memikirkan dugaan yang berlaku sehingga menolak banyak tawaran kerja.

"Namun, selepas dipujuk oleh rakan baik saya, Hans Isaac, saya kembali dan kini fokus terhadap kerja untuk menjaga dan membesarkan anak-anak sahaja," katanya kepada Kosmo!

Tambah Awie atau nama sebenarnya Azhar Othman lagi, sejak kemelut rumah tanggannya menjadi perhatian umum, rezekinya menjadi semakin murah.

"Saya bersyukur, Allah masih bersama orang yang jujur dan memberi rezeki kepada saya untuk anak-anak. Saya juga bersyukur peminat tidak menilai kerja seni saya berdasarkan peribadi."

Dalam pada itu, pelakon berusia 46 tahun itu yang ditanya mengenai kesahihan sijil nikah yang didakwa palsu oleh isterinya Rozana Misbun bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

"Saya sudah tahu tentang masalah sijil nikah kami sejak kes kami berjalan di mahkamah. Saya telah merujuk perkara itu kepada pihak yang berkenaan dan menyerahkannya kepada mahkamah. Tidak mungkin saya buat tidak tahu.

"Jika sedar yang sijil itu palsu, sedangkan kami telah berkahwin selama sembila tahun dan mempunyai tiga anak, mengapa baru sekarang baru isu itu dibangkitkan semula, adakah mahu memalukan saya."

Pada masa sama, Awie turut menafikan dakwaan Rozana yang mengatakan dia tidak membenarkannya melawat anak-anak.

"Sudah dinyatakan dalam mahkamah, ibunya dibenarkan melawat sebanyak dua kali sebulan, iaitu pada minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Saya tidak pernah menghalang dia berbuat demikian. Tetapi, apabila tiba waktu melawat, dia tidak datang dan tidak pernah menghubungi anak-anak."

Sementara itu, Awie juga menyatakan bahawa selepas kes rumah tangganya selesai dia tidak mahu wanita itu wujud lagi dalam kehidupannya.

Baca : 10 Foto Aksi Syamsul Yusof Dalam FIlem Terbarunya 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →