Thursday, December 4, 2014

Elaine Daly dan Nick Boden Selamat Nikah Petang Tadi

Pengacara program bual bicara "Bella", Elaine Daly akan menamatkan zaman bujangnya bersama jejaka pilihan hatinya Nick Boden yang merupakan seorang doktor berasal dari Afrika Selatan.


Elaine Daly dan Nick Boden Selamat Nikah Petang Tadi, info, terkini, hiburan, sensasi, elaine daly


Memetik laporan daripada Berita Harian, majlis penuh makna itu akan diadakan di sebuah restoran di Kampung Pandan.

Menurut Elaine, majlis perkahwinan yang berkonsepkan taman itu akan dihadiri seramai 250 tetamu termasuk teman rapatnya dikalangan artis.

"Harap tak hujan esok (hari ini) kerana acara diadakan diluar. Saya akan mengenakan pakaian rekaan Khoon Hooi dan Melinda Looi. Selesai majlis esok, kami turut akan mengadakan majlis hari Sabtu ini di sebuah lokasi rahsia dan saya kana mengenakan rekaan Alia Bastaman serta Sonny San," katanya.

Mengenang kembali detik perkenalannya dengan Boden pada Mac lalu melalui seorang rakan dan mengikat pertunangan pada Julai lalu.


Elaine Daly dan Nick Boden Selamat Nikah Petang Tadi, info, terkini, hiburan, sensasi, elaine daly

Walaupun pernah melalui episod duka dalam cinta, kisah cintanya kali ini cukup romantis dan Elaine dilamar oleh Boden ketika bercuti di Pulau Maldives.

Pelakon ini juga tidak menyangka perkenalan yang begitu singkat ini merupakan suatu kenyataan dimana dia akan berkahwin dan hidup bersama pasangan hidupnya, Boden.

"Hingga saat ini saya bagaikan tidak percaya semua ini menjadi kenyataan. Macam setiap tahun ada kawan yang berseloroh saya akan kahwin tahun depan. Tak sangka usikan itu akan terjadi esok petang (petang ini). Akhirnya saya berjumpa dengan belahan jiwa saya."

Pasangan Elaine, Nick Boden merupakan seorang duda yang mempunyai seorang anak lelaki dan sudah sedekad menetap di Malaysia serta sudah mendapat taraf penduduk tetap.

Pasangan ini dijangka akan mengadakan keraian di Johannesburg, Afrika Selatan tempat asal suaminya dan merancang untuk berbulan madu di Zimbabwe.

Baca : Amir Kadir reka pakaian untuk bintang Hollywood
 
Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →