Showing posts with label diana amir. Show all posts
Showing posts with label diana amir. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Diana Amir Dedah Jantina Anak

Pelakon dan pengacara, Diana Amir dan suami, Mohd Habibbullah A Rahman pastinya menjadi insan yang paling gembira apabila Diana yang kini hamil enam bulan disahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.

Diana Amir Dedah Jantina Anak, info, terkini, hiburan, sensasi, Diana Amir

"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT kepada kami. Saya disahkan mengandung setelah pulang dari Paris kerana menjalani penggambaran travelog Kembara Ilmu.

"Kini saya sedang hamil enam bulan dan setelah melakukan imbasan kandungan pada  minggu lepas, doktor mengesahkan kami bakal dikurniakan anak perempuan," ujar Diana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.
 
Berbanding di awal kehamilan, Diana menjelaskan alahan yang dialaminya kini sudah mulai berkurangan.

"Pada peringkat awal kandungan, saya mengalami alahan yang teruk. Namun, ketika usia kandungan berusia tiga bulan, saya menjalani penggambaran drama bersiri, Cinta Ilahi. Dan ketika itu saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi jika saya bercuti, saya pasti akan mengalami alahan yang teruk.

"Daripada situ, saya baharu menyedari yang badan saya perlu sentiasa bergerak dan tidak boleh duduk diam. Baharulah saya akan rasa sihat. Tetapi, alahan saya kini sudah semakin hilang," tambah Diana lagi.

Baca : 3 Foto terkini Ifa Raziah paling memukau 

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Tuesday, November 25, 2014

Diana Amir Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Pelakon Diana Amir yang kini hamil enam bulan mendedahkan dia dan suami bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir, Februari tahun depan.

Walaupun hamil, Diana mengatakan dia tidak boleh duduk diam dan ada sahaja kerja yang mahu dilakukannya agar kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan anak sulungnya itu.

“Saya kena selalu bergerak. Kalau berehat dan tidak buat sebarang kerja, kepala boleh pening dan nak muntah dibuatnya. Pernah sekali, saya bercuti dan ketika itu hanya mahu berehat saja di rumah. Sayangnya, kepala jadi pening dan tekak pula mual macam hendak muntah.

“Sudahnya, saya sibukkan diri dengan kerja dan Alhamdulilah tak ada pula nak pening atau mual pun. Mungkin, bayi saya ini sukakan ibunya aktif,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Diana juga berdoa agar proses kelahiran anak sulungnya ini dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan lancar bila sampai masanya nanti.


Diana Amir Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan, info, terkini, hiburan, sensasi, diana amir, pelakon

Diana Amir Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan, info, terkini, hiburan, sensasi, diana amir, pelakon

Diana Amir Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan, info, terkini, hiburan, sensasi, diana amir, pelakon

Baca : Sarimah Ibrahim Bakal Tinggalkan MIX fm?  

Sumber : mynewshub.cc
 photo good_zps9ceffaa5.gif