Thursday, December 25, 2014

Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor

Majlis perkahwinan Datuk A Rahman Hassan dan  Fadillah Mansor dihadiri kira-kira 400 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor, info, terkini, hiburan, sensasi, A rahman Hassan, Fadillah Mansor,
Anak-anak daripada hasil perkahwinan terdahulu pasangan itu turut hadir pada majlis berkenaan.

Penyanyi era 60-an, Datuk A Rahman Hassan sah bergelar suami kepada dramatis Fadillah Mansor dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada malam Khamis.

Majlis itu berlangsung kira-kira 9 malam itu disempurnakan oleh Imam Masjid Jamek Kampung Baharu Kuala Lumpur, Azizi Ab Hamid.A Rahman, 67, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Fadillah manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.


Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor, info, terkini, hiburan, sensasi, A rahman Hassan, Fadillah Mansor,

Antara artis yang turut memeriahkan majlis tersebut adalah Datuk DJ Dave, Datuk Jalaluddin Hassan, Rohana Jalil, Uji Rashid, Hail Amir, Salwa Abdul Rahman, Den Wahab.

Pada majlis tersebut, pihak pengantin lelaki turut memberikan lima dulang hantaran iaitu beg, kasut, wangian, alat solek dan sepersalinan pakaian.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas lima dulang hantaran iaitu cincin, kasut, wangian dan manisan.

Kedua-dua mempelai kelihatan berseri dengan persalinan dari rona kuning untuk majlis akad nikah tersebut.

Dalam pada itu, pasangan berkenaan yang ditemui selepas majlis itu berlangsung memberitahu bersyukur dapat disatukan dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai bagi meraikan mereka.

A Rahmah turut berharap perkahwinan itu dapat berkekalan sehingga ke akhir hayat dan berjanji akan membahagiakan Fadillah.

"Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap perkahwinan ini akan kekal ke akhir hayat," katanya.

Untuk rekod, Fadilah merupakan seorang ibu tunggal selepas bercerai dengan bekas suaminya, pengarah filem veteran, Ahmad Ibrahim atau Mat London.

Manakala A Rahman pula kematian isteri, Datin Azizah Mohamad pada 26 April tahun lalu akibat penyakit kanser.


A rahman Hassan, Fadillah Mansor, Hiburan, info, Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor, sensasi, terkini,

A rahman Hassan, Fadillah Mansor, Hiburan, info, Perkahwinan A Rahman Hassan Dan Fadillah Mansor, sensasi, terkini,


Baca : Arja Lee Kembali Solo Selepas Berpisah Dengan Shima Anuar 

Sumber : mStar
 photo good_zps9ceffaa5.gif



Socializer Widget By Blogger Yard
SOCIALIZE IT →
FOLLOW US →
SHARE IT →