Sudah terdengar-dengar bahawa selebriti yang cukup versatil iaitu Sarimah Ibrahim atau popular dengan gelaran Kak Mah bakal meninggalkan stesen radio Inggeris MIX fm.
Mula-mula ingatkan ianya sekadar gosip di angin lalu. Namun, bila dah beberapa kali terdengar pasal perkara ini, rasa suspen juga.
Malah, satu sumber yang dipercayai turut mengesahkan perkara ini. Hmmm...nampaknya berita ini bukan sekadar gosip lagi semata-mata.
Tapi, misal katalah betul, kenapa ya, Sarimah Ibrahim nak tinggalkan MIX fm sedangkan segmen paginya iaitu Breakfast with Rod And Sarimah cukup digemari serta mendapat sambutan hangat daripada peminatnya serta pengikut stesen radio itu sendiri.
Terus-terang ramai yang suka dengar celoteh Sarimah dengan Rod di dalam segmen tersebut sebab topik-topik yang mereka bentangkan amat segar, menarik serta menghiburkan.
Tapi, yelah Sarimah Ibrahim punya alasan yang kukuh untuk tinggalkan MIX fm pada saat segmen yag dikendalikannya bersama Rod itu sedang berada di kemuncaknya.
Adakah sebab Sarimah Ibrahim bakal bernikah dengan tunangnya, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar atau lebih mesra disapa sebagai Jamie, 42, yang juga cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10?
Jawapannya tidak ya. Sebaliknya, sebab-sebabnya tidak lain tidak bukan adalah kerana Sarimah Ibrahim mahu kembali ke televisyen serta mahu fokus dengan kerjaya nyanyiannya.
Al-maklumlah Sarimah baru sudah muncul dengan single Inggeris terbarunya iaiti You On My Mind. Jadi pada tahun 2015, Sarimah mahu fokus dengan kerjaya seni nyanyiannya. Diharap semua fans Sarimah Ibrahim serta MIX fm akan dapat menerima berita ini. Apa pun, good luck untuk Sarimah Ibrahim untuk tahun 2015!
Baca : Jenaka ‘tuala wanita’ Nabil Ahmad tidak sensitif

Sumber : murai.com.my