Pelakon dan pengacara, Diana Amir dan suami, Mohd Habibbullah A Rahman pastinya menjadi insan yang paling gembira apabila Diana yang kini hamil enam bulan disahkan bakal menimang cahaya mata perempuan.
"Alhamdulillah, saya bersyukur di atas rezeki yang dikurniakan ALLAH SWT kepada kami. Saya disahkan mengandung setelah pulang dari Paris kerana menjalani penggambaran travelog Kembara Ilmu.
"Kini saya sedang hamil enam bulan dan setelah melakukan imbasan kandungan pada minggu lepas, doktor mengesahkan kami bakal dikurniakan anak perempuan," ujar Diana yang dipetik menerusi Sinar Harian Online.
Berbanding di awal kehamilan, Diana menjelaskan alahan yang dialaminya kini sudah mulai berkurangan.
"Pada peringkat awal kandungan, saya mengalami alahan yang teruk. Namun, ketika usia kandungan berusia tiga bulan, saya menjalani penggambaran drama bersiri, Cinta Ilahi. Dan ketika itu saya tidak mengalami sebarang alahan tetapi jika saya bercuti, saya pasti akan mengalami alahan yang teruk.
"Daripada situ, saya baharu menyedari yang badan saya perlu sentiasa bergerak dan tidak boleh duduk diam. Baharulah saya akan rasa sihat. Tetapi, alahan saya kini sudah semakin hilang," tambah Diana lagi.
Baca : 3 Foto terkini Ifa Raziah paling memukau

Sumber : mediahiburan.karangkraf.com