Aktres jelita Amyra Rosli memberitahu dia akan berehat seketika daripada dunia seni selepas sibuk dengan penggambaran drama popular "Suamiku Encik Sotong".
"Saya amat selesa bila jadual diuruskan ibu kerana dia lebih tahu siapa saya dan mempunyai perancangan waktu yang lebih baik untuk saya.
"Dia akan memastikan saya tidak terlalu penat da nada masa untuk diri sendiri. Setakat ini, jadual saya diuruskan dengan baik," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, waktu berehatnya akan digunakan untuk bercuti selain menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
"Bila waktu bekerja, saya memang fokus untuk satu-satu kerja sahaja. Jadi, masa yang ada inilah saya akan berehat sepenuhnya. "Untuk tahun depan, saya belum fikir lagi sebenarnya. Kalau ada tawaran ibu saya akan tentukan."
Sumber : tupai.com.my