Thursday, December 4, 2014

Haiza Terkejut Lagu Dangdut Tercalon Kategori Hip Hop Terbaik

Penyanyi dangdut Haiza masih lagi teruja dan terkejut kerana lagu Kerana tercalon dalam kategori lagu Hip Hop Terbaik di AIM 21.


Haiza Terkejut Lagu Dangdut Tercalon Kategori Hip Hop Terbaik, info, terkini, hiburan, sensasi, penyanyi dangdut Haiza, AIM 21

Bagi Haiza, ia satu pencapaian yang membanggakan dan menunjukkan dangdut masih lagi relevan dan diterima umum.
“Tercalon dalam AIM, pencapaian besar buat saya, lagu ini dicipta oleh Damien Mikael dan liriknya ditulis Shah Shamsiri serta Filsuf.

“Lagu ini juga telah berjaya menarik minat pendengar baru terutama generasi muda kerana terdapat elemen hip hop yang saya cuba ketengahkan,” kata Haiza kepada portal Murai.com.my selepas sesi Murai Chat.

Menurutnya lagi, bekerjasama den gan Filsuf amat mudah, kerana dia amat berbakat dalam genre rap secara spontan dan bersahaja.
“Filsuf dengar dulu lagu saya, kemudian baru ditambah elemen rap itu didurasi yang sesuai, bila saya dengar balik ia amat menarik,” ujarnya.

Haiza juga akan terus bekerjasama dengan Filsuf untuk projek lagu barunya nanti.

Baca : Elaine Daly dan Nick Boden Selamat Nikah 

Sumber : murai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →