Pelakon Diana Amir yang kini hamil enam bulan mendedahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir, Februari tahun depan.
Walaupun hamil, Diana mengatakan dia tidak boleh duduk diam dan ada sahaja kerja yang mahu dilakukannya agar kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan anak sulungnya itu.
“Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak buat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah dibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula mual macam hendak muntah.
“Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan Alhamdulilah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,” katanya memetik laporan Harian Metro.
Diana juga berdoa agar proses kelahiran anak sulungnya ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan lancar bila sampai masanya nanti.

Sumber : mynewshub.cc