Showing posts with label amyra rosli. Show all posts
Showing posts with label amyra rosli. Show all posts

Monday, December 15, 2014

Amyra Rosli mahu berehat dari dunia seni

Aktres jelita Amyra Rosli memberitahu dia akan berehat seketika daripada dunia seni selepas sibuk dengan penggambaran drama popular "Suamiku Encik Sotong".


Amyra Rosli mahu berehat dari dunia seni, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, pelakon, amyra rosli

"Saya bukan jenis yang suka ambil banyak 'job' dalam satu masa. Cukuplah untuk siapkan satu-satu dahulu. Lagipun, ibu saya yang bertanggungjawab dalam menguruskan jadual saya.

"Saya amat selesa bila jadual diuruskan ibu kerana dia lebih tahu siapa saya dan mempunyai perancangan waktu yang lebih baik untuk saya.

"Dia akan memastikan saya tidak terlalu penat da nada masa untuk diri sendiri. Setakat ini, jadual saya diuruskan dengan baik," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut aktres berusia 23 tahun itu lagi, waktu berehatnya akan digunakan untuk bercuti selain menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

"Bila waktu bekerja, saya memang fokus untuk satu-satu kerja sahaja. Jadi, masa yang ada inilah saya akan berehat sepenuhnya. "Untuk tahun depan, saya belum fikir lagi sebenarnya. Kalau ada tawaran ibu saya akan tentukan."

Baca : Keira Knightley sah hamil cahaya mata sulung 

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif