Thursday, December 25, 2014

Arja Lee Kembali Solo Selepas Berpisah dengan Shima Anuar

Pelakon yang terkenal menerusi siri drama Misiku Kuza, Arja Lee memberitahu dirinya sudah kembali solo apabila hubungan percintaan bersama aktres Shima Anuar telah putus.


Arja Lee Kembali Solo, info, terkini, hiburan, sensasi, gosip, arja lee,

Jelas Arja Lee, beliau masih lagi berhubungan dengan aktres tersebut tetapi tidak lagi rapat seperti dahulu.

    “Saya kini kembali solo. Sudah lebih kurang enam bulan saya tidak lagi berkawan rapat dengan Shima. Kami masih berhubung sebagai kawan tetapi tidak serapat dahulu. Kami tidak bergaduh atau pun berbalah, dia seorang gadis yang sangat baik, cuma jodoh kami untuk rapat hanya sampai di sini sahaja.”

Meskipun kedua-dua mereka tidak pernah mengaku sedang bercinta, Arja Lee pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wujudnya kasih sayang serta Shima Anuar mempunyai ciri-ciri wanita yang diidamkan oleh Arja Lee.

Arja Lee kini ingin memfokuskan kepada kerjaya beliau dalam industri tanah air apatah lagi tidak mempunyai pengurus dan meniliti setiap kerja serta jadual secara sendiri.

    “Sudah hampir tiga bulan saya bergerak sendiri. Saya dan bekas pengurus tidak bergaduh tetapi kami sendiri memutuskan untuk membawa haluan masing-masing. Lagi pun sebagai seorang anak seni, ini masanya untuk saya belajar berdikari menguruskan kerjaya sendiri.”

Wow!Artis: Putus cinta bukanlah satu pengakhiran dalam kehidupan. Kami berharap agar Arja Lee dapat menguruskan kerjaya beliau dengan lebih baik selepas ini.

Baca : Komen Dan Teguran Khas Pak Nil Buat Pemimpin Ketika Banjir 

Sumber : wowartis.com
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →