Thursday, December 4, 2014

Amir Kadir reka pakaian untuk bintang Hollywood

Pereka fesyen Amir Kadir bersyukur keputusannya untuk meninggalkan tanah air 14 tahun yang lalu bagi menyahut cabaran serta menimba pengalaman baru membuahkan hasil apabila hasil rekaannya mula mendapat perhatian di peringkat antarabangsa serta selebriti Hollywood.


Amir Kadir reka pakaian untuk bintang Hollywood, info, terkini, hiburan, sensasi, Amir kadir, pereka fesyen,

Memetik laporan mStar, Amir, 49, pernah menghasilkan pakaian untuk selebriti terkenal tempatan seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan ramai lagi selain daripada menghiasi majalah hiburan tempatan.

Malah Amir turut mempunyai butik Amir Kadir Design yang terletak di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, sebelum membuat keputusan untuk menutupnya dan berhijrah ke Kuwait.

"Saya membawa diri ke negara orang dengan harapan ingin berubah. Saya melihat pasaran dunia fesyen di Malaysia agak terhad dengan rekaan-rekaan tertentu sahaja.

"Sebab itulah saya membuat keputusan mengejutkan untuk mencari pengalaman baru dan Alhamdulillah, atas usaha saya itu, hasil rekaan saya mula dipandang pada peringkat antarabangsa," ujarnya.

Selebriti Hollywood pertama yang menggayakan busana rekaannya adalah penyanyi Jennifer Lopez ketika persembahan MTV Video Music Awards yang berlangsung di Los Angeles pada 24 Ogos lalu.

Diikuti dengan Taylor Swift dan Jessie J yang memakai rekaannya ketika American Music Awards ke-42 yang diadakan pada 23 November lalu dimana ia telah ditonton kira-kira 82 juta penonton seluruh dunia.

"Alhamdulillah, saya tidak menyangka busana rekaan saya menjadi pilihan bintang-bintang antarabangsa itu. Malah lebih membanggakan, mereka memakainya tanpa banyak rungutan," kata Amir yang turut memberitahu dia kini sedang menyiapkan rekaan terbaru untuk Lady Gaga.

Amir memberitahu semuanya bermula di Lubnan apabila dia mewakili butik tempatnya bekerja iaitu Al Jasmi Bride dalam satu pertunjukan fesyen.

Amir yang merupakan perunding fesyen untuk syarikat tersebut telah membawa pelbagai rekaan terbarunya dan ia telah mendapat perhatian wakil pihak pengurusan Lopez.

Akui ia adalah satu proses yang agak rumit dan mereka tidak mengaut sebarang keuntungan memandangkan ia adalah tajaan semata-mata, Amir berasa puas kerana rekaannya dipakai oleh salah seorang bintang popular dunia.

Ditanya perancangan jangka panjangnya, Amir berkata dia berhasrat pulang ke Malaysia selepas menimba ilmu di negara orang dan merancang untuk menghasilkan pakaian 'sedia untuk dipakai' (ready to wear) pada satu hari nanti.

Baca : Aznil Bengang 10 Ribu Peminatnya Ditipu 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →